Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Friday, January 12, 2018

Another ... uh





Aku buka kelopak mata aku perlahan-lahan.

Pandang kipas yang berputar perlahan.

Hujan. Sejuk.

Hurgghhhh.

Aku gosok mata aku perlahan.

Masih mengantuk.

"Tahun baru." Bisik aku perlahan.


Another day.

Another story.

Another problem.

Another people, that come and go.


...


..


.




Inikan hidup.

Kehidupan yang tak lepas daripada dugaan dan cabaran.

Ujian yang mendatang, tanda Allah sayang. Tanda Allah nak kita ingat dia.

2017 yang penuh cabaran. Sekarang dah masuk tahun baru.


Another year.


Alhamdulillah.
Masih dipanjangkan umur.
Masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan mencari redaNya.

Terima kasih pada semua yang pernah hadir dalam hidup aku.
Aku hargai, walau kalian beri kenangan pahit pada aku.

Kenangan pahit itulah yang akan ajar aku untuk jadi lebih kuat.
Kenangan pahit yang akan ajar aku untuk lebih berhati-hati.

Aku kira, cukuplah perbuatan jahat yang telah kita lakukan.
Tinggalkan bersama-sama tahun 2017 yang telah berlalu.
Usah dibawa bersama pada tahun ini.


Moga tahun ini lebih baik berbanding tahun yang telah pergi.


Seiring dengan usia yang semakin menua, aku kira kita akan semakin matang.
Haha, aku hairan melihat manusia sekarang.
Hairan. Cukup hairan.

Sebab masih lagi wujud manusia yang suka judge orang lain.
Suka menilai berdasarkan pandangan kali pertama.

Kenal baru seminggu, bertegur sapa pun boleh dikira dengan jari.
Tapi dah berlagak macam dah kenal kau sepenuhnya.

Lebih kelakar, sebab dia terlalu kenal perangai buruk kau.
Apa yang dia lihat, cuma buruk kau sahaja.

Segala benda baik yang kau buat, dia akan cakap kau berpura.

Segala benda baik yang kau buat, dia akan cari jua kesalahan.

Percayalah, manusia macam ini wujud.

Ada di sekeliling kau.



Manusia macam ni ada penyakit hati.

Hati mereka gelap, dan susah nak terima cahaya.

Apa yang mereka boleh nampak, cuma keburukkan.

Jangan bersedih.

Abaikan segala menusia yang berperangai seperti ini. Mereka cumalah pembenci.

Jangan mengamuk.

Abaikan segala provokasi yang cuma mereka timbulkan.

Kerna mereka akan bersorak gembira, bila masanya kau melawan.
Mereka akan mengukir senyum, bila masanya kau menjadi lemah.

.

.

.

.

Pembenci cumalah seorang manusia.

Sama juga macam kau.

Mereka bukan malaikat. Mereka juga ada cacat cela.

Maka jangan anggap mereka sempurna.

Jangan jatuh hanya dengan kata-kata yang menyakitkan.

Kau tak layak untuk jatuh hanya kerna kata-kata pembenci.


..........




....



.


Hei, kau kenal diri kau.

Kenapa nak dengar kata-kata buruk orang tentang kau?

Ambil kata-kata yang positif, jadikan pembakar semangat.
Ambil kata-kata yang negatif, buktikan ianya salah.

Senyumlah.

Kau boleh hadapi semua ini.

Yakin pada diri, kau mampu hadapi.
Yakin pada diri, kau ada tuhan.

Tuhan takkan uji, kalau kau tak mampu.

Kalau kau percaya, kau pasti boleh buat.














Andai kata kau gagal,



Percayalah,



Kau belum sampai tahap kau lagi.

Labels

Perasaanku (16) Sayang (11) Ujian (10) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX