Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Friday, July 21, 2017

Beli juga ...




"Weh Naqi, bangunlah. Bangun." Najmi menggoncang tubuh gempal Naqi yang lena berbaring di atas sofa.

"Ermmmmm... Apahal ni?" Naqi mengeliat sambil menggosok matanya.. Terkebil-kebil pandang Najmi.

"Hantaq aku pi Dataran Pahlawan kaih."

"Hah? Apa? Ulang sekali lagi."

"Hantaq aku pi Dataran Pahlawan." Najmi ulang permintaannya tadi.

"Hang nak watpa pi sana?" soal Naqi seraya menoleh jam di dinding. "Asar pun belum masuk lagi."

"Er, apa kaitan asar pulak ni?"

"Ngantuk..."

"Laa, tadi solat jumaat hang tak tidoq ka?" perli Najmi bersahaja.

"Haa yelah aku pi bersiap lani." Naqi tarik muka bila Najmi bagi sedas perlian.

"Tapi ada syarat." sambung Naqi.

"Padia?"

"First, KFC. Second, baik hang habaq hang nak watpa pi sana. Hang dak habaq kat aku aku takmau hantaq hang pi sana."

"Hiesyhhh, sibuk ja mamat ni." Najmi bermonolog sendiri.

"Lekaih habaq."

"Aku nak beli baju lah."

"Baju kau dah berlambak dah."

"Bukan baju aku lah."

"Habis tu?"

"Nak bagi kawan."

"Kawan? Laki ka perempuan?"

"Perempuan."

"Marka eh? Hahahahaha."

"Ishhh bukanlah."

"Ni yang hang selalu cita kat aku ka?"

Najmi diam.

"Dah aku bagi hang 10 minit ja. Lekaih siap. Cepat pi cepat balik. Cepat hang tidoq balik."

"Kalau accident aku salahkan hang."

"Eh awat?"

"Hang paksa aku drive masa ngantuk."j

"Takpalah. Mati syahid. Tu pun kalau hang hafal lah doa naik keta. Asyik aku ja bacakan untuk hang.Hahahaha" Najmi bagi lagi sedas.

Naqi terus masuk bilik.

...

.....

...........


"Hang aku aku teman hang ka nak aku tunggu KFC ja?" soal Naqi.

"Teman aku lah ngok. Banyak cantik nak makan ja tau."

"Takpalah hang kan rapat dengan perempuan. Takat masuk butik baju takda hal laaa en?"

"AMBOI DAHTU HANG EXPECT AKU TAK RETI MALU LAH DENGAN PEREMPUAN?!" suara Najmi naik satu oktaf.
Naqi gelak dengan jahatnya.

...

....

..........


"Tu banyak tu." Naqi menjuihkan bibirnya pada sehelai baju kurung. "Rembatlah satu."

"Haram ngok Naqi rembat-rembat ni." Naqi gelak lagi.

"Mana yang sesuai eh? Saiz badan dia macam Nunu tapi tinggi lebih kurang aku ja." Najmi soal Naqi.

"Cuba tengok yang ini." Naqi hulur sehelai baju pada Najmi.

"Ermmm. macam kosong je."

"Yang ni?"

Banyak sangat bunga. Macam makcik-makcik je."

"Yang ni pulak?"

"Lawa. Macam harga dia." Naqi sengih.

"Haa cuba yang ni pulak."

"Kalau aku bagi dia yang ni, hang rasa bila dia akan pakai?"

" ... "

"Baju tu okaylah kalau ada majlis grand."


....

.......

..........


"Aku pilih ni lah."

"Haa cun jugak tu."

"Jom pi bayaq."


......


...........




........................



"Kau serious ah nak bagi dia." soal Naqi sambil mengunyah kepak ayam KFC. Najmi pula cuma menjamah Chezzy Wedges.

"Serious ah."

"Bila hang nak bagi?"

"InsyaAllah masa birthday dia. Jumaat depan."

"Awat hang nak sangat bagi?"

"Sebab dulu dia pernah mintak."

"Takkan tu aje?"

"Entahlah Naqi. Aku cuma rasa nak sangat bagi dia. At least kalau aku mati, lega sikit hati aku."

Naqi mendengat dengan khusyuk,

"Ni dah beli ni pun lega dah sikit. Tenang sikit jiwa aku." sambung Najmi lagi.

"Doa yang baik-baik jelah haha."

"Aku taknak jadi macam ni sampai habis sekolah." suara Najmi mula perlahan. Najmi pandang kasut Nike yang dah koyak sikit di bahagian hadapan.

"Maksud hang?"

"Entahlah Naqi. Mana tah silap aku. Tiba-tiba ja dia dah jarang tegur aku lagi."

"Hang tak tegur dulu?"

"Nak juga. Tapi dia pernah cakap. Dia nak kurang bercakap dengan aku pasai dia takmau orang cakap macam-macam pasal kita."

"So, kau ikut cakap dia lah ni?" Najmi angguk. Lambat.

"Naqi, kalau aku tak sempat bagi dia, kau tolong bagi eh?"

Naqi berhenti mengunyah.



It was always you and me
How could we be nothing, nothing?
I know that we don't speak
But if I can ask you one thing, one thing?



.

...

..........


"Do you still love me?"






..

..........




Labels

Perasaanku (16) Sayang (11) Ujian (10) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX