Sebenarnya,mlm nie memang takde niat nak menulis blog pun.
Sebab nak simpan ilham untuk dicurahkan pada projrk seterusnya rasanya.
Tiba-tiba,Tuan Muda iPod aku ni play nasyid Bahtera Hamba nyanyian Zulfan
Bwahaha...habis habis....
Lagu-lagu zaman nak move on ni macam mana -out of the blue- nasyid nie boleh terplay
Sejujurnya,aku pun tak tahu nak cerita apa
Semuanya dah dikuburkan,ditanam dalam-dalam
Tak nak gali,tak nak cari
Nak biar terpadam
Nak biar dia hilang
First time dengar intro nasyid Bahtera Hamba tu,dah rasa tak sedap hati
Tapi takde pulak rasa nak tanggalkan headphone
Rasa-rasa dah dapat redha
Tiba-tiba satu kerja pun tak jalan
*****
"Qiden,kalau aku pergi dulu,kau sedih tak?"
Aku sengih.Saja nak tengok respon Qiden
Dia tak layan,tangan kanannya masih sibuk menyalin nota dari buku aku
Biasalah buku nota aku kalau jual pun,lagi laku dari pisang goreng Makcik Mah depan Sekolah
Perasan!!!
"Hai Abang Naqiuddin,taknak layan kita ke?
Masih takde jawapan
Malas nak kacau ,aku peluk bantal Qiden
Pejam mata. Dada sakit,pedih
Cuma Qiden je yang tahu, aku hidap kanser paru-paru
Walaupun fasa pertama, pedihnya Allah je yang tahu
Entah bila, aku tak sedar...tiba-tiba rambut aku dibelai perlahan
"Najmi,sedangkan Saidina Abu Bakar pun rasa kehilangan sahabat yang dia cintai,Rasulullah.Inikan aku pulak,yg jauh nak disamakan dengan Saidina Abu Bakar...Konfemlah aku sedih."
Tersentuh.
Malam tu aku tertidur terus atas katil Qiden. Dia tidur atas katil aku
Tengah malam, mungkin, aku dengar suara Qiden menangis.
Aku duduk. Qiden tengah berdoa, pada aku.
Tapi tangisannya buat aku terganggu.
Apehal member aku ni,aku gurau jelah tadi.Aku bukan nak buat kau sedih...Sorry lah...
"Ya Allah,kau panjangkanlah umur Najmi.Aku tak sanggup hilang dia.Ya Allah,letakkanlah semua kesakitannya pada aku,biar aku yang tanggung semua kesakitan Najmi.Ringankan sakaratulmaut Najmi Ya Allah,berikan kesihatan pada Najmi..."
Aku tak sanggup nak dengar bait-bait doa Qiden.
Aku baring semula...pejam mata
Tutup telinga guna bantal. Air mata mengalir deras.
Ya Allah,jangan kau beri kesakitan aku pada Qiden.Aku taknak dia rasa sakit yang aku rasa.AKu taknak dia terseksa.Aku mampu,lagipun sakit ni ujian untuk aku.Bukan untuk dia
Pagi tersebut,macam takde apa-apa...Qiden kejut aku solat subuh.
Selepas solat subuh, aku tarik Qiden ke belakang dewan solat
Masjid Aisyah mula kosong.
Hari cuti
"Qiden..."
Qiden angkat kening
"Apa dia?"
"Aku sebenarnya..."
Aku pun tak tau nak cakap apa.
"Sebenarnya apa?"
"Aku..."
"Ya rabbi...cakaplah."
"Lapar...hehe."
Qiden geleng kepala.Sengih
"Jom aku belanja kau makan.Tapi sebelum tu kena baca Quran satu juzuk.Kau boleh tasmik kan?"
Aku anggukkan je kepala
Dengar bacaan Quran dari Qiden, aku anggap sebagai satu nikmat.
Qiden baca juzuk 19. Mukanya tenang
Habis dia baca, aku punya turn pulak.
Aku baca juzuk 23. Qiden dengar
Sepanjang bacaan,aku perasan,dia tak pandang al-Quran pun.Matanya pandang muka aku ja...
Aku pulak tak tahu nak pandang mana.
Kalau buat eye contact nanti rasa awkward pulak...haha (",)
Dulu bukan main nak elak buat eye contact, sebab aku segan dengan Qiden
Muka dia tenang. Percakapannya tenang. Rasa macam langit dengan bumi.
Sekarang, bila mata Qiden dah tak akan terbuka lagi, baru aku rasa rindu
"MashaAllah Mie.Sedap kau baca."
"Kau puji-puji nie kenapa? Nanti aku belanja lah,insyaAllah."
Qiden gelak
"Mie,kalau aku pergi dulu..."
Aku letak jari telunjuk kat bibir Qiden....geleng kepala
"Aku taknak kau pergi dari hidup aku.Kau dah janji taknak tinggalkan aku."
Qiden tarik nafas dalam2
"Kau overthink la Mie."
Dia tepuk bahu aku
Aku sengih
Qiden,dari nada suara kau
Aku tahu. Kau pun rasa sesuatu
Tapi kau nafikan. Sebab kau taknak aku risau
Kau bagi aku dengar satu nasyid...Bahtera Hamba nyanyian Zulfan
Dan kita balik rumah sama2
Cuma bila balik sini semula,seat sebelah aku kosong...
Kau
Dah tak ada...
Qiden,kau kan dah janji taknak tinggalkan aku.
Aku rindu kau...
Aku janji,aku takkan buka topik mati lagi.
Aku takkan mengadu dekat kau dada aku sakit lagi.
AKu takkan biarkan kau nampak aku muntah darah
Kan kau pernah mintak aku masak,sebab kau teringin nak rasa masakan aku.
Sekarang aku dah reti memasak,masak makan kegemaran kau
Kau nak rasa?
Sudahlah...Mukmin kena kuat...
"Mie,kau nak jadi legend kan ?"
"Err...yelah...kenapa?"
"Kenapa kau nak jadi legend?"
"Sebab jadi legend,dia akan lalui banyak benda susah demi mencipta sejarah."
"Jadi,aku ada satu tips untuk kau.Ingat sampai bila-bila."
"Apa dia?"
"Legend tak boleh putus asa."
"Haha,okey!InsyaAllah aku takkan lupa."
******
Okey selesai
Sebenarnya,semua org ada cara mereka sendiri untuk ekspres kan sesuatu
Bagi aku,menulis nie aku punya Remedy
"Kenapa hilang orang yang kita sayang nie sakit ?"
"Sebab kita sangka dia milik kita,kita lupa,dia juga milik Allah.Sama macam kita."
******
Apa yang baik,ambil jadikan pedoman
Yang buruk pi buang jauh-jauh dari ingatan
Sesungguhnya saya cumalah manusia biasa yang pada bila2 masa saja akan diambil dari dunia ni.
Maafkan segala silap...maafkan juga andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata
Terima kasih atas ucapan hari lahir dari antum wa antumna semua...
Selamat menempuhi kehidupan
Salam sayang,
NajmiHunwick
Tomato