Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Saturday, December 10, 2016

Percaya



"I trust you gila but you betrayed me aduhhhh level trust tu dah jatuh level berapa dah"

I said this, when I know you'd lied to me.

-2016

****************

Sejak aku mula kenal kau, aku nampak.

Kau bukan jenis yang jujur untuk semua benda.

Ada benda yang kau tipu aku.

Dan kelakar bila aku tengok kau nak mempertahankan penipuan kau.

Sebab aku dah tahu perkara sebenar.

Betul, kata-kata 'aku sayang kau' pada aku.

Tapi salah aku juga.

Bila aku tak percaya kata-kata kau yang satu itu.

"Trust no one"

Aku tetap dungu untuk percayakan kau.

Jadi, aku layak untuk terima hukuman ini.


***************


Percaya ni satu benda yang susah kita nak dapat.

Percaya ni satu benda yang susah kita nak beri.

Tapi percaya ni senang nak pecah, senang hancur.

Kadang tu makan berbulan untuk cipta kepercayaan.

Tapi tak sampai seminit kepercayaan tu boleh lenyap.

Kau pun tahu kenapa kan?


***************

Ada benda yang kau boleh percaya.

Ada benda yang kau tak boleh percaya.

Sebab bila kau percaya, boleh jatuh hukum syirik.

Sebab bila kau tak percaya, boleh jadi murtad.

Haaa betullah, rukun islam rukun iman.

Bomoh 1 Mesiaaa. Eh


**************

Bila kepercayaan musnah, hubungan sesama insan turut rasa kesannya.

Tak kira sama ada

Kawan baik

Kawan tak baik

Jiran depan rumah

Pak Cik jual aiskrim

Suami isteri

Orang yg ada hubungan istimewa *paham sendiri

Kau

Daripada biasa bertegur sapa, terus bermasam muka.

Daripada selalu memberi pertolongan, terus di beri santau

Daripada nampak kebaikan, terus kau cuma nampak keburukan

Nampak tak kesan bila kau buat orang tak percayakan kau? Sebab kau sendiri?

Aku cuma mengharapkan kita semua hidup dalam keadaan harmoni.

Tak payahlah sesama 'public figure' ni nak bergaduh

Aku takpa.

Aku bukan public figure. HAHAHA


****************

Banyak hati yang terluka bila tertipu.

Bila kepercayaan tu dah sebati dalam diri, kau dengan mudah carik untuk keluarkannya.

Banyak hati yang menangis.

Bila jerih payah tak dihargai tapi diracuni.

Aku juga.

Menangis dalam diam.

Sebab aku tak nak orang sekeliling aku sedih.

Pesan kau tu aku semat dalam hati.

"trust no one"

Betullah tu.

Nak percaya pada bayang-bayang sendiri pun tak boleh.

Sebab bila gelap dia pun tinggalkan kita.


*****************


Ah peduli apa.

Aku tetap nak percaya pada orang yang aku nak percaya



******************


Aku tegur sebab sayang.

Kalau benci, aku tegur cara lain.

Hahahaha kemain mudah terhibur sekarang.

Okay okay.

Adiosss

Monday, November 28, 2016

Lagi

Another Oh Hae Young


"You're such like him." - Eves

"Eh?"

"Park Do Kyung."

"Tak habis-habis."

"Betullah Mi. Akak pun rasa camtu."

I give her and Eves glower eyes.

"Its not scary enough to make me silent." Eves laugh

"Mana dapat cerita ni? Tak pernah kau layan drama korea. Biasa kiteorang yang hantu."

"Tengok kat sekolah." balas aku pendek.

"Don't you see the similarity? Asou kun and Park Do Kyung?"

"Apa lagi Eves?"

"Asou and Do Kyung are cold just like you. Complicated."

"They're just an actress. No wonder." 

"Eves, Najmi marah tu hahahahaha..." she laugh. Eves too.

"Stop laughing at me laaaaaa. I'm gonna cram you into the luggage and throw it at the shore."

"Nak baling tu baling lah. Nanti balik rumah sendiri hahaha."

"If I just like them then so what?" I asked.

"I just like the way you're talking and eating. It's cute."

"Childish."

"Hahhahahahahahaha"

Gahhhh.... so plainly.

why i have this suck nephew.


*****************************


But i'm happy

Because both of them make my day


*****************************


Manusia kena diingatkan berkali-kali.

Sebab sifat manusia tu pelupa.

Antara benda yang manusia selalu lupa lagi dan lagi

M e n g h a r g a i

Manusia suka untuk lupa menghargai.

Manusia cuma ingat untuk menghargai bila benda tu dah tak ada.

Mungkin definisi 'menghargai' tu untuk benda yang tak ada?

*pandang langit


****************************

"Orang baling tahi takkan nak balas bunga?"

"Bagi jelah bunga."

"Bukan ada faedah pun." Dia merengus

"Ada." jawab aku pendek.

"Mana ada."

"Tahi dia tu boleh buat baja untuk bunga yang kau bagi."


******************************


Hidup kita ni tak seindah yang kita mahu.

Ada masanya,

Tuhan akan tarik nikmat kita.

Tak kini, nanti

Tak nanti, pasti


*****************************


"Kita kena saling tegur menegur"

"Mmmmm betul."

"Teguran tu kena betul."

"Maksudnya?"

"Nak tegur orang, biar beradap. Bukan kurang ajar, buka aib. Buat dia rasa malu."

"Kalau tak?"

"Bila tegur cara kasar, ia buat orang tu sendiri jauh dari agama."



***************************




Aku tak benci kau.

Aku tak kisah apa yang kau buat kat aku,

Aku cuma kisah.

Yang kau akan buat lagi kat orang lain.

Buat lagi dan lagi sampai kau mati.

Sampai bila kau nak menyakiti?

Saturday, November 12, 2016

Sayang




Aku cerita pada tuhan.
Pasal kau.
Aku minta pada tuhan.
Supaya jaga kau.

***





Aku dah lama tak menangis.

Sebab aku fikir aku kena kuat.

Aku lelaki. Mana boleh nangis.

Tapi aku silap. Sebab



********


"Kalau hidup sentiasa best je nanti boring lah nanti"
- Nuwa -


********

Ya, Aku nangis lagi. 

Sebab kau.

Kau yang buat aku menangis.

Cuma aku tutup tangis aku dengan tawa.

Supaya orang lain tak salahkan kau.

Tapi bukan setiap masa aku kuat.

Ada masa aku tersungkur juga.


Sayangnya, sebab cuma aku seorang yang rasa.

Sayangnya, sebab kau tak pernah nak faham.


Kalau kau fikir aku sayang ramai orang,

Kau betul.

Tapi kalau kau fikir aku tak sayang kau,

Kau salah.


Memang aku sayang ramai orang.

Tapi sayang aku pada mereka tak sama macam sayang aku pada kau.

Sayang,

Sebab aku dah sayang kau.


Sayang juga.

Sebab semua dah tahu.

Cuma aku yang masih meraba-raba.

Mencari kebenaran.

Dengan kau yang masih mahu menutup bangkai berbau.

Semua di luar heboh berkata itu ini.

Sedangkan aku tak tahu abjad apa untuk disusun mengukir kata.

Tak tahu nak kata apa.

Tak tahu nak luah apa.


**************


Kenangan tak pernah mati.

Aku selalu membayangkan.

Kau selalu melupakan.

Dan aku rasa peritnya hati.


*************

Makin lama makin ramai kenal orang.

Makin banyak hati yang nak kena jaga.

Kadang hati sendiri terluka, sebab jaga hati orang lain.

Kadang tak tahu macam mana nak jaga lagi hati orang.

Hilanglah kau wahai kesedihan.

Hilanglah kau wahai kekesalan.

Hilanglah kau wahai kesakitan

Namun jangan kau yang hilang meningal pergi


********

Kau sedih

Tapi kau tak cerita

Kau tak luah kau tak kata

Tapi aku dapat tahu dan rasa.

Hei, pada aku kau boleh cerita

Aku sudi jadi pendengar setia.

Nak luah rasa pada aku pun, sila.

Cuma jangan diam memendam rasa.

Aku tak suka.

Kalau kau sedih sebab aku.

Maafkan aku.

Baritahu pada aku.

Beri ruang untuk aku perbaiki hal itu.

Kerna aku pun manusia

Bisa lalai bisa cuai bisa lupa malahan bisa alpa.



**************


Andai suatu hari nanti.

Aku pilih untuk menyepi.

Aku pilih untuk hilangkan diri.

Aku pilih untuk tidak peduli.

Maka kau tak perlu rayu pada aku lagi

Monday, October 31, 2016

Sigh

All i know are sad songs, sad songs

Darling, all i know are sad songs, sad songs



*********

"Aku rasa dah tak bermakna."

"Emmm."

"Aku tatau nak buat apa lagi."

"Emmm."

"Dunia ni kejam."

"Emmm."

"Aku malas nak terus hidup."

"Emmm."

"Aku dah takde hala tuju."

"Takde hala tuju?"

"Emmm."

"Createlah satu."

"Mana?"

"Syurga?"

"........"


*********



"Kenapa orang lain boleh hidup senang? Aku ni kenapa apa pun tak boleh?"

"Haa?"

"Kenapa banyak cabaran hidup kat aku?"

"Sebab kau manusia."

"So kalau aku ni ditakdirkan jadi alien aku tak ada lah kena hadap dugaan semua ni?"

"Kau tahu kenapa ada cabaran?"

"Kenapa?"

"Sebab Allah nak kau kuat."

"Tapi....."

"Allah takkan uji melebihi kemampuan kita."


**********

"Kau ni asyik terbang je."

"Errrr...so?"

"Tak bosan ke? Penat ke apa-apa ke?"

"Adalah juga penat tu tapi kalau bosan tu tak. Best tengok ciptaan Allah dari tempat tinggi."

"Kau takde rasa something ke?"

"Nak rasa apa?"

"Rasa nak bawa aku ikut kau terbang."

"Kenapa?"

"Sebab aku manusia."

"Kalau aku manusia sama macam kau dah lama aku bawa kau terbang."

"........."


************************


"Kenapa aku kena tipu dengan dia?"

"Kena tipu?"

"Aku dah jadi baik, dah setia, jujur apa semua, tapi dia buat macam ni kat aku."

".............."

"Tak cukup baik ke aku?"

Diam.

"Jawablah! Tak cukup baik ke aku?"

"Emmmm, kau baik."

"Habis tu kenapa aku kena tinggal?"

"Mungkin dia ada alasan sendiri."

"Mungkin juga...."

"Mungkin apa?"

"Orang setia selalu ke tipu."


Lalu dia berlalu pergi.



*********************


Ada mesej masuk. Aku buka.

"Perempuan semua sama."

Aku ambil masa sekejap untuk hadam. Lalu aku balas.

"Kenapa cakap macam tu?"

"Yelah. Dulu perempuan cakap lelaki semua sama. 
Sedangkan berapa kerat je yang buat dia rasa macam tu.
Tak adil kan?"

"So?"

"Kali ni aku nak cakap, perempuan semua sama.
Walaupun cuma dia seorang je yang buat aku macam ni."

* Sigh *

"Jangan jadi nila, untuk rosakkan sebelanga susu okayh."

Balas aku ringkas.


**********


Seriously lah. Makin nak dewasa ni. Macam makin banyak cabaran.

Hehe, cakap macam aku sorang je ada masalah.


Bila orang tanya aku, boleh tak nak putus asa?

Maka jawapan aku

Boleh. Boleh putus asa. 

Putus asa bila nyawa kau dah sampai kerongkong.

Masa kau tak boleh nak buat apa dah. 

Tapi selagi nyawa kau dikandung badan, jangan pernah putus asa.






**********



"Kau tahu kalau nak buat something apa yang kena betul?"

"Cara buat kerja."

"Salah."

"Dah tu?"

"Niat. Niat kau kena betul."


***********




Jangan jadi nila, untuk rosakkan sebelanga susu.

Wednesday, September 14, 2016

Ajar

Aku dah lama tak bangun pagi dengan rasa sedih.
Rasa sedih yang nak buat aku terus baring atas katil.
Rasa tak mahu teruskan hidup atas muka bumi.
Tak nak lalui hari ini dan hari seterusnya.
Rasa sedih yang buat aku persoalkan 

"Kenapa aku?"

Ya, kadang aku pun tak yakin dengan diri sendiri.


