Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Sunday, March 13, 2016

"Jangan lupa bersyukur, tau?"




Syukur merupakan ibadah hati.
Sepertimana ibadah jasad tidak perlu ditayangkan di khalayak ramai,
ibadah hati juga tidak perlu ditunjukkan di khalayak.
Syukur juga boleh diterjemahkan dengan perbuatan sedekah.
Tak pun berkongsi rezeki dengan orang lain.

Nak bersyukur ni ada banyak cara.

Sebab dalam rezeki kita, ada sebahagian rezeki tu untuk orang lain.
Contohnya macam masa kita tengah makan.
Ada orang mintak sikit, bagi lah. Tak payah kedekut.
Boleh jadi makanan tu dah masuk mulut, tiba-tiba kau muntah.
Maksudnya makanan yang kau makan tu bukan rezeki kau.

Paling kurang pun kau makan kat kedai mamak, warung ke gerai tepian jalanan.
Yelah korang kan berduit, mana layan makan tepi-tepi jalan ni.
Dahlah tak ber-aircond. Meja pun takde lilin, napkin semua.
Lain lah aku. Makan pun kat mamak tepi taman.

K abaikan.
Dah jauh aku menyimpang
ahahaha pedulilah blog aku kan?
Ok proceed

Kau makan kat tepi jalan, tiba-tiba ada kucing datang.
Dia gesel-gesel badan kat kau. Mintak makanan.
Bagilah sikit. Jangan kau marah kucing tu.
Kalau kau bagi dia makanan, mesti punyalah dia doakan kau.
Haha nampak simple kan? Kucing doakan kita?
Hei, kucing tu takda dosa. Doa dia takde hijab dengan tuhan.
Jangan pandang hina.

Kan ke....
Ceh...  ' kan ke '
wahhhh sejak bila aku reti guna ayat urban ni ahaha

Bukan ke bila kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat.
Bagi yang kufur nikmat pula, Allah akan tarik nikmat.
Adil kan? haaa dah kata dah.

Bukan susah nak bersyukur, Tapi ni lah manusia.
Benda senang yang kita pandang ringan.
BENDA SENANG.

Ada orang yang belajar kat kawasan peperangan.
Masa belajar tu bunyi bom, senapang, dah macam irama wajib setiap hari.
Tapi datang sekolah. Tuntut ilmu!
Kita kita?
Ponteng!

Ada pula tu tak ada buku teks.
Cari alternatif, buat salinan. (photostate)
Tak pun masa cikgu ajar, dia buat nota.
Ada juga yang tak mampu beli buku tulis.
Pergi cari kertas buangan, tisu, kotak dan sebagainya.
Asalkan boleh melekat dakwat pen dan karbon pensel.
Sebab apa?
Sebab nak ilmu!
Kita kita?
Setahun tak sampai separuh buku pun yang berisi.

Weh,
Belajar, tuntut ilmu tu jihad tahu tak?
Kau mati masa belajar, syurga!

Ada orang pula yang takde makan minum.
Terpaksa minum kencing lembu. Buat biskut pakai lumpur.
Kaki pula takde alas. Guna botol, ikat dengan tali, jadikan selipar.
Pakai kelopak jantung. K yang ni tak pasti kebenarannya.
Kita kita?
Berlambak. Sampai obesiti.
*Yang badan agak-agak berisi mohon jangan pukul/bunuh/tikam/cincang/makan saya ya sebab caption ni emmmmmm

Kau fikir ni cerita tipu ke? Tak! Ni cerita betul.
Jadi kat Afrika.
Irama wajib tu kat Gaza.
Kutip kertas buang tu jadi kat Filipina.

Rasa-rasa ada baju yang lebih, yang kau taknak pakai. Derma.
Ada makanan lebih, kongsi. Tapi yang mintak tu pun beragaklah.
Kalau dia makan gula-gula pun kau mintak. Takkan dia nak belah dua?

Beli barang yang penting. Yang perlu.
Kalau dah ada, bercukuplah. Buat apa nak beli banyak-banyak?
Selalunya aku tengok barang berjenamalah.
Mentang-mentang dia kaya, beli baju branded banyak-banyak.
Tunjuk pada kawan-kawan.

Ya, memang tu hak dia.
Tapi hak untuk jiran? Hak untuk kawan? Hak untuk saudara seagama?
Dah settle? Taknak bagi kawan terus, bagi dia pinjam. Cukuplah untuk merasa.
Sebab kadang kita tak sedar apa yang kawan kita fikir.
Depan nampak okay je. Dalam hati?
Meraung nak rasa pakai baju, jam tangan, kasut berjenama.

Orang pandang remeh benda ni.
Sebab dia tak perasan.
Belanja berlebihan, membazir amalan syaitan.

Tambah pula bila pakai, orang puji.
Mulalah timbul perasaan riya dalam diri.
Hei, tak masuk syurga orang yang ada sebesar biji sawi pun perasaan takabbur dalam diri.

Takpayah lah sibuk nak ada life macam orang lain.
Dia pakai iPhone, kau pun nak pakai.
Dia selalu pergi oversea, kau pun sibuk nak pergi.

Tengok kemampuan diri dulu. Jangan susuhkan hidup mak ayah.

Biasakanlah diri dengan dua benda ni.
Satu, bila dapat nikmat, bersyukur
Dua, bila diuji, bersabar.
Dan sabar dalam bersabar.



************

Mohon buka lagu Syukur nyanyian Raihan dan dalami liriknya.

************





"Weh, aku ada benda nak share."
"Padia?"
"Aku nak kau ingat pesan aku ni sampai bila-bila."
"Haaa cakaplah dulu."
"Jangan lupa bersyukur, tau?"
" *speechless* "
"Weh kau dengar tak?"
"Err ya ya aku dengar."
"Ingat tau."
"Insya-Allah."


***************************


Dan ada satu benda yang aku nak bagitahu.
Buat masa ni aku akan pergi jauh.
Jauh yang sangat jauh.
Yang aku tak tahu jauh mana.
Maaf kalau ada chat yang tak berbalas.
Ada email yang tak dilihat.
Call yang tak berjawab
Tapi jangan risau.
Aku selamat.
Tak perlu cari aku.
Sebab aku akan pulang.
Bila diizinkan tuhan.
Salam alay'ik.


Labels

Perasaanku (16) Sayang (11) Ujian (10) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX