Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Wednesday, October 12, 2022

Hujan



Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkedipan

Aku menyanyi perlahan lagu arwah Sudirman. Irama lagu yang pernah popular suatu ketika dahulu bermain-main di fikiran.

Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Aku memandang langit sekilas. Mendung. Awan comulonimbus kelihatan begitu menyeramkan. Terimbas seketika pengumuman MET Malaysia yang meramalkan musim banjir akan tiba tak lama lagi.

"Aih, nak hujan lah ni." Aku capai hoodie dan sangkut ke bahu. Bersiap sedia sekiranya hujan turun kerana aku tidak mempunyai payung. Kasut Vans disarung. Pintu dikunci lalu kaki terus dihayun laju menuju lif.

Mulut masih terkumat kamit menyambung lagu Hujan yang dipopularkan oleh arwah Sudirman itu.

Bagi aku, musik mempunyai peranan penting dalam kehidupan. Sama seperti menulis.
Ada banyak peristiwa yang boleh dirakam, dikenang dan diingati tika alunan musik menggetarkan telinga.
Marah, gembira, sedih, kecewa dan bermacam perasaan boleh digambarkan saat satu dua lagu dimainkan.

Ada musik yang jika dimainkan akan membuatkan kita teringat pada seseorang. Ada yang boleh membuatkan kita terkenang saat-saat gembira, sedih dan marah yang pernah dirasakan.

Bersama titis-titis hujan yang jatuh pagi ini—sama seperti perasaanku pun yang sedemikian. 
Aku melangitkan pinta agar selalu dikuatkan menghadapi segala perkara yang sedang menantiku di depan.




Kerana setiap kita selalu mempunyai mimpi.
Biarkan dia tetap menemani, bersama renyai hujan yang jatuh membasahi bumi.

Ada banyak rindu yang ingin kuungkapkan dalam sebuah pertemuan.
Ada banyak perasaan yang ingin kuutarakan.
Ada banyak cerita yang ingin kuperdengarkan.
Tetapi aku sedar bahawa ada penghalang di antara kita, hingga semua itu hanyalah sebuah ketidakmungkinan.

Aku mengeluh perlahan. Melihat locking wire yang sedikit longgar. Lilitan dah lawa, cuma tak cukup cekang.

"Kau kena double twist dulu baru dia ketat." aku menoleh. Entah selepas kali ke berapa aku memintal dawai besi itu.

"Kalau pusing macam tu je sampai bila-bila dia longgar." sambungnya lagi. Aku angkat kening.

Punya lama aku melilit dawai itu dan setelah banyak kali aku ulang baru sekarang nak bagitahu? Getus hatiku. Tapi aku abaikan sahaja. 

Mungkin nak ajar aku perasaan gagal.
Mungkin nak lihat usaha aku.
Atau mungkin saja nak buat aku nampak bodoh.

Entah, aku tak pasti.



Apa perkara yang tersulit dari kehilangan?
Bukan sulit lupakan raihan. Itu perkara lain haha.

Bagi aku, perkara yang sulit dari kehilangan adalah rasa rindu yang menetap dan harus ditanggung sendirian.
Rindu yang tak dapat dibagi kerana ia tersimpan di dalam hati.

Tapi untunglah ada Allah. Kepada Allah rindu ini kita titipkan. 
Semoga kelak nanti nasib baik akan datang kepada kita, berkumpul kembali bersama orang yang disayang di tempat terbaik yang pernah Allah ciptakan.

Semoga berjumpa kembali.

Hujan yang turun bersama airmata
Bersama pedih bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi

Tuesday, August 23, 2022

Pain


I'm in pain. I want to write about every layer of it.
The pain has already made a home inside my skin, and somehow I let it stay.

"You know, as much as it sound delusional, it's actually pretty comforting to believe that there's always something out there, keeping us safe."

He took a moment to think of a response, an amused smile pulling at the corner of his lips.

"Well, if there isn't," he murmured humbly, "I'll keep you safe."

I'm used to it. The pain that haunts me everyday. The pain that makes me feel alive and weak at the same time. The pain that I always crave for. This is the pain that I've been addicted to. If this pain went away, I can't imagine how my life would be.

To a person merely living inside a shell, pain is also a relief.


Kebanyakkan orang, cuma melihat kau sekadar apa yang mereka lihat dari mata kasar.
Apa kau sudah berjaya, atau kau jatuh tersungkur. Semudah itu.

Mereka tak pernah tahu, betapa keras usaha kau berjuang untuk mengejar impian. 
Mereka tak pernah tahu, betapa tinggi harapan kau untuk membahagiakan orang-orang sekeliling.
Mereka tak pernah tahu, berapa kerap air mata kau tumpah, berapa banyak harapan kau musnah.
Mereka tak pernah tahu, berapa kali semangat kau patah, 
Mereka tak pernah tahu, berapa banyak bekas luka yang kau sembunyikan.
Mereka tak pernah tahu, entah apa yang bermain di fikiran kau.
Mereka takkan pernah tahu, tak akan boleh memahami diri dan juga keadaan kau.

Yang mengerti, hanya Tuhan dan orang yang sungguh peduli akan diri kau.
Maka ketika kau berada pada titik terendah, lihatlah, pandanglah siapa yang setia berdiri untuk kau.


Malam itu aku tersedu. Tak sangka akan dapat panggilan telefon dari orang yang sangka aku, sudah tak mahu ada hubungan apa pun.
Mataku balut bekas menangis. Cuba menahan dan aku masih bungkam.

"Mi, janganlah toreh tangan lagi." Aku terdiam, cuma berdehem perlahan tanda aku mengikuti.

"Nanti nak masuk syurga, tangan, anggota badan tu semua kan boleh bercakap." Aku ubah kedudukan, dari baring mengiring, sekarang aku terlentang. Mempersiapkan diri untuk mendengar sambungan bait katanya.

"Nanti dah nak masuk, tangan tu cakap, haa ni ada parut ada bekas, tuan saya dulu cederakan saya. Dia toreh tangan saya. Dah tak dapat masuk syurga. Macam mana?" Aku tersentak.

Tak pernah aku terfikir sejauh itu. Entah kenapa aku alpa dan culas. Buat tak fikir panjang.

Aku pandang sekilas lenganku yang berbekas dan berparut halus. Terfikir sejenak, mungkin coping mechanism ini cuma memburukkan aku.

Sebab setiap kali aku disakiti atau menyakiti, aku akan toreh perlahan lengan aku. Perlahan, cukup sekadar menembusi lapisan epidermis. Cukup sampai deria sakit memberi reaksi. Cukup aku rasa pedih dan bisa. Semuanya untuk alihkan perhatian dan mungkin merasai kesakitan orang yang aku sakiti.

Mungkin sudah tiba masanya untuk aku lebih menghargai derma kurnia tuhan yang anta permata.

Semoga cepat berakhir hariku yang geruh.

Staying quiet doesn’t mean I have nothing to say, it means I don’t think you’re ready to hear my thoughts.

What will I do about tomorrow? I don't know. I don't have tomorrow.

All I have is this gray majestic air settling in the sky where I may have wanted the sun.

The birds are permitted to fly and I am permitted to wonder about it.

My mind is soaring but my eyes are closed. I will take the day for what it is but I would like to have my mind for good measure. So I can choose to escape, tolerate or marinate. 
Thank you.


Tuesday, June 7, 2022

Masa



Tik tok tik tok masa berjalan. Ia akan terus berjalan.

Aku memandang Sijil Pelajaran Malaysia yang aku terima beberapa tahun lalu.
Memori-memori lama semasa bersekolah mula menerjah fikiran.
Satu demi satu menerawang di hujung mata.

Betapa rajinnya aku menjaga sistem PA sekolah setiap kali ada perhimpunan dan majlis di dewan.
Betapa lajunya kaki aku berlari ketika mewakili sekolah dan rumah sukan untuk olahraga.
Betapa gigihnya aku menelaah mata pelajaran, menyiapkan tugasan semasa prep malam.
Betapa aktifnya aku bermain hoki dan pergi mewakili sekolah.

Dan beberapa lagi peristiwa lain yang cukuplah sekadar diri ini yang tahu.

Ah, lepas ini aku tak akan dapat lagi slip peperiksaan seperti ini.
Kehidupan selepas ini bukanlah sama seperti di alam persekolahan. Kehidupan yang semuanya sudah diatur, hanya perlu mengikut apa yang telah ditetapkan. Pergi ke sekolah, belajar, kemudian ada ujian. Tika itu sudah tahu susur atur kehidupan yang akan ditempuhi. Sudah tahu timeline, umur sekian, kau ada UPSR, umur sekian PT3, umur sekian, SPM.

Lepas tamat sekolah, tidak lagi. Segalanya bergantung pada kau semata.

Apa kau mahu sambung belajar?
Apa kau mahu terus bekerja?
Apa kau sudah mahu bekeluarga?

Semuanya terserah kepada kau. Semuanya atas bahu kau.
Kau yang bertanggungjawab untuk mencorak perjalananan hidup kau sendiri.

Mula timbul rasa risau. 

Dulu, aku tak pernah fikir apa yang akan terjadi di masa depan. Aku tak pernah rancang apa yang aku mahu buat.

Tapi kini tak lagi. Lepas ini, aku sudah menginjak ke usia dewasa. Aku tidak boleh lagi sekadar menanti perkara yang sudah ditetapkan.

Tik tok tik tok masa berjalan. Ia akan terus berjalan.
Ia akan terus berjalan tanpa menoleh ke belakang.
Tanpa peduli kau sedia atau tidak. Kau mahu atau tidak.
Ia akan terus bergerak maju kehadapan.

Maka rugilah kau yang masih mahu hidup di masa silam.

Bangun dan bangkitlah. 
Bergerak ke hadapan. 
Walau hanya merangkak. 
Tetaplah bergerak.


Aku tahu hari itu kau menangis kerana impian kau dirampas oleh kenyataan.
Kegagalan demi kegagalan, dan tanggungjawab yang tak boleh ditinggalkan.
Sedaya upaya masih menghirup nafas dan kau masih kuat bertahan.

Maka aku faham. Kenapa kau memilih untuk berhenti seketika dan membiarkan kelemahan kau dilihat ramai orang.

Dan sekarang, sudah tiba masanya untuk kembali berjalan.
Tak perlu terburu-buru atau berlari kencang. Cukup sahaja jalan dengan sederhana dan semampunya.
Cuma ingat, jangan berhenti untuk selamanya.

Rehatlah saat kau lelah, menangislah saat kau sedih, marahlah saat kamu kecewa.
Tapi jangan berhenti berjuang, jangan biarkan perjuangan kau yang sudah penuh luka darah terhenti.
Lihatlah ke belakang. Air matamu yang pernah gugur, takkan sia-sia untuk semuanya.

Bahkan, luka-luka yang tercipta semuanya memberikan makna kehidupan.
Kegagalan mengajarkan kamu untuk terus berusaha dengan lebih baik.

Teruslah kejar mimpi-mimpi baik itu. Wujudkan harapan yang kau tanam untuk kehidupan.

Selalulah ingat kata berhenti itu tidak ada. Melainkan berhenti seketika untuk mengambil masa memahami erti kehidupan dan perkara yang kau perjuangkan.

Dan teruslah berjuang.

Jangan berhenti.




Terima kasih buat yang masih mengingati hari jadi aku. Sungguh, tahun ini tak banyak yang aku hajatkan.
Cukup sekadar yang terbaik untuk aku, untuk kau, untuk kita semua.
Terima kasih kepada yang memberi hadiah, walaupun bagi aku agak janggal. Sebab aku jarang dapat hadiah. Mungkin, aku tak suka orang habiskan duit untuk aku?

Buat yang masih kekal membaca blog sepi ini, terima kasih banyak-banyak.
Aku tak tahu nak ucap macam mana, tapi aku cukup bersyukur ada kalian.
Sebab aku pernah kata, blog ini ruangan peribadi. Tak pernah mimpi pun boleh dapat ramai pembaca.

Mungkin ada yang perasan cara penulisan aku yang dah berubah. Tanda aku dah matang kot? Ececeh...

Tapi apa-apa lah. Aku menulis apa yang aku rasa. Apa yang aku nak kongsi.

Mungkin kurang update dah lepas ni. Aku pun makin sibuk. 

Jangan mengharap yang tinggi-tinggi, takut kau kecewa.

Cumanya, aku akan tetap menulis.

Sebab penulis akan mati, tapi tulisan takkan mati.

Saturday, April 23, 2022

Rumit?



Aku bersandar di dinding sambil melelapkan mata. Pancuran air mandian sengaja aku biarkan mengalir membasahi setiap inci dan pelusuk kulit. Aliran air dingin yang mencium kulit seakan mengaktifkan segala pancaindera yang ada. Aku menggigil menderita kesejukkan namun tetap jua aku biarkan.

Aku berharap dengan setiap titis air yang mencium tubuhku ini akan pergi dengan membawa setiap masalah yang membebani badan dan fikiran. 
Semoga hilang segala kecelaruan. Semoga hilang segala keserabutan. Semoga hadir ketenangan.

Mungkin harus aku akui, yang kehidupan ini sememangnya sulit. Bukankah tuhan sudah mengatakan "tunjukkan aku jalan yang lurus" di awal kalam sucinya?