*******************************

Dah berapa bulan aku tak update blog ini.
Bukan tak ada entri yang sudah ditulis,
Cuma tinggal tekan butang 'Publish' je.
Ada, aku ada buat.
Cuma aku tak rasa kesesuaian untuk ditontonkan kepada awam,

Biarlah aku baca dulu. 
Mungkin bila aku 'pergi' baru kalian boleh baca.

Kekangan masa sebagai seorang pelajar juga banyak membataskan aku untuk menulis.
Haha maaflah. 
Aku cuba cari masa, tapi waktu free hanya waktu malam.
Malam pulak tak mampu nak bersengkang mata lama-lama.
Kadang tu tertidur atas laptop ni, haha

Kali ni aku cuba menulis balik.
Proses belajar katanya.


*************


Aku terbaca dekat Twitter


Apa beza sekolah dengan kehidupan.

Sekolah tempat belajar dahulu baru ujian.
Kehidupan tempat ujian dahulu baru belajar.


Boleh faham?
Kalau tak faham baca balik sampai faham :)

Aku setuju dengan pernyataan tu.

Aku pun masih seorang pelajar.
Makin hari makin banyak benda yang kena belajar.
Dan makin lama makin aku rasa banyak benda yang aku tak tahu.

Kau struggle belajar, untuk dapat result bagus.
Sama macam aku juga. Cuma,

Ustaz Don cakap, 

"Jangan kejar kejayaan. Nanti kau akan buat benda yang melanggar peraturan"


Ya, ada yang meniru dalam peperiksaan.
Bila ada yang lebih pandai dari kau, kau dengki.
Kes kawan tikam kawan.
Bukan tak pernah jadi. 

Kat sini, kehidupanlah yang akan ajar kita.
Cuma kadang kita yang tak perasan.

Aku ingat lagi, masa aku darjah 4.
Ayah aku denda aku dengan adik aku, pakai berus gigi yang digantung kat leher.
Sebab tak gosok gigi.

Kesannya?
Sampai sekarang aku rajin gosok gigi.
Kadang kalau stress pun aku gosok gigi sampai berdarah gusi. hehe

Kalau boleh, ambil sikit masa dalam sehari.
Ingat apa yang kehidupan harini ajar kau sesuatu.

Ada beza orang yang pandai dalam pelajaran dengan orang yang pandai dalam kehidupan.

Ada orang, subjek Kemahiran Hidup dapat markah yang tinggi.
Tapi bila disuruh tanggam kayu, gergaji, guna gerudi, tak tahu.

Masing-masing ada kelebihan sendiri.
Mungkin apa yang kau hebat, orang lain tak hebat.
Mungkin apa orang lain hebat, kau tak hebat.

Allah tu kan Maha Adil.
Kalau semua orang tahu serba-serbi, buat apa hidup ramai-ramai atas muka bumi?
Sebab tu dalam Al-Quran ada sebut "bertanyalah pada yang tahu"

Dalam hidup, jangan pernah berhenti belajar.
Belajar tu proses sampai mati.
Jangan pernah fikir yang kau tahu semua benda.

Bila kau ada ilmu, jangan malas nak ajar pada orang.
Bila kau ajar, kau sendiri akan lebih faham ilmu tu.

Contoh.
Aku ada 1 ilmu.
Kau ada 1 ilmu.
Bila kongsi, aku ada 2 ilmu, kau pun ada 2 ilmu.

Bila aku ada 1 ilmu, kau ada 1 ilmu.
Kau kongsi, aku tak kongsi.
Cuma salah sorang je dpat 2 ilmu,

Rugi? ya rugi.
Sebab bila kau mati, ilmu tu mati sekali.
Sebab ilmu tu tak dikembangkan.

Jadi, jangan pernah putus asa.
Teruskan ajar dan belajar.
kehidupan ni cukup untuk ajar kau banyak benda.
Manfaatkanlah :)

Jadilah macam burung.

"Birds don't just fly they fall down and get up" - Try Everything, Shakira

Saturday, April 30, 2016

Terasa




 Lagu : Green Pastures


Entri ini ditulis bukan untuk info, inspirasi atau apa-apa yang memberi manfaat.
Sebab, entri ni sekadar contengan aku tentang apa yang aku rasa.
Aku nak coretkan luahan hati aku kat sini.
Sebab ni kan tempat aku meluah rasa.

Kalau nak baca, bacalah.

Tapi kalau tak ada manfaat, buat apa baca?

Cumanya aku harap masih ada yang faham apa yang aku nak sampaikan ni.
Paling kurang, rasa apa yang aku rasa.
Tak adalah aku ni forever alone sangat. Haha

Dulu aku ni seorang yang panas baran. Nampak je selalu senyum.
Orang kata aku happy-go-lucky. Selalu ceria. Ya. Memang Ya.

Tapi tu dulu...
Sekarang orang kata aku sombong.
Orang yang cakap aku sombong ni semua tak pernah chat / jumpa aku.
Yang kenal aku dan pernah borak je tahu friendly aku macam mana.

Lama sebelum aku belajar cara kawal emosi.
Aku belajar cara untuk bersabar.
Aku belajar mengalah dalam pertelingkahan.
Aku belajar untuk tak menangkan ego.
Dari sudut lain, tu bermaksud aku dah menang.

Pun begitu, masih ada yang seringkali cuba timbulkan kemarahan aku balik.
Macam raksasa yang hidupkan balik boss dia untuk kalahkan hero.
Walaupun selalunya 'raksasa-raksasa' ni gagal, tapi kau tak rasa ke apa yang aku rasa? huh?
Aku cuba jadi lebih baik kan? Bukannya aku buat benda kotor. Kau pun mesti tak suka bila tengok aku marah, kan?
Sebab marah aku memang The Boss punya level.

Sekarang ni pun aku dah kurang mencarut.
(Rasanya sejak kecil aku kurang mencarut - Kena cili dengan ayah walaupun sebut bodoh depan dia masa aku kecik dulu) buat aku serik jugalah.
Tapi kononnya ikut arus permodenan, ya aku guna juga perkataan ' Siaaaa' dan 'Dohh'  ....
 perkataan ni bukan maksudnya sial ataupun bodoh.
Tapi sebagai penyedap ayat dan juga mengikut arus permodenan (kononnya) macam yang korang cakap

Sekarang aku cuba jadi peramah yang boleh. Sikap sejak kecil kan suka berbual dengan orang yang lagi tua.
Tapi terbatas sebab aku malu.
Ya, aku ada sikap malu yang sangat tinggi.
(Nak buat presentation depan kelas tu macam kena bogel depan awam bagi aku)

Aku jadi baik, cakap benda yang elok-elok, sebab aku taknak cari musuh lagi.
Cukuplah musuh yang ada ni..
Aku jadi peramah dan cakap benda yang baik-baik sampai aku di-cop sweettalker .
Hebat kan pandangan manusia?

Tak habis kat situ, aku kena tuduh cakap baik-baik sebab nak pikat perempuan. Goshhhhh....
Mungkin salah aku juga kot? Aku chat dengan perempuan. eh? Jap.Kalau aku chat dengan lelaki?

Ya..

Aku nak pikat lelaki.


*****************************


Weh, pemikiran abad ke-21 memang macam ni ke atau aku yang ketinggalan?
Mungkin aku kena jadi bisu kot lepas ni?
Kalau tak bisu, pendiam. Jangan cakap dengan sapa-sapa.
Uhukss, cakap elok-elok sopan santun lemah lembut ni bukan cara Nabi ke? (Jatuh gaung)
haaaaa lepasni aku kena cakap kasar lah eh?
Lepas tu semua akan benci Islam sebab aku sebagai penganutnya bawa ahklaq Islam yang sumpah teruk.

Haaaaa kat sini wujudnya istilah ' Islam tu tak kotoq, hang yang bawa islam tu yang kotoq nohhh aihhh."
Maksudnya macam bilik hampa lah. bilik hang dak kotoq pung.
Hang yang kotoqkan dia.

Rentetan daripada cop sweettalker yang entah macam mana korang boleh nampak kat aku ni
( mungkin konsep huruf kaf fa ra pada dahi Dajjal yang hanya umat islam boleh tengok / kes ni hanya haters aku yang boleh nampak sweettalker kat dahi aku, kot?) aku biasa jugalah dapat ayat ni.

"Lelaki semua sama"

Aku dah muak dah dengan ayat ni.
Balik-balik ayat ni. pusing sana pusing sini ayat ni juga dapat. 
Eh kau dah kenapa?
Tanya member tanya kawan tanya pakcik google,
Ayat ni biasanya dikeluarkan oleh mereka yang kecewa sebab lelaki, dan mangsanya semua lelaki di atas muka bumi.

Kau pun (Kalau kau lelaki) Termasuk aku, ayah dia, menteri, tok imam.

Sedar ke tak sedar? 
Masih wujud lagi lelaki yang berusaha jadi lebih baik. 
Sebab tugas lelaki kan melindungi perempuan.

Bila keluar statement macam ni, semangat kaum adam ni luntur.
Usahanya terhenti di pertengah jalan.
Ada juga yang mintak aku hadiah.
Bila tak bagi, kata aku somboong.
Selagi tak bagi, selagi tu perli aku. Konon acah baik.
hei, ingat aku baik, senang je nak mintak hadiah?
Aku nak mintak RM10 dari parents pun dah fikir 5-6 kali. Kau?

Orang suruh jadi jujur. Cakap jujur walaupun pahit.
Yes, Memang aku cakap jujur. 
Dan bila aku jujur, kau kata aku tipu. Bila aku tipu, kau percaya pula. 
Aku jadi pening.Apa maksud jujur sebenarnya ni? 
memang annoyed bila berhadapan orang macam ni.
Tanya soalan, bila kita jawab, tak percaya.


Percaya pada seseorang tu penting dalam perhubungan.
Bila mana kepercayaan tu musnah, musnahlah hubungan yang terbina.
Percaya pada pasangan tu penting


Ada juga masa bila aku bagi personal opinion atau mungkin pandangan dalam sesuatu hal.
Tak ambil peduli.
Bukan maksud aku nak ikut telunjuk aku 100% cuma paling kurang pertimbangkan dulu pandangan aku.
Bukan buang awal-awal. Bila orang lain yang cakapkan idea aku, korang terima pula. 
Ok point dia kat sini, asal bukan dari mulut aku. heeeeee, terasa hina.

Paling kelakar bila ada yang tanya kenapa kalau ada study group, meeting ke apa-apa perbincangan, aku cuma diam.
Kau sendiri tahu jawapannya kan? 
Takde siapa nak dengar cakap aku. 
Hahahahaha gelaklah wehhh.

Sekarang, aku cuma follow the flows. Apa nak jadi, jadilah.
Bukannya aku ada kuasa nak halang. Lagipun siapa yang peduli pasal aku? Hahaha
Sorang-sorang tinggalkan aku. Semua yang aku sayang, pergi.

Masih ada lagi ke yang baca? hehe.
terima kasih sebab masih sudi teruskan pembacaan.
Ada tak yang rasa apa yang aku rasa? Komen lah, biar aku tahu.


Kalau sebelum ni aku cuma perlu berdepan dengan masalah perasaan aku sendiri yang terlalu merendah diri;
sekarang aku berdepan pula dengan perkara dan masalah yang berkaitan dengan kepercayaan.
Ya, sejujurnya aku terlalu sukar untuk percayakan insan dan cintanya yang hadir dengan izin tuhan atau yang cuma diada-adakan.
Dengan keadaan aku yang patah hati untuk kesekian kali.
Kembali mengembara lagi?
Entah.

Sunday, March 13, 2016

"Jangan lupa bersyukur, tau?"




Syukur merupakan ibadah hati.
Sepertimana ibadah jasad tidak perlu ditayangkan di khalayak ramai,
ibadah hati juga tidak perlu ditunjukkan di khalayak.
Syukur juga boleh diterjemahkan dengan perbuatan sedekah.
Tak pun berkongsi rezeki dengan orang lain.

Nak bersyukur ni ada banyak cara.

Sebab dalam rezeki kita, ada sebahagian rezeki tu untuk orang lain.
Contohnya macam masa kita tengah makan.
Ada orang mintak sikit, bagi lah. Tak payah kedekut.
Boleh jadi makanan tu dah masuk mulut, tiba-tiba kau muntah.
Maksudnya makanan yang kau makan tu bukan rezeki kau.

