Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Wednesday, November 1, 2017

Small things in my life?

Aku duduk diam.

Pandang diari.

Pandangan kosong.

Sebelah aku Syf. Tidur.
Sebelah dia Aliaa. Tidur juga.
Sebelah Aliaa ialah Myeaa. Tapi dia takda.
Sebelah dia Farahin. Tapi dia pun tidur.

Kenapa semua tidur?

Mmmmm....
Syf Syf, kenapa pandai sangat?
Kenapa pandai, tapi suka baca anime?
Kenapa pandai, tapi bawak phone?

*so nak pandai silalah baca anime dan main phone ya?

Sapa ikut dia tak bijak macam Syf. XP

Aliaa Aliaa...
Kenapa comel sangat masa tidur.
Macam panda. Yang sorokkan kepala dengan tangan dia.
Kenapa dah tak main hoki?
Tak kesian ke aku sorang je wakil batch kita?

Myeaa Myeaa...
Kenapa gelak kelakar sangat?
Kenapa mudah terhibur?
Kenapa aku buat lawak hambar pun kau gelak?
Kau memang suka gelak ke atau cuba nak elakkan aku daripada malu?

Painn (Fainnn Fain)
Kenapa senang ngantuk? Stay up ke?
Kenapa kuat makan jajan? Tapi kurus keding?
Kenapa kalau kau gelak, kalah Myea?
Kenapa selalu tunjuk muka stres?

Aku aku.
Kenapa aku sorang je lelaki dalam group ni?
Kenapa still belajar, even ni bukan course yang kau nak?
Kenapa cepat sangat terasa?
Kenapa sensitif sangat?
Kenapa cepat sangat bagi expression?


Duduk,kiri ; Fainn, aku, Myeaa
Bawah,kiri ; Syff, Aliaa



Aku baca diari.

Baca cerita lama.


Entah kenapa. Mudah sangat tersentuh dengan perasaan.
Padahal bukan benda besar. Okaylah.
Benda besar, kot bagi aku.

Sebab sekarang hati aku macam rapuh.

Bila sorang-sorang orang yang aku sayang pergi.

Dan buat aku takut nak sayang orang.

Buat aku takut nak hilang seseorang.

Tapi bila aku sayang seseorang, itu bukan beshe-beshe (biasa-biasa) punya sayang.

Dan sayang saya pada awak pun bukan beshe-beshe. Kahkah.


"I give you all of me give me all of you"
Tatiana Manaois


Tambah lagi bila tengok tulisan di papan putih.

"5 Syafie. 27 Hari lagi nak tengok muka korang."

Mmmmm. Dah tak lama.
Untuk aku jumpa korang.
Untuk aku gelak dengan korang.
Untuk borak-borak dengan korang.
Untuk kita selfie lagi?
yelah kat klcc tak dapat kan HAHAHAHA

Bila lagi nak jumpa?

Mungkin kalau panjang umur, 18/3/2018 ?

Aku harap kau tak lupa diri.
Aku harap kau tak lupa secebis kenangan yang kita bina.
Aku harap, kau tak lupa seketul Najmi Hunwick yang sentiasa menitipkan doa buat kalian.

Dan saya harap, awak tak lupa kata-kata awak nak pergi Klcc lepas habis sekolah. :)

Semoga kita sama-sama berjaya.
Tak dapat straight A pun tak apa. Sebab tu bukan tujuan kita hidup,
Kita hidup nak capai reda-Nya.
Tak berjaya dlm exam tak bermakna hidup kau musnah.
Allah dah tulis awal-awal dah result exam kau.
Sebelum kau lahir lagi.



"Hua' a'lamu bikum."
An-Najmi : 32


Percayalah, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah.
Pasti sudah tertulis di Luh Mahfuz. Maka kau cuma perlu bersabar dan reda.


Pada seketul Najmi.
Moga tak cepat terasa dengan benda-benda yang tak betul.
Overthinking sucks, as always.

Aku cuba hadam pesan Mato.
Agar tak letak pengharapan pada manusia. Sebab manusia akan mengecewakan.
Maka aku akan mengharap cuma pada Dia. Kerna Dia yang memegang Hati Hambanya.

Doa aku tak akan pernah putus.






.............



......



...



.

Kenapa...

Kenapa awak cakap dengan mereka ja?

Kenapa tak cakap dengan saya?

Kenapa...

Kenapa awak jalan dengan dia?

Kenapa awak tak jalan dengan saya?

Dulu sekali je kita jalan sama-sama.

Kat trek sekolah. Dua pusingan. Ingat tak?

Awak tak pernah jalan dengan saya lagi.

Kenapa eh?



......



..










.






Saya nak merajuk ...

Saturday, October 14, 2017

Harapan

.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu 
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
- Al-Baqarah, 216 -


.


. . . . .



Jangan bersandar pada lalang, dan jangan bergantung pada awan.

Dunia ini hanya senda gurau.
Dunia ini cuma tempat persinggahan.
Dunia ini penuh dengan cubaan dan ujian.

Dan ujian itu takkan pernah berhenti.

Percayalah.
Saat kau ditimpa kesusahan ataupun kesenangan, tiap satunya ada ujian tersendiri.

Jangan pernah berhenti berdoa. Jangan pernah berhenti berusaha.

Nabi ajar, kalau pun esok kiamat, dan ada biji benih kat tangan kau, tanam.
Tak ada masalah. Kiamat nak datang esok datang lah.
Biji benih tanam dulu.

Nabi tak pernah ajar kita terlambat.
Nabi tak ajar erti terlewat.

Jangan biarkan masalah kau jadi batu pemberat untuk kau terus bergerak ke hadapan.

Dan bilamana kau fikir kau keseorangan, percayalah yang kau masih ada tuhan.

Letakkan sepenuh harapan kau pada tuhan.
Sesungguhnya, Allah berada dalam sangkaan hambaNya.

Kalau kau merancang, Dia merancang juga.
Dan ketahuilah, perancangan Dia lah yang terbaik.

Dalam hidup, kau tak boleh terlalu berharap pada semua benda.
Ramai yang kecewa, bila letakkan pengharapan pada manusia.

Sama juga macam aku.

Kau kena belajar berusaha sendiri. 
Tak semua ada dengan kau untuk tolong kau.
Tak setiap masa ada orang untuk teman kau.

Sedangkan mak ayah dan anak pun ada masa untuk berpisah.
Kau kena jaga diri kau sendiri, tanpa mak ayah kau.

Ustaz ustazah dengan pelajarnya pun ada masa berpisah.
Kau kena study sendiri, apa yang mereka dah ajar.

Suami isteri pun tak terkecuali.
Bukan 24/7 ada bersama-sama.
Saat tu, masing-masing kena tahu batasan diri. 
Takut-takut datang orang ketiga.

Maka simpanlah Allah di dalam hati. Kerna dia tak pernah jauh dari kita.


Setiap manusia ada pelayar. Macam aku cakap dulu.
Kau adalah nakhoda, bagi kapal kau

Ada yang berlayar guna kaki, guna minda, guna pahala. Kau?

Setiap orang ada cerita pelayaran mereka yang tersendiri.
Setiap orang ada destinasi yang tersendiri.
Setiap orang ada cara nak kawal kapal mereka.

Maka jangan kau perlekehkan mereka.
Sebab hala tuju kita lain-lain.
Hala tuju yang sama cuma mungkin syurga.
Dan laluan ke syurga setiap orang lain-lain.

Bahagia setiap orang tak sama.

Ada yang bahagia bila berjaya dalam peperiksaan.
Ada yang bahagia bila kenyang makan coklat.
Ada yang bahagia bila lepak dengan kawan.
Ada yang bahagia bila dapat rumah besar, kereta mewah.

Ada yang bahagia, bila orang yang kau sayang, sayang kau balik :)

Haraplah pada Illahi. Kerna dia yang punya kuasa.
Tanpa izinNya, takkan jadi benda yang kau harap.

Ingatlah, hati manusia itu dipegang oleh Sang Maha Pencipta.
Meskipun kau cuba sedaya upaya, tanpa izinNya, 
Tak menjamin, kau untuk berjaya.
Kerana pada akhirnya, yang setia itu cuma Dia.

Maka aku letakkan sepenuh pengharapan pada Dia.
Moga dia pegang hati kau dan aku bersama.
Moga dia tak bolak-balikkan hati kita.
Ya muqallibal qhulub.

Aku biarkan rasa itu, menjadi rahsia antara aku dan Dia.
Setia merindui, bertemu dalam doa pada Illahi.

Semoga sentiasa dilindungi.



.



"I only stop loving you, when the time Allah take the love away from me."
- AZ -






.


....


Fi hifzillah.

Meskipun jasad terpisah jauh, doa tetap bertemu di tirai labuh

Pernah dengar?

"Kalau rindu, doalah."
"Kalau teringat dekat orang yang kita sayang, doakanlah untuknya."

Makanya, aku memilih untuk mendoakan.
Moga kau sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Penyayang.
Moga kau dijaga oleh Yang Maha Berkuasa. Sentiasa.

Selagi hayat dikandung badan, aku akan terus mendoakan. InsyaAllah.
Selepas itu, tidak perlu lagi aku risau.
Sebab?

Sebab aku yakin
Walau dimana kau berada, walau denga siapa
Kau tetap di bawah jagaanNya.


Semoga cepat sembuh.
Fi Syifikillah :)


Salam rindu.


Selamat malam, orang jauh.




.......







...






.






...






.





Harapan itu masih ada.
Kita cuma harus terus percaya.





....





.

Give me strength




Have you ever felt so lost? Empty? Alone?
And completely give up on everything that is not worth fighting?

Well yes, I feel you.
I can't run away from those feelings sometimes especially because I'm always alone at home.

Oh Allah, I'm seeking for your bless.

If this endless problems and obtacles in life is one of Your plan to make me strong,then please.
Give me that stength.

Lead me to the right way.

I'm just a small boy in Your world.

Trying to learn the meaning of life.
Trying to love someone that can help me to get to your Jannah.
Trying to love someone that not love me back.
Trying to change every single bit of me,
That is so cruel, selfish and annoying. To a better one.

The fact is that I think everyone (except my bestfriends) is hurting.
And they want to see me fall and never get up again.
Which is just really devastating.


To be honest, I think I'm kind of grounded now.

I don't even want to open my phone.

Because there's no any text from you.

Haha I thought you'll come and find me.

But you're not.



Sorry for those who have texted me and didn't get any response.
It's just me, who don't want to open my own phone.

Because my hearts breaks,

Everytime I see your name.
Everytime I see your status.
Everytime I see your InstaStory.





Its hurts. Seriously. 

Its hurt, 

so much.


They rarely admit if they're jealous or hurting, don't know why?
Maybe its because they thought after all this time,
You'll find out by yourself.
You'll know what hurts them and try not to do that ever again.

Especially when you've done the same mistakes over and over again.

Dear someone,

I'm sorry I'm too fragile and sensitive.
I'm sorry I get mad because of small things.
I'm sorry I didn't mean to.

But yes, I can't fake a smile forever.
It's obviously just ... a waste of time?

Maybe some girls or boys (too) fake a smile so people won't ask them,
"Hey, what's wrong?" "Are you okay?" "Keep strong babe."
Listen to their problems, say it's okay. Chill.
And then leave. Is that how it really works?




Right now, I'm hard to get attached to someone.
But when I did, I really don't wanna to lose her.
But what can I do? If we're not meant to be together.

But I keep pray to God, asked Him to make us to be together.
I"ve keep praying for a year, and its still counting.
For the rest 8 years.
InsyaAllah.

Maybe, maybe.
We're not really meant to be.
Okay, in that case, fate should step in and yes, I'll try my best to accept everthings.

What I really learned about life,
It goes on.

What I really learned about love,
It doesn't last.

What I rally learned about people,
They change fast.

Oh, this week is the saddest maybe.
I don't know why.
Too many tears were shed.
I just spent most of the week with sckething your picture.
Luckily, it works.

I seem to forget everythings for a while.
I sleep a lot too.
And I forgot to eat sometimes.

And this is my new job.




Sleeping.


My stomach really hurts till now.
I'm not really sure what's happening but it fells like gastric.
Hence, when I knew you had been suffered from virus attack at school.
I'm bit worried.

I hope you get well soon.

I miss to see you smile.
Eventhough it's only from your handwriting-from your note



:)



Urm, more painful?

I'm just like suffering this kind of someone-stabbing-at-my-stomach-with-a-knife
I felt it pain, more than a week so yes, I'm kind of afraid.
Maybe I'm gonna go to clinic tomorrow?

Well you, lucky that a doctor came and see you.

I hope that you'll recover faster.



Till now, I still remember the qoute that my ex-bestfriend used to love.

"Life is like a roller coaster. It has its ups and downs.
But it's your choice to either scream or enjoy the ride."




So hey, lets just stay positive.

Okay I should stop now.

It's 1.20 a.m. already.

Bye and sorry for any mistakes I've done.

Salam Alay'k

Thursday, September 28, 2017

Hujan



Prep malam.

Classmates aku semuanya busy study. Next week exam.

But I'm still on my chairs. 
Don't know what to do. Don't know what to feel. Because I don't know what's this feeling.
How to feel the feeling that I don't know? Haha.

It's just reeling in my minds. In my empty minds. 
And seriously I don't know what to write.
I don't know what's this feeling. And tonight I can't focus on everything.
Eventhough my homework.

I finally ran outside my class. I ran under the stair near the MPP room. 
I cried. In the dark. Alone.
I have to many things stucked in my head.
I take it all out with crying. May all the pain release with every drop of tears.

I went back into my class after 10 minutes crying. 
Syf saw my eyes reddish but she didn't asking about it. Of course she know.

I went back to dorm with Habib and Naqib. Sadly, I'm still crying all along the way back to hostel.
I can't stop this feeling from stracthing my heart. Hence, I can't express this feeling into words.

"Kau okay tak Najmi?" Habib tanya aku.
"Eh, kenapa nangis Najmi?" Naqib pula tanya.

I can't answer that questions within words. Because this tears are the answer.
The answer that I don't know what to say.

"Nak aku dukung tak?" Habib tanya.

Aku geleng sambil lap air mata dengan key Arsenal aku.


.

. . .



Menangislah. Kalau ia mampu redakan tekanan.
Menangislah, kalau ia mampu ungkapkan perasaan yang tak terkata.
Menangislah, kalau kau dah tatau nak kata apa.

Kerana tangisan mempunyai kuasa yang sangat hebat.
Bila kau menangis, sebahagian beban kau akan hilang.
Sebahagian sebal di dada akan berkurang.
Sebahagian lemah kau bertukar jadi kekuatan.

Dan jangan malu untuk menangis. Sebab orang yang tak boleh menangis ni hati dia keras.
Andai kata tak pernah menangis, paksalah diri untuk menangis.
Saat kau solat malam. Saat kau bertahajjud. Saat cuma ada kau dan Dia.


"Maka nyatakanlah atau sembunyikanlah perkataanmu, sungguh Dia Maha Mengetahui segala isi hati."
Al-Mulk : 13


***********

"Sampai bila kau nak guna dp kau ni?"

"Dp apa?"  " Instagram."

"Ouh, gambar kat OZ tu?"

"Yelah. Yang kau conteng tu. Aku tengok, dah dekat 2 tahun kau pakai dp yang sama."

"Kau perasan eh?"  "Mestilah. Aku kan fans kau." Naqi gelak.

"Hmmmmmmm." aku keluarkan keluhan berat. Perlahan, tapi cukup kuat untuk Naqi dengar.

"Jawapan aku masih sama macam dulu."

"Kau takkan ubah, selagi kau sayang dia?" soal Naqi. Aku cuba senyum.

"Kan dia suka orang lain." sambung Naqi. Aku diam. Belum masa untuk beri respon.

"Kau masih nak sayang dia lagi?"

"Kau takkan tak kenal aku?"

"Kau memang susah nak ubah benda eh?"

"Maksud kau?"

"Yelah, beg kau, dah lama kot. Koyak tapi kau jahit. Kasut nike kau ni. Tapak dah haus gila tapi still pakai juga. Dompet kau ni pun dah barai habis. IC tercicir sia-sia je. Bukan reti nak ganti baru."

"Benda kecik tu pun kau perasan eh?"

"Tak sekarang ni point aku, kalau kau sayang orang, lama juga ke nak ubah?"

Aku terdiam.

"Jawablah." gesa Naqi.

"Somehow sangat lama. Somehow tak berubah langsung."

"Sampai bila?"

"Tatau. Mungkin sampai aku mati."








"Argh, stress aku. Tepu weh hadap bio ni lama-lama." Nizam baling pensel atas meja.

Aku cuma menconteng-conteng buku latihan Pai. Dah lebih sejam aku buat soalan klon SPM.
Tepu lah juga.Hujan lebat di luar kelas.

"Mi, main hujan jom." pelawa Nizam.

"Hurm?" aku pandang Nizam.

"Jom ah. Bukan selalu." Nizam bangun dan menuju ke pintu.
Aku cuma mampu pandang classmates perempuan aku kat tengah padang, main hujan.

"Jom." aku bukak kasut dan stokin.

"Weh sabarlah." jerit Nizam apabila melihat aku berlari meredah hujan.

"Masuk longkang jom." aku terus masuk dalam longkang. Nizam pun masuk sekali.

"Ya Allah Nizam Najmi!" Yasmin menjerit dari kelas melihat kami kebasahan.

Aku cuma mampu senyum je masa ni.
Tak lama pun untuk kami basah lencun dengan air hujan, dalam longkang sekolah.
Haha, dulu kecik-kecik selalu main hujan. Sebab masatu tak terbeban dengan masalah.
Sekarang main hujan pun boleh demam sebab asid dalam hujan tu.
Tapi kali ni baru aku perasan, dah besar panjang pun masih boleh main hujan.
Even otak kau penuh dengan bebanan.

"Seronok ke bila berjalan dalam hujan ni?"

"Seronok." jawab aku ringkas. Nizam balas dengan pandangan yang meminta penjelasan.

"Sebab orang tak boleh nampak kita menangis."




Biarlah hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti.
Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan.
Dugaan dan rintanganlah yang mewarnai kehidupan.
Untuk mengecapi kejayaan, memerlukan pengorbanan.

Andai kehilangan aku suatu hari nanti tidak terkesan oleh deriamu.
Kenang saja aku dalam doamu.



.....


.

Thursday, September 21, 2017

Lari




"Hang ingat dak dulu, masa kecik-kecik?" soal Naqi pada Najmi yang sedang melayari perasaannya sendiri.

"Hmmm? Ingat apa?" jawab Najmi acuh tak acuh.

Dahinya sedikit berkerut, cuba menembusi otak Naqi untuk membaca pemikirannya.

"Hang suka panjat pokok."

"Hahahaha, memanglah. Aku hebat kot." balas Najmi. Hidungnya diangkat ke atas.

"Eh hang ni. Aku tau yang ajaq hang memanjat. Ni ha Naqiuddin bin Johari ni." Naqi tunding jarinya sendiri ke dadanya.

"Ehem. Anak murid awak tu dah kalahkan awak. Najmi lagi hebat dari Naqi sebenarnya."

"Fine. Amiklah sana. Hang ja menang. " Naqi mencebik. Najmi gelak panjang.

"Aku perasan satu benda bila hang panjat pokok."

"Padia?" Najmi alih tempat duduk. Menghadap Naqi.

"Hang tak pernah jatuh." balas Naqi ringkas. Najmi kerut dahi.

"Apa yang buat hang nak panjat tinggi-tinggi? Kalau jatuh tak ke naya?" soal Naqi lagi.

"Dah tu siap luka-luka lagi. Calar lah bagai." sambung Naqi lagi.








"Naqi, bukak selipar hang." suruh Najmi seraya membuka seliparnya.

"Apahal?" Naqi hairan.

"Kau nampak titi tu? Yang kat hujung tu?"

Najmi tunding jarinya ke arah titi kecil yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat mereka berada.

"Nampak. Kenapa?" soal Naqi lagi.

"Sapa sampai sana dulu dia menang." Najmi terus pecut ke arah titi tersebut.

"Woi tak aci hang lari dulu." Naqi terus mengejar Najmi.

Langkah demi langkah diayunkan Naqi.
Nafasnya makin pendek.
Namun Najmi masih jauh di depan.




"Huhhhh huhhhh. Aduhhhh... Penatnyaaaa." Naqi tarik nafas dalam-dalam. Cuba membayar balik hutang oksigennya.

"Tahulah raja pecut dulu. Memanglah hang menang." Naqi tak puas hati.

"Takdelah. Aku yang hebat sebenarnya." balas Najmi.

"Asal hang suruh aku lari?"

"Cuba hang tengok kaki hang."

Naqi angkat sebelah kakinya.

"Ada luka. Aduh pedih pulak kaki aku. Tajamnya batu kerikil ni."

"Eh, tadi masa lari hang tak rasa sakit ke?" soal Najmi. Naqi terdiam. Kemudian Naqi geleng perlahan.

"Macam tulah hidup kita Naqi." sambung Najmi.

"Kalau hang fokus nak kejar kejayaan, nak kejar akhirat, hang takkan rasa sakit masa hang nak capai target hang.

Macam hang lari tadi. Fokus hang nak kejar aku kan?

Hang tak rasa pun batu-batu ni halang hang untuk terus kejar aku.

Yang hang tahu, hang nak juga kejar aku.

Tapi bila hang dah sampai, baru hang sedar sakit-sakit masa hang nak pergi sini.

Sama je macam hidup hang.

Kalau hang fokus nak kejar akhirat, hang tak rasa pun ujian yang datang ni jadi batu pemberat untuk hang.

Ujian yang datang tu hang boleh tepis gitu je.

Aku tak rasa gayat atau sakit bila panjat pokok sebab aku gembira duduk kat atas sana.

Aku boleh tengok bumi dari tempat yang tinggi.

Tapi takpelah. Yang penting aku lagi hebat dari hang. Hahahaha"

Najmi dan Naqi gelak

"Hang jarang give up buat benda yang hang suka."

"Salah tu. Aku give up juga. Tapi aku tak tunjuk. Aku buat benda lain, yang lagi besar dari benda yang aku gave up on tu."

"Kenapa aku tak pernah nampak hang depress eh? I means, hang tak pernah rasa sedih ke? Ke hang memang tak pernah ada masalah?"

"Bila masa pula aku tak pernah depress ni?" Najmi soal balik


"Tak bukan tak pernah sedih. Tapi hang tak tunjuk. Tapi aku masih boleh detect lah pasai senyum hang lain macam masa sedih.

"Aku tak tunjuk, sebab aku tak nak orang simpati pada aku. Aku nak usaha sendiri.

Orang boleh cakap apa mereka suka. Tapi mereka takkan faham.

Sebab mereka tak rasa.

Aku malas dah nak fikir sangat masalah aku.

Sebab bila aku fikir, sedih aku berganda.

So lebih baik aku biar je. Follow the flow gitu.

Sebab Allah kan dah atur hidup kita. "





.

.....

.....................



But i'm still keep on praying.
Pray for you.
Pray that you'll never give up on me.

And so me.
Pray for myself.
Pray that i'll never give up on you.

......

...

.

Monday, September 4, 2017

Stay or Leave




That terbakar-kecewa-sedih-patah hati-cemburu-marah dan sebagainya bila orang yang kita suka, suka orang lain.

Aku pernah cakap dulu.

Dalam hidup kau akan jumpa ramai orang.

Dalam hidup kau akan hilang ramai orang.

Termasuklah orang yang kau sayang.


When you try your best but you don't succeed
When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse



Kadang bila kita sayang dah orang tu, dia pula yang tinggalkan kita.

Kadang bila orang sayang dah kita, kita pula yang tinggalkan dia.

Paling sedih bila kita dah betul-betul sayang, tapi orang yang kita sayang, pergi.

Pergi dengan janji yang dulu dia beri.

Pergi dengan alasan, dah ada orang ganti.


And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?



Aku pun lalui benda yang sama.

Dan aku pun tatau macam mana perasaan suka tu boleh muncul.

Mula-mula aku abaikan. Sebab selalu kalau aku abai perasaan tu akan hilang sendiri.

Tapi kali ni perasaan tu sumpah lain macam.

Makin aku cuba nak lupa, makin aku ingat.

Makin aku cuba untuk tak peduli, makin aku tercari-cari.

Dan aku tatau macam mana nak mengelak.

Sebab aku akan jumpa kau juga, dalam kelas.


Lights will guide you home 
And ignite your bones
And I will try to fix you


To mi amor,

I really like you. A lot.

I know sometimes I mess up and do things that make it seem like I don't care but trust me...
You're my world.

But when you hurt me, you laughed.
And you left me for him as he promise you the world, while I promise you loyalty.

Thank you for loving me only when you needed someone to love you.
You led me to understand that in times of our need for love, our hearts are the most beautiful.
Thank you for leaving me when I needed you the most.
You led me to myself.
You led me to needing my own heart.
You led me to my voice.

Don't you ever think that I'll hate you.
You taught me more than any books could ever taught me.
About love, life and authenticity with my feeling.

When you give me Cadbury (i still keep it), food and gift.
When we exchanged the sticky note.
When we walk together on the track, two round during riadah and talking.

Our small, stupid conversations mean so much more to me than you'll ever know.

I love it when you talk to me first.
All I can say is you make me happy and I just love you.

Maybe it's okay to love you from a far.
I hope you find a love that build you, empowers you and strengthens you.

I hope you find a love,
That make you love,
To love.


And high up above or down below
When you're too in love to let go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth


Melepaskan tak mudah.

Sayang pada orang ambil masa nak cipta. Ambil masa nak hilang.

Tapi, perasaan ni aku tak cipta.
Dia hadir dengan sendiri, hadir tanpa aku sedar.

Dan aku harap perasaan ini berbalas, sebelum aku tawar hati.


Lights will guide you home 
And ignite your bones
And I will try to fix you


Dan kadang-kadang kelakar bila sayang orang yang tak sayang kita.

Lagi kelakar bila ada orang tahu yang orang yang kita sayang, sayang orang lain.

Tapi dia tak bagitahu kita.

Ini sumpah keji punya perangai.



Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face and I
Tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face and I


Aku akan terus berdoa.

Sebab aku dengar, doa boleh ubah takdir.

Cukuplah, aku dah penat biarkan rasa ini kawal diri aku.

Dah tiba masa untuk aku buat pilihan.

Stay or leave :)






"Weh Najmi cepatlah, nak gerak dah ni."
"Eh sabar jap. Tunggu aku habiskan lagu ni."


Lights will guide you home 
And ignite your bones
And I will try to fix you

"Dah habis dengar belum?"
"Okay dah."

Aku matikan tuan muda iPod aku.

"Kita nak pergi mana?"
"Kita pergi jauh."







***


Anyway, i'm a writer.
Don't take my words personally.
I write story based on what i feel and i see
That doesn't means everything I write is about my life. 

Let alone, myself.


Saturday, August 26, 2017

Mi amor




Ini mengecewakan dan menyedihkan. 
Dua perasaan dalam satu masa.



Bila otak kau penuh dengan benda yang tak terkata.'
Benda yang kau tatau nak luah macam mana.

Hala tuju aku makin kabur. Hari demi hari.
Sumpah aku keliru.

Luka tak tak nampak ni, yang dalam hati ni, sumpah menyakitkan.
Jeritan tanpa suara ni cukup memilukan.

Sampai tidur pun tak cukup.

Neraka pun wujud kat dunia ni. Sumpah. I swear to God it exists.

Dalam sejuk malam yang menyapa.
Dalam gelap masa yang memenuhi hari hari kau.
Dalam kesedihan ini, memori sedih yang buat aku hairan.
Seorang. Dan sejujurnya, keseorangan.


********************

Orang sekeliling aku buat-buat macam depa kenai sangat dah aku.
Judging aku macamlah hat depa yang cipta aku nuhhhh.

Bona-fide.
They did create me.

Depa bentuk aku untuk jadi orang yang depa nak aku jadi.
Walaupun untuk bagi depa punya impian tercapai, aku kena pakai banyak topeng.

Aku pakai topeng untuk tutup diri aku yang sebenarnya.
Aku kena senyum.
Senyum paling manis aku boleh buat, hasil dari tangisan yang paling masin.
P/s : air mata masin kan? Ke korang tak pernah rasa? Oh, sikit sangat air mata korang


Itu menyusahkan. Dan hidup takkan pernah senang.

Kalau hidup ni senang, takkan ada Usain Bolt.
Kalau hidup ni senang, takkan ada Bill Gates.
Kalau hidup ni senang, takkan ada Adolf Hitler.
Kalau hidup ni senang, takkan ada Rasulullah.

Rasulullah tu lagi layak hidup senang.
Dia lagi LAYAK hidup senang.
Tapi kenapa dia bersusah payah sebarkan Islam?

Untuk siapa?
Untuk kita.

****************




Aku bagitahu kau, aku gave up pada kau, pada kita.
It actually me who gave up on.
I gave up on myself.

Aku takkan pernah buat kau gembira.
Aku takkan pernah buat kau senyum. Sebab aku tatau senyum tu apa.
Dan aku takde idea, bahagia tu apa.

I swear to God when I said "it's not you, it's me." I was being brutally honest.

It wasn't your fault, never is, and never will be.

My sadness is immortal. It can't be killed.

No matter how many times we tried.

We ain't killing it.

We're killing me.

I've always wanted you, but you're an angel who fell in love with a demon.
And I'm the demon, who fell in love with the sweetest, prettiest angel.

I'm the demon. Wearing a mask of a monster, who is wearing a mask of a fallen angel.
Who is pretending to be the most decent person you've ever met.

Sadly, mi amor, life is a constant battle of good and bad.
Heaven and hell aren't one.
They are separated, yet they're joined into one, in which we call it, This World. 

