Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Wednesday, October 12, 2022

Hujan



Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkedipan

Aku menyanyi perlahan lagu arwah Sudirman. Irama lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu bermain-main di fikiran.

Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Aku memandang langit sekilas. Mendung. Awan comulonimbus kelihatan begitu menyeramkan. Terimbas seketika pengumuman MET Malaysia yang meramalkan musim banjir akan tiba tak lama lagi.

"Aih, nak hujan lah ni." Aku capai hoodie dan sangkut ke bahu. Bersiap sedia sekiranya hujan turun kerana aku tidak mempunyai payung. Kasut Vans disarung. Pintu dikunci lalu kaki terus dihayun laju menuju lif.

Mulut masih terkumat kamit menyambung lagu Hujan yang dipopularkan oleh arwah Sudirman itu.

Bagi aku, musik mempunyai peranan penting dalam kehidupan. Sama seperti menulis.
Ada banyak peristiwa yang boleh dirakam, dikenang dan diingati tika alunan musik menggetarkan telinga.
Marah, gembira, sedih, kecewa dan bermacam perasaan boleh digambarkan saat satu dua lagu dimainkan.

Ada musik yang jika dimainkan akan membuatkan kita teringat pada seseorang. Ada yang boleh membuatkan kita terkenang saat-saat gembira, sedih dan marah yang pernah dirasakan.

Bersama titis-titis hujan yang jatuh pagi ini—sama seperti perasaanku pun yang sedemikian. 
Aku melangitkan pinta agar selalu dikuatkan menghadapi segala perkara yang sedang menantiku di depan.




Kerana setiap kita selalu mempunyai mimpi.
Biarkan dia tetap menemani, bersama renyai hujan yang jatuh membasahi bumi.

Ada banyak rindu yang ingin kuungkapkan dalam sebuah pertemuan.
Ada banyak perasaan yang ingin kuutarakan.
Ada banyak cerita yang ingin kuperdengarkan.
Tetapi aku sedar bahawa ada penghalang di antara kita, hingga semua itu hanyalah sebuah ketidakmungkinan.

Aku mengeluh perlahan. Melihat locking wire yang sedikit longgar. Lilitan dah lawa, cuma tak cukup cekang.

"Kau kena double twist dulu baru dia ketat." aku menoleh. Entah selepas kali ke berapa aku memintal dawai besi itu.

"Kalau pusing macam tu je sampai bila-bila dia longgar." sambungnya lagi. Aku angkat kening.

Punya lama aku melilit dawai itu dan setelah banyak kali aku ulang baru sekarang nak bagitahu? Getus hatiku. Tapi aku abaikan sahaja. 

Mungkin nak ajar aku perasaan gagal.
Mungkin nak lihat usaha aku.
Atau mungkin saja nak buat aku nampak bodoh.

Entah, aku tak pasti.



Apa perkara yang tersulit dari kehilangan?
Bukan sulit lupakan raihan. Itu perkara lain haha.

Bagi aku, perkara yang sulit dari kehilangan adalah rasa rindu yang menetap dan harus ditanggung sendirian.
Rindu yang tak dapat dibagi kerana ia tersimpan di dalam hati.

Tapi untunglah ada Allah. Kepada Allah rindu ini kita titipkan. 
Semoga kelak nanti nasib baik akan datang kepada kita, berkumpul kembali bersama orang yang disayang di tempat terbaik yang pernah Allah ciptakan.

Semoga berjumpa kembali.

Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi

Tuesday, August 23, 2022

Pain


I'm in pain. I want to write about every layer of it.
The pain has already made a home inside my skin, and somehow I let it stay.

"You know, as much as it sound delusional, it's actually pretty comforting to believe that there's always something out there, keeping us safe."

He took a moment to think of a response, an amused smile pulling at the corner of his lips.

"Well, if there isn't," he murmured humbly, "I'll keep you safe."

I'm used to it. The pain that haunts me everyday. The pain that makes me feel alive and weak at the same time. The pain that I always crave for. This is the pain that I've been addicted to. If this pain went away, I can't imagine how my life would be.

To a person merely living inside a shell, pain is also a relief.


Kebanyakkan orang, cuma melihat kau sekadar apa yang mereka lihat dari mata kasar.
Apa kau sudah berjaya, atau kau jatuh tersungkur. Semudah itu.

Mereka tak pernah tahu, betapa keras usaha kau berjuang untuk mengejar impian. 
Mereka tak pernah tahu, betapa tinggi harapan kau untuk membahagiakan orang-orang sekeliling.
Mereka tak pernah tahu, berapa kerap air mata kau tumpah, berapa banyak harapan kau musnah.
Mereka tak pernah tahu, berapa kali semangat kau patah, 
Mereka tak pernah tahu, berapa banyak bekas luka yang kau sembunyikan.
Mereka tak pernah tahu, entah apa yang bermain di fikiran kau.
Mereka takkan pernah tahu, tak akan boleh memahami diri dan juga keadaan kau.

Yang mengerti, hanya Tuhan dan orang yang sungguh peduli akan diri kau.
Maka ketika kau berada pada titik terendah, lihatlah, pandanglah siapa yang setia berdiri untuk kau.


Malam itu aku tersedu. Tak sangka akan dapat panggilan telefon dari orang yang sangka aku, sudah tak mahu ada hubungan apa pun.
Mataku balut bekas menangis. Cuba menahan dan aku masih bungkam.

"Mi, janganlah toreh tangan lagi." Aku terdiam, cuma berdehem perlahan tanda aku mengikuti.

"Nanti nak masuk syurga, tangan, anggota badan tu semua kan boleh bercakap." Aku ubah kedudukan, dari baring mengiring, sekarang aku terlentang. Mempersiapkan diri untuk mendengar sambungan bait katanya.

"Nanti dah nak masuk, tangan tu cakap, haa ni ada parut ada bekas, tuan saya dulu cederakan saya. Dia toreh tangan saya. Dah tak dapat masuk syurga. Macam mana?" Aku tersentak.

Tak pernah aku terfikir sejauh itu. Entah kenapa aku alpa dan culas. Buat tak fikir panjang.

Aku pandang sekilas lenganku yang berbekas dan berparut halus. Terfikir sejenak, mungkin coping mechanism ini cuma memburukkan aku.

Sebab setiap kali aku disakiti atau menyakiti, aku akan toreh perlahan lengan aku. Perlahan, cukup sekadar menembusi lapisan epidermis. Cukup sampai deria sakit memberi reaksi. Cukup aku rasa pedih dan bisa. Semuanya untuk alihkan perhatian dan mungkin merasai kesakitan orang yang aku sakiti.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku lebih menghargai derma kurnia tuhan yang anta permata.

Semoga cepat berakhir hariku yang geruh.

Staying quiet doesn’t mean I have nothing to say, it means I don’t think you’re ready to hear my thoughts.

What will I do about tomorrow? I don't know. I don't have tomorrow.

All I have is this gray majestic air settling in the sky where I may have wanted the sun.

The birds are permitted to fly and I am permitted to wonder about it.

My mind is soaring but my eyes are closed. I will take the day for what it is but I would like to have my mind for good measure. So I can choose to escape, tolerate or marinate. 
Thank you.


Labels

Perasaanku (20) Sayang (14) Ujian (13) Semangat (7) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)