Paling kurang pun kau makan kat kedai mamak, warung ke gerai tepian jalanan.
Yelah korang kan berduit, mana layan makan tepi-tepi jalan ni.
Dahlah tak ber-aircond. Meja pun takde lilin, napkin semua.
Lain lah aku. Makan pun kat mamak tepi taman.

K abaikan.
Dah jauh aku menyimpang
ahahaha pedulilah blog aku kan?
Ok proceed

Kau makan kat tepi jalan, tiba-tiba ada kucing datang.
Dia gesel-gesel badan kat kau. Mintak makanan.
Bagilah sikit. Jangan kau marah kucing tu.
Kalau kau bagi dia makanan, mesti punyalah dia doakan kau.
Haha nampak simple kan? Kucing doakan kita?
Hei, kucing tu takda dosa. Doa dia takde hijab dengan tuhan.
Jangan pandang hina.

Kan ke....
Ceh...  ' kan ke '
wahhhh sejak bila aku reti guna ayat urban ni ahaha

Bukan ke bila kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat.
Bagi yang kufur nikmat pula, Allah akan tarik nikmat.
Adil kan? haaa dah kata dah.

Bukan susah nak bersyukur, Tapi ni lah manusia.
Benda senang yang kita pandang ringan.
BENDA SENANG.

Ada orang yang belajar kat kawasan peperangan.
Masa belajar tu bunyi bom, senapang, dah macam irama wajib setiap hari.
Tapi datang sekolah. Tuntut ilmu!
Kita kita?
Ponteng!

Ada pula tu tak ada buku teks.
Cari alternatif, buat salinan. (photostate)
Tak pun masa cikgu ajar, dia buat nota.
Ada juga yang tak mampu beli buku tulis.
Pergi cari kertas buangan, tisu, kotak dan sebagainya.
Asalkan boleh melekat dakwat pen dan karbon pensel.
Sebab apa?
Sebab nak ilmu!
Kita kita?
Setahun tak sampai separuh buku pun yang berisi.

Weh,
Belajar, tuntut ilmu tu jihad tahu tak?
Kau mati masa belajar, syurga!

Ada orang pula yang takde makan minum.
Terpaksa minum kencing lembu. Buat biskut pakai lumpur.
Kaki pula takde alas. Guna botol, ikat dengan tali, jadikan selipar.
Pakai kelopak jantung. K yang ni tak pasti kebenarannya.
Kita kita?
Berlambak. Sampai obesiti.
*Yang badan agak-agak berisi mohon jangan pukul/bunuh/tikam/cincang/makan saya ya sebab caption ni emmmmmm

Kau fikir ni cerita tipu ke? Tak! Ni cerita betul.
Jadi kat Afrika.
Irama wajib tu kat Gaza.
Kutip kertas buang tu jadi kat Filipina.

Rasa-rasa ada baju yang lebih, yang kau taknak pakai. Derma.
Ada makanan lebih, kongsi. Tapi yang mintak tu pun beragaklah.
Kalau dia makan gula-gula pun kau mintak. Takkan dia nak belah dua?

Beli barang yang penting. Yang perlu.
Kalau dah ada, bercukuplah. Buat apa nak beli banyak-banyak?
Selalunya aku tengok barang berjenamalah.
Mentang-mentang dia kaya, beli baju branded banyak-banyak.
Tunjuk pada kawan-kawan.

Ya, memang tu hak dia.
Tapi hak untuk jiran? Hak untuk kawan? Hak untuk saudara seagama?
Dah settle? Taknak bagi kawan terus, bagi dia pinjam. Cukuplah untuk merasa.
Sebab kadang kita tak sedar apa yang kawan kita fikir.
Depan nampak okay je. Dalam hati?
Meraung nak rasa pakai baju, jam tangan, kasut berjenama.

Orang pandang remeh benda ni.
Sebab dia tak perasan.
Belanja berlebihan, membazir amalan syaitan.

Tambah pula bila pakai, orang puji.
Mulalah timbul perasaan riya dalam diri.
Hei, tak masuk syurga orang yang ada sebesar biji sawi pun perasaan takabbur dalam diri.

Takpayah lah sibuk nak ada life macam orang lain.
Dia pakai iPhone, kau pun nak pakai.
Dia selalu pergi oversea, kau pun sibuk nak pergi.

Tengok kemampuan diri dulu. Jangan susuhkan hidup mak ayah.

Biasakanlah diri dengan dua benda ni.
Satu, bila dapat nikmat, bersyukur
Dua, bila diuji, bersabar.
Dan sabar dalam bersabar.



************

Mohon buka lagu Syukur nyanyian Raihan dan dalami liriknya.

************





"Weh, aku ada benda nak share."
"Padia?"
"Aku nak kau ingat pesan aku ni sampai bila-bila."
"Haaa cakaplah dulu."
"Jangan lupa bersyukur, tau?"
" *speechless* "
"Weh kau dengar tak?"
"Err ya ya aku dengar."
"Ingat tau."
"Insya-Allah."


***************************


Dan ada satu benda yang aku nak bagitahu.
Buat masa ni aku akan pergi jauh.
Jauh yang sangat jauh.
Yang aku tak tahu jauh mana.
Maaf kalau ada chat yang tak berbalas.
Ada email yang tak dilihat.
Call yang tak berjawab
Tapi jangan risau.
Aku selamat.
Tak perlu cari aku.
Sebab aku akan pulang.
Bila diizinkan tuhan.
Salam alay'ik.


Friday, February 12, 2016

Beza

Opera House Sydney, Australia

Aku pandang Opera House yang tersergam megah. Sambil-sambil tu mata aku melilau memandang pengunjung. Ibu bapa yang sibuk melayan kerenah anak mereka. Aku berseorangan di sini. Haha. Aku pergi ke arah seorang peniaga key-chain. Beli satu. 10$ aku hulur.
"Too much." "Keep the change."
Dia senyum. Hati berbunga riang


Sydney Harbour Brigde

Lepas berjalan kaki dalam 2km, aku naik pula Sydney Harbour Brigde. Bayar lah sikit. Ada free ke?
Yeah i'm still alone. Papa and Mama kerja. So apa aku boleh buat? Jalan sendiri.
Dari atas jambatan ni aku boleh nampak harbour. Cantik.
Hilang sekejap beban yang terbuku dalam jiwa.