*****

This heartache is unbearable.
The whispers are real.
The pain is inevitable.

*****

Tonight, I took a few sips of liquor, and take a couple puffs of cig.....
Tonight, I took the blade, and slowly cut it along my thigh.
Tonight, I stood on a rofftop, screaming my lungs out.
Tonight, I stared at the night sky, it's brighter than my life.
Tonight, I took a final glance at your photograph inside my wallet.
Tonight, I cut of our polaroid into two, separated us.
Tonight, I burn the note you gave to me.

Tonight, I decided to end this all, make it fast so the pain won't last. I hope.

I'm sorry you had to fall in love with a demon.
I should've known where I belong.

I'll be loving you from afar.
Just as how I've been doing so far.

I'll be loving you for a million years.
I'll be waiting for you.

I choose to follow my dream.
Eventhough it will never be reality.

I love you, but I hate myself.
And truly, one can never learn to love others when they don't know how to love themselves.


*******************

"So let me just give up.
So let me just let go.

Let me just stop trying.
Let me just stop fighting."

~ Katelyn Tarver, You Don't Know ~



Friday, August 25, 2017

Feelin' Bad


I took this picture by myself using my iPhone SE.




When you read this, please do this :
Song ; Green Pastures
Emotion : Crying
Open it and hear it while reading.

Entri ni bukan entri yang bermanfaat.
Bukan juga mengandungi apa-apa info tentang sekolah, negara mahupun ikan di laut.
So kalau nak baca, baca.
Kalau taknak, scroll bawah dan baca entry lain.

Atau komen lah sikit.
Korang ni malas betul. 
Bagilah aku semangat sikit nak terus menulis.

***************************************************************

Entri ni sekadar coretan aku.

Tentang apa yang aku rasa.

Tentang apa yang aku nak luah.

Sebab ni kan medan aku berkongsi rasa.

Orang kata, apa yang kau buat, kau akan dapat balik.

Maksudnya, kalau kau buat jahat kat orang lain, orang lain akan buat jahat pada kau.
Kalau kau buat baik kat orang lain, orang lain akan buat baik pada kau.

Mungkin orang yang buat jahat atau buat baik pada kau tu bukan orang yang kau buat jahat atau baik padanya.



Tapi, kau akan tetap dapat balasannya.

Tapi setakat apa yang aku dapat, sebaliknya.

Aku buat baik pada orang lain, tapi orang lain buat jahat pada aku. Aniaya aku.

*******************

Aku cuba jadi baik. Setidaknya aku dah tak sedajal dulu.

Aku dah tundukkan pandangan bila berselisih dengan perempuan dekat kaki lima.

Aku dah tak rapat dengan perempuan.

Aku cuba pastikan aku sentiasa ada wudhu.

Aku tengok video kuliah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Sampai aku download video dia dalam youtube masuk dalam laptop aku.

Semua qasidah, ayat quran yang dia baca, aku save. Masuk dalam tuan muda iPod.

Aku dah mula hafal al-Quran. Aku dah mula belajar baca wirid, baca doa selepas solat.

Aku solat malam. Hari-hari solat taubat. Solat tahajjud.

Tak aku bukan nak tunjuk ibadah aku. Konon macam aku bagus sangat dari korang.

Jangan salah faham.

Aku nak cakap, kenapa aku buat baik, tapi masih banyak keburukkan yang aku kena?

Ibadah aku tak sempurna ke? Mungkin.
Aku buat nak menunjuk? Mungkin.
Aku berubah sebab manusia? Mungkin.

Ah, tu saja kemungkinan yang aku terfikir.



***********************

Aku belajar setia.
Sebab aku takut ditipu.
Aku takut adik-beradik aku dapat partner yang tak setia

Aku masih ingat tarikh tu.
14 Jun.
Janji kau untuk 9 tahun.

Aku setia.
Tapi.
Hahaha kelakar.
Aku pulak yang kena.
Betullah orang kata juga.

Kadang kita elok dah nak berubah,
Tapi orang sekeliling yang buat kita makin taknak berubah.

****************

"Kita ada apa-apa ke?"


****************

sampai satu masa tu, aku rasa aku dah jatuh atas kaki aku sendiri
aku rasa aku dah tak mampu bangun lagi dah
aku dah tak mampu nak menangis lagi dah
aku dah tak nak jumpa siapa-siapa lagi dah
aku nak hilang ingatan 
aku macam hilang semua benda
hatta semangat untuk terus hidup
tapi Allah sayang aku lagi
 kalau ikutkan aku dah padam dah
tapi Allah izinkan aku untuk terus menyala






Aku cuba cari silap aku.
Tapi aku tak jumpa.
Okey sebenarnya apa salah aku?
3 kali benda sama.






Kalau al-Quran kata perempuan baik untuk lelaki baik
Perempuan jahat untuk lelaki jahat
Maka aku terfikir.
Aku jahat ke?









Friday, July 21, 2017

Beli juga ...




"Weh Naqi, bangunlah. Bangun." Najmi menggoncang tubuh gempal Naqi yang lena berbaring di atas sofa.

"Ermmmmm... Apahal ni?" Naqi mengeliat sambil menggosok matanya.. Terkebil-kebil pandang Najmi.

"Hantaq aku pi Dataran Pahlawan kaih."

"Hah? Apa? Ulang sekali lagi."

"Hantaq aku pi Dataran Pahlawan." Najmi ulang permintaannya tadi.

"Hang nak watpa pi sana?" soal Naqi seraya menoleh jam di dinding. "Asar pun belum masuk lagi."

"Er, apa kaitan asar pulak ni?"

"Ngantuk..."

"Laa, tadi solat jumaat hang tak tidoq ka?" perli Najmi bersahaja.

"Haa yelah aku pi bersiap lani." Naqi tarik muka bila Najmi bagi sedas perlian.

"Tapi ada syarat." sambung Naqi.

"Padia?"

"First, KFC. Second, baik hang habaq hang nak watpa pi sana. Hang dak habaq kat aku aku takmau hantaq hang pi sana."