Benar. Hidup kadang memang rumit.

Dalam perjuangan ini, tidak ada yang terlalu cepat. Tidak ada yang terlalu lambat. 
Semua sudah Tuhan tetapkan di masa yang tepat.

Setiap dari kita adalah istimewa. Dengan cara dan upaya yang tak semestinya sama.

Boleh jadi jalan mereka lebih cepat, tapi itu bukan maksudnya kau tidak hebat.
Sesungguhnya kau diberi lebih banyak peluang untuk mengaut hikmah sepanjang perjalanan itu.
Jangan mengalah, dan teruslah percaya pada yang satu.

Kuatkan usaha, panjatkan doa-doa. Semoga dalam setiap liku-liku perjalanan terisi kekuatan.

Jalan ini terlalu panjang dan melelahkan. Jika bukan tuhan yang memberi kekuatan, dah lama aku tersungkur tak mampu menapak lagi.

Semoga keputusan-keputusan hidup yang kita pilih, bukanlah dipandu oleh rasa negative, takut, khawatir, kecewa dan dendam. Hiduplah kita di atas keputusan-keputusan yang diambil atas dasar keyakinan dan keinginan. Sungguh, setiap pilihan yang kita ambil, pasti tuhan yang mengaturnya terlebih dahulu.



Meskipun langit berubah setiap hari tetapi ia tetap ada.
Mungkin seperti itu juga aku mencintaimu.
Terkadang aku marah, terkadang aku sayang, terkadang aku rindu.
Cinta itu tetap ada, meski cara aku menunjukkannya selalu berubah-ubah.

Kadang bukan makanan apa yang kita pesan, tapi dengan siapa kita habiskan makanan itu.
Kadang bukan kemana destinasi kita tuju, tapi dengan siapa kita pergi.
Kadang bukan berapa jauh kita menapak, tapi seberapa bermakna perjalanan itu.

Tulisan-tulisan yang pernah mengoncangkan hati yang pernah kita baca, boleh jadi tertulis dari masa lalu yang getir.
Tulisan-tulisan yang memberi makna dalam hidup yang pernah kita baca, boleh jadi tertulis dari panjangnya dan peritnya perjalanan hidup.

Kembali lagi tentang pancuran air. Bagaimana sejuk dan derasnya air yang mencurah, sejuk lagi mata ini memandangmu dan derasnya hati ini berkocak. 

Mungkin hujan adalah perjumpaan dari titik akhir. Aku tahu, kau pun tahu, kita sama-sama suka hujan dan sunyi.

Aku sendiri, kau sendiri, diam dalam sepi.

Tuesday, February 15, 2022

Quite

Hyouka GIF - Hyouka - Discover & Share GIFs


I don't talk much lately. 

As time goes by, I get tired of forcing myself to talk, to meet people and to communicate. I just go with the flow.


Kenapalah gigih sangat. Bukan orang kisah pun. Kesian dekat diri sendiri kadang kadang. All the efforts were wasted just like that.


Bukanlah aku tak ada perancangan nak buat itu nak buat ini. Cumanya aku selesa mengikut arus. Pun begitu aku tak teragak-agak melawan arus jika keadaan memerlukan.


I stopped expecting too much from people becauses I don't want to get hurt. Maybe sometimes we just need to accept the truth and just move forward.


I stopped texting first. I stopped calling first. I stopped trying to reach out first. Because you know, I think I've had enough already.


Fix yourself, dear self. Nobody is going to help you to get whatever you want in life. Fix your attitude. Do better. Be better. Be wiser.


Nobody knows the pain. One day you will going through the same thing like others. And you will realize that life is going to hit you hard.


Tired of wondering when I will be enough for those ppl that I care about. I am just done trying to offer a help. I am the one who needs help.


Anime Girl Headphones Gif


Almost. It's a big word for me. I feel it everywhere.


Almost home. Almost happy. Almost changed. Almost, but not quite. Not yet. Soon, maybe.


Even the stars watch you in awe, she grabs my hand. "Your love is worshipped by the universe, why can't that be enough?" I pull my hands away from her. "I don't want the universe to worship my love," she wait for me to continue. "I just want you to love me."


Pin on Sword art online


For some reason, I've really been loving late night "alone" time. Before I sleep, I like to play some sudoku games, listen to some random songs that I find on YouTube, and chill. It helps with scenes I'm going to write-sometimes it's just nice. 


Without my phone, just me and myself, with some beats... 


I love it.


5 Unforgettable Epic Anime Soundtracks | Anime, Best anime shows, Anime  characters



Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)