Then patah balik ke Opera House. Pergi Royal Botanic Garden. Tengok alam sekitar.
Tapi aku rasa kosong. haha. Naik tren, Turun kat Townhall Station.
Jalan Darling Harbour. Wahhhh seronoknya anak kecil bermain-main. Kejar burung merpati.

Ah, aku tak tahu nak ke mana. Hanya mengikut langkah kaki ini menghala ke mana. Dan aku sampai di sebuah restorang Malaysia. 'More-more cha.'
Aku singgah. Minum teh ais. kegemaran aku tu haha.


Paddy's Market

Kira 1km dari Darling Harbour, aku cuba-cuba cari souvernir. haha orang kata kat sini murah. Tapi murah-murah pun faham-fahamlah. Macam biasa, takde apa yang tarik perhatian aku.

Naik bot. Pergi naik cable-car. Masuk Taronga Zoo. Hey koala! Hey Kanggaro! Hey zirafah! Hey semua yang ada di sini. Seronoknya banyak kawan-kawan.


Bondi Beach

Main air. Dari dulu aku suka air. Main dengan sepupu, sedara.
Sekarang? Aku main sorang-sorang je.
Simbah air ke depan. haha takde sapa balas.



************************


Jangan pernah fikir semua orang ada masa untuk kau.
Dia pun ada kehidupan sendiri.
Bukan nak layan kau 24/7

Ramai yang rasa kecewa.
Sebab sandarkan harapan pada manusia.


************************


"Fawwaz, where are you?"
"Kat Sydney."
"Ouh. Duit mak dah masukkan. Nanti jangan lupa amik. Yuran sekolah mak dah settlekan."
"Okay."
"Anything?"
"Bila mama nak balik? Papa bila cuti?"
"Err, mama kerja lagi laaa sayang. Papa cuti lusa."
"Ma, cuti dah nak habis. Bila kita nak jalan-jalan? Holiday?"
"Emmm. Takpelah. Nanti mama masukan duit lagi. Fawwaz cakap nak pergi mana. Nanti mama uruskan. Okay?"
"Err, seorang?"
"Nanti mama suruh Nurul ikut."
"Emmm"
"Okay sayang. I love you."
".........................."
Talian diputuskan. Phone aku campak masuk laut.



************************



Kadang-kadang seronok jadi anak orang kaya ni.
Gaji mama dan papa je dah cecah 70K sebulan.
Hahaha sukati aku lah nak buat apa.
Masalah yang aku ada cuma nak isi kekosongan yang aku ada je.

haha. Tu beza aku dengan kau,

Kau kata kaya tu best. bagi aku best tapi buat apa kalau kau takde masa dengan kawan-kawan, masa dengan keluarga?

Kau kata aku itu ini. Heh, kau sedar tak kau tuduh melulu.

Pernah kau tanya aku? Pernah kau amik berat pasal aku?

Pernah ke kau siasat dulu? Pernah kau selidik?

Tak. Tak pernah.

Beza aku dan kau.

Semuanya aku diamkan. Sedang kau merungut.

Apa  yang aku tak puas hati pasal kau, aku sembunyi. Aku cuba puaskan.

Kau? Anggap aku tak sempurna. Kata aku sama macam lelaki lain.

Kata kau apa?

"Sekurang-kurangnya dia amik berat pasal aku. Kau ada?"

ADA! AKU ADA! KAU TAHU APA?

Beza aku dan kau.

Aku tak iri hati dengan orang lain.

Kau? Selalu salah sangka dengan aku.

Hahaha, kelakar

Kalau nak cerita semua rasanya tak cukup.

Tapi tu laaa.

Beza aku dan kau.

Saturday, February 6, 2016

Peluang



Is it to late for me to say sorry to you? Friend? 
-1314-


Cuma sebaris ayat. Tapi tajam menusuk jiwa. Cukup buat tidur tak lena.
Friend?

Heh, bagi aku, bukan cepat atau lambat.
Tapi sempat atau tidak.
Ini aku petik kata-kata Qiden


"Kadang kita kena belajar hargai apa yang ada depan mata. 
Jangan dicari apa yang belum tentu jumpa."


Kenapa aku tak boleh maafkan?
Bukan ke setiap orang berhak dapat peluang kedua?
Ke tak boleh dapat peluang lepas buat salah?
Ke macam mana?

Orang selalu fikir yang mereka ada banyak peluang dalam hidup.
Heh, sedar tak yang kehidupan ni pun adalah peluang.
Peluang nak buat baik. Nak cari jalan yang tegak.

Ramai juga lupa yang peluang tu tak selalu hadir.
Mungkin juga kita selalu abaikan. Sebab kita fikir kita akan dapat lagi peluang yang baru.
Haha peluang kedua tu lah yang susah nak dapat.
Jarang sekali dapat peluang ketiga.

Sekali kau buat salah, mungkin dia boleh maafkan.
Dua kali, berat sikit laa..
Tiga kali, hurmmmmm fikirlah sendiri.

Cakap je la ' Aku minta maaf ' insyaAllah aku maafkan.
Memang bukan jenis aku suka marah lama-lama. Bukan tak suka. Tak reti :)

Tapi aku juga manusia. Punya hati dan perasaan.
Selembut-lembut hati aku ni pun ( Ecececeh ) ada juga kerasnya.
Semerah - hitam hati aku ni pun ada juga parutnya.

Macam biasa, aku sorok luka tu dalam-dalam.
Biar tertanam, tertimbus dan hilang terus. Nak biar dia terubat sendiri.
Dah taknak gali. Taknak cari. Kalau boleh biar terhapus terus dari medula oblugata, hehe

Kalau ada orang buat salah dengan kita, belajarlah memaafkan.
Tak payah nak menangkan ego kau. Tak kemana pun.
Nabi SAW pun pernah suruh kita maafkan orang sebelum tidur.
Bagilah orang peluang kedua.
Pada masa yang sama, nasihat. Agar dia tak ulang perkara yang sama.
Berpesan-pesan kepada kebaikan dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Kalau buat salah pada Allah. Minta ampun. Taubat lah segera.
Allah Maha Pengampun. Maha Kaya. Minta ja. Allah takkan bagi kita balik dengan tangan kosong.