"Hiesyhhh, sibuk ja mamat ni." Najmi bermonolog sendiri.

"Lekaih habaq."

"Aku nak beli baju lah."

"Baju kau dah berlambak dah."

"Bukan baju aku lah."

"Habis tu?"

"Nak bagi kawan."

"Kawan? Laki ka perempuan?"

"Perempuan."

"Marka eh? Hahahahaha."

"Ishhh bukanlah."

"Ni yang hang selalu cita kat aku ka?"

Najmi diam.

"Dah aku bagi hang 10 minit ja. Lekaih siap. Cepat pi cepat balik. Cepat hang tidoq balik."

"Kalau accident aku salahkan hang."

"Eh awat?"

"Hang paksa aku drive masa ngantuk."

"Takpalah. Mati syahid. Tu pun kalau hang hafal lah doa naik keta. Asyik aku ja bacakan untuk hang. Hahahaha" Najmi bagi lagi sedas.

Naqi terus masuk bilik.

...

.....

...........


"Hang aku aku teman hang ka nak aku tunggu KFC ja?" soal Naqi.

"Teman aku lah ngok. Banyak cantik nak makan ja tau."

"Takpalah hang kan rapat dengan perempuan. Takat masuk butik baju takda hal laaa en?"

"AMBOI DAHTU HANG EXPECT AKU TAK RETI MALU LAH DENGAN PEREMPUAN?!" suara Najmi naik satu oktaf.
Naqi gelak dengan jahatnya.

...

....

..........


"Tu banyak tu." Naqi menjuihkan bibirnya pada sehelai baju kurung. "Rembatlah satu."

"Haram ngok Naqi rembat-rembat ni." Naqi gelak lagi.

"Mana yang sesuai eh? Saiz badan dia macam Nunu tapi tinggi lebih kurang aku ja." Najmi soal Naqi.

"Cuba tengok yang ini." Naqi hulur sehelai baju pada Najmi.

"Ermmm. macam kosong je."

"Yang ni?"

Banyak sangat bunga. Macam makcik-makcik je."

"Yang ni pulak?"

"Lawa. Macam harga dia." Naqi sengih.

"Haa cuba yang ni pulak."

"Kalau aku bagi dia yang ni, hang rasa bila dia akan pakai?"

" ... "

"Baju tu okaylah kalau ada majlis grand."


....

.......

..........


"Aku pilih ni lah."

"Haa cun jugak tu."

"Jom pi bayaq."


......


...........




........................



"Kau serious ah nak bagi dia." soal Naqi sambil mengunyah kepak ayam KFC. Najmi pula cuma menjamah Chezzy Wedges.

"Serious ah."

"Bila hang nak bagi?"

"InsyaAllah masa birthday dia. Jumaat depan."

"Awat hang nak sangat bagi?"

"Sebab dulu dia pernah mintak."

"Takkan tu aje?"

"Entahlah Naqi. Aku cuma rasa nak sangat bagi dia. At least kalau aku mati, lega sikit hati aku."

Naqi mendengat dengan khusyuk,

"Ni dah beli ni pun lega dah sikit. Tenang sikit jiwa aku." sambung Najmi lagi.

"Doa yang baik-baik jelah haha."

"Aku taknak jadi macam ni sampai habis sekolah." suara Najmi mula perlahan. Najmi pandang kasut Nike yang dah koyak sikit di bahagian hadapan.

"Maksud hang?"

"Entahlah Naqi. Mana tah silap aku. Tiba-tiba ja dia dah jarang tegur aku lagi."

"Hang tak tegur dulu?"

"Nak juga. Tapi dia pernah cakap. Dia nak kurang bercakap dengan aku pasai dia takmau orang cakap macam-macam pasal kita."

"So, kau ikut cakap dia lah ni?" Najmi angguk. Lambat.

"Naqi, kalau aku tak sempat bagi dia, kau tolong bagi eh?"

Naqi berhenti mengunyah.



It was always you and me
How could we be nothing, nothing?
I know that we don't speak
But if I can ask you one thing, one thing?



.

...

..........


"Do you still love me?"






..

..........




Tuesday, May 30, 2017

Kecewa



"Kalau atas nama takdir kita dipertemukan, maka takdir juga jadi sebab kita dipisahkan."



Aku rasa, memang hidup aku menyedihkan.
Hidup aku sorang-sorang.
Semua yang ada dekat aku, cuma seketika hadirnya.
Salah aku ke? Untuk buat orang yang aku sayang mati?

Aku rasa kelakar.
Sebab ada orang berkawan dengan aku, sebab nak perlindungan.
Atas nama ayah dan mak aku cikgu.

Dan aku benci kawan yang macam ni.

Semua tentang kita cuma kita yang faham.
Yelah itu hati kita. Hidup kita. Walau kadang aku sendiri keliru.
Orang boleh bagi semangat. Bagi kata-kata.
Tapi itu cuma penyedap hati. Sebab mereka tak rasa.

Dalam hidup ni tak ternafi ada banyak penyesalan. Sebab salah buat pilihan.
Sedangkan pilihan tu banyak.
Dan aku selalu pilih pilihan yang salah. Aku cacat dalam buat pilihan.
Aku tak tahu kenapa pilihan aku selalu salah.
Aku tempang buat keputusan. Hahaha. Aku cacat :(


***

"Dia mintak putus. Dia kata dia taknak kau sakit. Dia taknak dia sakit."

"Bila dia beritahu kau?"

"Pagi tadi."

"Ah sekali lagi."

"Sabar bro."

"Apa dosa aku sampai Allah buat aku macam ni?"

"Setiap yang berlaku ada hikmah."

"Ah, kau tipu. Kau tipu aku."

"Aku tak tipu kau."

"Tiga kali Fadh. Tiga kali! Takkan tiga-tiga pilihan aku semua salah!"

Semua orang dah pandang aku dengan Fadh.

Tapi aku tak peduli, walau tujuan asal datang SOGO ni nak beli handbag untuk mama.

"Mungkin dia ada sebab."

"Sebab dia aku! Asyik-asyik aku."

"Ada hikmah."

"Pergi mampus dengan hikmah kau."