Tahu tak kenapa Islam itu indah? Sebab Allah Maha Pengampun.
Kau buat salah, Allah tak hukum terus. Dia bagi kau nyawa lagi.
Bagi kau peluang untuk bertaubat.
Bukan terus campak kau dalam neraka kalau kau buat dosa.

Cuba bayang bila kau buat salah dan terus kena hukuman.
Terus datang tsunami. Gempa bumi. Gunung berapi.
hahaha mungkin tak sempat taubat dah.

Hidup ni kan macam permainan video.
Dengan satu nyawa, kau kena berhati-hati bergerak nak capai target.
Nak dapatkan XP , bila nak level up , salah percaturan maka tamatlah riwayat kau.



*******************


"Weh tahniah dapat masuk MTD" ( baca : Maktab Tentera Diraja )
"Ehehe, terima kasih."

Tercapai impian kau nak masuk MTD.
Berkat tak putus-putus doa. Conteng atas meja.
Antara kawan baik aku kat sekolah.
Aku sendiri tak tahu nak describe kau ni macam mana.
Sebab kau ni unik.

Apa yang boleh aku cakap, kau ni jenis yang senang dibuat kawan.

Aku ingat lagi. Dulu aku ni posto ( baca : postman ) kau
Kiranya aku ni tukang hantar surat. Orang tengah. Sebab kau ni boleh tahan pemalu

Aku ingat lagi. Dulu kau mintak aku ajar certain subjek.
Even aku pun tak pakar dalam subjek tu, tapi aku kagum tengok usaha kau nak belajar.
Maka aku pun cuba sedaya upaya tolong kau.

Aku ingat lagi. Dulu kau selalu datang dorm aku. haha amik makanan aku hee..
Kau tidur dorm aku, aku tidur dorm kau.
Bila aku tidur dorm kau, haha tandanya kau nak aku kejut kau lah kan?

Aku ingat lagi. Kau selalu cerita pasal ragbi, pasal MTD, pasal family kau, Telok Kerang, abang kau, banyak lagi lah.
haha nanti kirim salam Nasa ea?


Aku ingat lagi. Dulu kau pinjam phone aku, nak calling-caling hehe.
Kredit berlambak masa tu. Ada lebih kurang 48 ringgit kalau tak silap.
Heee, nama je duduk asrama. Peraturan pun aku langgar.
Kalau nak cerita pasal kenangan aku dengan kau ni rasanya kena buat cerpen, haha

Masa kau pergi temuduga, aku tak putus doakan kau.
Kadang aku mintak Afiq, Joma doakan kau sekali lepas solat mahgrib jemaah.
Aku tak tahu kenapa tapi aku rasa aku nak doakan kau juga.
Lumrah aku kan buat orang happy. Tengok kau senyum pun aku dah bahagia sangat.

Percayalah. Aku sayang kau kerana Allah. Doa aku setiap hari untuk kau.
Semoga kita kekal jadi sahabat dunia akhirat.


Cc : Ahmad Azamuddin bin Hj Omar



 

 




*****************************



Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa dianggap
 sebagai senjata Mukmin dan pembuka pintu rezeki.
-Imam al-Ghazali-


Tanya kawan, kawan selalu tak jujur.
Tanya rakan, rakan selalu tak membantu.
Tanya member, member pun 2 x 5
Tanya geng, geng memang merapu.

Ada peluang pergi ke tempat yang lebih baik, maka pergilah.
Korbankanlah sikit. Hidup perlukan pengorbanan. Ayuhhh.
Kau nak terang, maka kau kena buang perkara gelap.
Kau tak boleh ada terang dan gelap serentak.
Boleh faham?

Biasanya, kita perasan sesuatu peluang tu bila kita kehilanganya.
Seringkali juga kita lupa untuk hargai peluang.

Contoh mudah.
Peluang untuk bersama keluarga.
Ada masa lapang, kau keluar rumah. Shopping. Lepak.
Bila mak ayah dah tak ada, baru nak menyesal.

Masa tu keluarlah ayat
"Kalaulah aku tak keluar buang masa dulu...."

Hei! Hati-hati dengan perkataan 'kalau'
Jangan cakap 'kalau' untuk benda yang dah berlaku.
Tahu kenapa? Sebab perkataan 'kalau' tu boleh menjadikan kau macam tak reda dengan ketentuan Allah.


"Kalau aku pindah sekolah dulu, mesti aku dah jadi jutawan sekarang."
"Kalau aku tak jual tanah pusaka tu mesti aku dah senang dah hidup aku."


Kalau....
Macam kau tak reda.
Macam kau tak percaya ketentuan Allah.

Bagi aku, peluang kedua ni jarang-jarang hadir.
Bila kau dapat peluang kedua, kau antara yang terpilih.
Bersyukurlah bila terpilih.


************

"Weh Najmi."
"Hah? Apa dia?"
"Aku rindu."
"Rindu siapa?"
"Rindu tengok kau senyum. Rindu nak tengok kau sengih tengok orang lain happy."
"Rindu tumbukan aku tak?"
"Tak."
"Kenapa?"
"Sakit tahu tak."
Ketawa.....


Perlukah ada peluang lagi?

Haha....
Aku pun tak pasti peluang apa yang perlu diberi.






Friday, January 22, 2016

Pilihan

"I don't want to go."
"You need to go."
"No without you."
"Go back to your home."
"But i love Aussie."
"Its not enough."
"I love you."
" *quite* "


****************


"Kenapa kau pindah kelas?"
"Hah?"
"Aku baru mengharap nak sekelas dengan kau. Aku pun pernah kata yang kita akan sekelas. Tapi sekelas untuk dua hari je. Kau benci aku ke?"
"Ish, mana ada."
"Habis tu?"
"Dalam hidup ni kan kita kena buat pilihan. Kadang tu aku nak ke kiri kau nak ke kanan. Aku nak makan, kau nak puasa. Aku nak kat kau, kau pun nak kat aku. Eh?"

Ketawa

"Ok punchline."
"Kadang tu pilihan kita tak sama. Tapi matlamat kita sama. Nak cari keredaan Allah."
"Hmmmmm."
"Kenapa nak sekelas dengan aku?"
"Sebab kau bagi aku inspirasi."
"Inspirasi?"
"Haah. AKu pun tak tahu kenapa tapi bila aku pandang kau aku rasa kuat."
"Kalau aku mati?"

Diam...

"Bukan kalau kau mati. Kita semua akan mati."

Aku tersentak



********************


Perbanyakkan mengingati mati.

Mengingati mati tu Sunnah
Mengingati mati itu wajib
Mengingati mati itu, sifat mereka yang Soleh


********************

Ada masa nak buat keputusan tu sangat sukar ( kot )

Contoh,
"Weh, jom solat asar dulu. Lepastu baru main bola. Nak?"

Dan ramai yang pilih untuk main bola ( atau yang sewaktu dengannya ) berbanding solat asar misalnya.
Ramai yang pilih dunia berbanding tuhan.
Sedangkan ramai tahu kalau kejar akhirat dunia akan ikut kita berbanding sebaliknya.
Ramai yang ingat keluarga kita akan selalu ada dengan kita.
Sebab tu kita tak hargai. Sedangkan mereka juga adalah manusia.
Manusia akan mati. Ya akan mati.
Aku pun akan 'pergi' juga suatu hari nanti.

Ramai juga yang minta aku publish entry yang banyak aku save as draft. haha Tak kurang ada juga yang minta aku send entry tu kat dia. Sebab dia nak tolong publishkan kat blog dia.

emmmmm... Tapi nantilah.
Kebanyakkan entry yang aku tulis tu aku baca sendiri.
Aku cuba buat macam apa yang aku tulis.
Tak ke namanya tunjukkan contoh dulu baru berdakwah?
Yelah takkan nak sembang kencang tapi amalan kecundang kan?

Biarlah aku 'pergi' dulu baru aku beri.... Okehh? Ke ada yang nak bantah?
Haha

Ada masa kita akan menghadapi situasi lose-lose dalam membuat pilihan.
Tapi...haaaaaa ada tapi..
Tak semua 'lose' itu tak bagus.

Jangan pandang keburukan sahaja dalam keburukan. 

Mesti ada terselit sedikit kebaikan.
Tu semua bergantung pada kita laaa...
Sebab biasanya kesalahan kecil tu yang kita besarkan.
Kalau salah besar, lagi laaaa jadi Mega, Giga dan Tera gamaknya

Minta petunjuk tuhan. Sebab petunjuk tuhan tak pernah salah.
Allah tak akan menzalimi hamba-Nya. Ingat tu.
Kita semua menjalani kehidupan sehari hari.
Dalam menjalani kehidupan mesti kita ada pilihan.

Bukankah kita yang mencorakkan sendiri masa depan kita?
Bukankah Allah kata yang Dia tak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan dengan usaha mereka sendiri?

Pada kita mungkin 'something' tu terbaik buat kita. Tapi siapa yang tahu perancangan tuhan?

Jangan terburu-buru buat keputusan.
Jangan buat keputusan mengikut emosi.
Fikir sedalam-dalamnya.
Tanya hati yang paling dalam.
Tanya Allah tuhan semesta alam.

Kita hidup diberikan banyak pilihan.
Hatta sebelum ditiupkan roh ke dalam diri kita pun kita telah diberi pilihan.
Pilihan untuk hidup dan menjadi khalifah atau tidak.

Sebab dunia disajikan dengan pelbagai pilihan.
Pilihlah dengan bijak. Sebab akhir nanti kat akhirat kita sudah tak boleh memilih.
Kecuali segelintir sahaja yang taat perintah Allah akan diberi peluang untuk masuk syurga mana yang dia mahu.
Oleh itu buat lah pilihan
Allah tak letak had yang kita boleh capai. Asalkan halal dan syarie.

Pilihan nak buat baik?
Pilihan nak buat jahat?
Pilihan nak makan?
Pilihan nak main bola?
Pilihan nak aku atau dia? eh eh

Buat pilihan yang terbaik. Jadi lebih baik dari semalam.
Kalau bertembung dengan kesulitan, hadapilah dengan tenang.
Allah uji sebab nak kita jadi kuat.
Di sebalik kesulitan ada kesenangan.

Banyak kali jatuh tanda kita kuat.
Sebab banyak kali jatuh bermakna banyak kali kita bangun
Tu bak kata Mato .

Kenapa masa kita dah besar ni kita kenal ' give up '
Kenapa masa kita kecil-kecil kita boleh hadapi masalah.
Bukan ke kita yang dulu lebih muda.
Kurang makan garam katanya.

Jadi apa alasan kau nak putus asa?
Hei, Allah tak akan uji melebihi kemampuan kita.
Belum pernah lagi orang kena uji tiba-tiba meletup.
Tak pun pufffff. Keluar asap putih. Terus hilang.
Pehh ajaib sungguh...

Apa-apa pun, aku cuma nak pesan.
Buatlah apa-apa kerja sekalipun, tapi jangan lupa untuk ikhlas.
Buat sesuatu sebab nak orang puji, memanglah penat.

Hati jangan dibiarkan kontang.
Jiwa jangan diisi dengan kekosongan.
Tunaikan hak hati.
Isi dengan zikir. Selawat. Ibadat kepada Allah.

Kadang tu kita rasa kosong. Kita isi dunia lepastu terasa makin kosong.
Sebab apa? Sebab itu bukan tempatnya.
Rasa nak buat sesuatu, baca InsyaAllah.
Tak rugi pun sebut. Lagi banyak kelebihan tu adalah.
Hatta nabi SAW pun pernah ditegur sebab lupa sebut InsyaAllah.
Kita?



Masa ialah suasana dan hari apabila kita diperintahkan oleh Allah
untuk mentadbirnya dengan iman, amal soleh dan kebaikan lainnya. 
Gunakan masa sebelum ia meinggalkan kamu. 
- Imam al-Bukhari-


Maaf kalau entri kali ni tak banyak pengisisan.
Insya-Allah kalau diizinkan aku akan menulis lagi.

Di sebalik kekangan masa sebagai hamba marhen yang masih berjuang menuntut ilmu, aku juga sedang dihimpit persoalan.

Sama ada tinggal.

Atau pergi.

Aku sendiri tak tahu.


"Sayang, jika kau sedia.
Jangan buang masa.
Fikir masak-masak.
Ku gembira untuk kamu."

"Pergilah selagi mereka setuju.
Dan yang lain serahkan padaku."


Buatlah apa-apa kerja sekalipun, tapi jangan lupa untuk ikhlas.

Jangan pandang keburukan sahaja dalam keburukan.

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)