Aku terus masuk LRT // stesen bandaraya.

"Naj..."

Aku nampak Fadh tengok aku dengan pandangan yang aku tak faham.

"Ah mampuslah." dan aku tatau nak pergi mana.

Tiba-tiba satu mesej masuk. Voice message.

"Waj 'alli waziirammin ahli."
"Haaruna akhi."
"Usydud bihiii azri."
"Wa asyrikhu fii amri."
"Kai nusabbihaka kasiira."

Bacaan surah Taha dari Fadh. Ayat 29-34

Aku diam.

"Kenapa semua orang yang aku sayang, semua pergi?"


"Haaruna akhi."

"Iaitu Harun saudaraku."


*****

Aku cuba letak sungguh-sungguh keyakinan pada Allah.

Dan buat pertama kalinya aku GIVE UP.

Tapi aku tak salahkan sesiapa sebab aku tahu ni salah aku.
Aku yang salah buat keputusan.


Kau takkan faham.
Sampai kau sendiri yang rasa.


Tapi aku yakin.


Allah tak kan saja-saja letak aku dalam kesusahan.

Masa



Umur aku dah bertambah.
Maknanya aku makin dekat dengan kematian.
Aku tak sedia nak hadapi mati.
Dengan dosa yang aku buat.
Dengan pahala yang aku kumpul.

Tapi bila tengok balik amalan aku.
Rasa memang tak layak dilahirkan keatas dunia ini.
Sebesar-besar malaikat tu pun tak ingkar perintah tuhan.
Aku yang kecik ni lah juga yang selalu langgar.

Allahu allahu...


Nak tahu dua nikmat yang sering disia-siakan manusia?
iaitu
Masa lapang dan masa sihat

Ada masa kadang aku rasa dah tak mampu bertahan.
Ada masa kadang aku rasa tak larat nak teruskan
Solat pun tak sempat ke surau, cukup dalam dorm
walhal masih terasa ada banyak ruang2 kosong

Aku rasa nak mengeluh.
Nak lepaskan semua dan sagala-galanya kepenatan dlm diri
Sebab terasa sesak dengan masa...

Dan Allah datangkan dugaan 
kesihatan serta kesabaran...
Tak terkecuali, ujian iman
Masa ni baru nak tahu, sekukuh mana hubungan dengan Allah



"Aku busy, tak sempat baca Al Quran hari ni. Aku ada kerja nak buat, tak boleh pergi solat kat surau. Homework berlambak, petang malam ada kelas tambahan. Bila nak buat?"

Hahahaha
Baca Quran tak sempat.
Baca teks pakwe makwe berjela sempat...
Surau tak sempat kau jejak, main bola, hoki petang2 tu sempat pula?

*Jatuh dalam gaung*

Di pukul ayat sendiri. Peh sakit.
Mohon sedar sikit, hidup kita bukan di alam maya, kita ada dunia yang perlukan kita.
Mohon NajmiHunwick sedar diri, nasihat orang panjang berjela kalau diri sendiri malas nak amal, lebih baik terjun gaung.

Apa benda setakat kata "Qudwah qabla dakwah", 
Means tunjukkan contoh dulu sebelum mula berdakwah.
Sekadar dakwah kencang, amalan kecundang buat apa bro?

Sekarang ni bukan tak cukup masa, masalahnya suka buang masa. 
Dahlah suka buang masa, kerja nak bagi alasan pulak.

"Malam basuh baju, gosok baju, lipat baju, tak sempat buat."

Prep kau buat apa?

Memang aku suka buat tembakan tepat masuk ke jiwa.
Kalau orang tak nak terima apa yang aku nak sampaikan, biar aku yang terima sendiri.
Aku pun selalu sentap dengan teguran sendiri...ahaha

Main punya pasal, study pun hancur kemana.
Lepastu merungut, "Tak cukup masa. Kenapa periksa awal sangat."
Errr, kawan.
Awak tu yang dulu sibuk dengan permainan awak.
Sampai study pun awak tolak tepi.

Masa tu barulah nak sedar. Masa nasi dah jadi bubur.
Tak guna....

******

Sebelum tamat tahun 2016
Maafkan segala kesilapan dan kekhilafan saya
Dari 'A' sampai 'Z'
Meliputi

A - Angkuh
B - Bohong
C - Cemburu
D - Dengki
E - Ejek
F - Fitnah
G - Gosip
H - Hutang
I - Ingkar
J - Jahat
K - Kejam
L - Lupa
M - Marah
N - Najmi Nakal
O - Olok2
P - Pelik
Q - Qecil hati ;)
R - Revenge
S - Swearing
T - Terasa hati
U - Urghhh
V - Vromm
W - Wey, nak cukupkan abjad je
X - X-ray hati masing2
Y - Yey dah nak habis
Z - Zero :P

*****

"Kita tak mampu jadi baik dalam sekelip mata"
"Tahu"
"Nak jadi baik pun berperingkat."
"Peringkat macam mana?"
"Peringkat yang macam ni.Sebelum jadi ustaz,ustazah,
Kita kena jadi pelajar dulu.
Sebelum jadi pendakwah,kita kena
terima tarbiyyah dulu.Sebelum kita nak terima tarbiyyah,
kena sediakan hati, buang karat jahiliyah dulu.
One by one. Step by step."
"Okey"
"Semoga berjaya hadapi ujian mendatang, kawan.
Jalan DnT, bukan jalan untuk orang yang biasa.
Ini jalan untuk orang yang luar biasa."
"DnT tu apa?"
"Dakwah dan tarbiyah"

-BudakTomato-

Senyum :3




Masih ada waktu untuk kita berubah.
Masih ada waktu untuk kita bertaubat.

Jadikan diri kita sebagai salah satu ramaja harapan agama.
Masih ada waktu untuk jadi baik.
Jangan risau,
Allah itu benar benar Maha Penerima Taubat

"Walau sehitam mana pun sejarah hidup kita,
Selagi kita masih bernyawa,kita
masih berpeluang ke syurga"



Selamat menempuhi kehidupan
Salam sayang
Najmihunwick
Tomato

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)