Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Tuesday, June 23, 2015

Bersemangatlah Najmi



"Weh Najmi. Nanti kau updatelah lagi blog kau. Aku follow kot blog kau..." 
-IzzatiMohtadi-

"Hai Najmihunwick. Blog kau best gila! Aku selalu baca.
Ada unsur Dakwah dan Tarbiyah(DnT). Btw, Lepasni selalu update tau.
Aku tunggu..."
-unknown-

"Assalamualaikum. Bila nak update blog. Ooo..Aku tunggu ni. Haha"
-NurinNadhirah-

"Hampa dah update blog?"
-Hidayah-


Terima kasih atas sokongan.
Jujur aku kata. Aku langsung tak riak.
Sebab penulisan aku ilham dari tuhan untuk kamu semua....
Buat apa mendabik dada?

Ya, aku pernah lemah.
Aku tak kuat hadapi dugaan.
Kalau bukan nasihat Chad, aku mungkin sudah rebah tak mampu berdiri lagi...

"Apa? Iman senipis tisu lagi alasan kau? Sudahlah.
Ingat ni, walau tisu tu nipis sekalipun, tisu tetap mampu serap air!"
-Chad-

Tapi bukan nasihat dia seorang. Kamu juga, yang sedang membaca ni...

Sampai satu masa, aku rasa nak tidur selamanya.

Nak hilangkan segala beban.
Nak lenyapkan segala masalah.
Nak hapuskan segala penghalang.

Tiba masa, kembar Yasmin Hunwick hadir ke sesi latihan hoki.
Dan nasihat dia berlegar dalam ingatan...
Ah, mudahnya aku lemah...

Abaikan semua kata-kata orang....
Buang semua....Eh, kejap...
Bukan semua...Ada yang kita perlu ambil dan hadam....
So kena pandai pilih....
Jangan buang semua dan jangan amik semua....

Manusia sendiri sahaja sudah tak sama....
Sebab itu cara teguran berbeza-beza...

Ada yang baik...
Ada yang tidak...
Ada yang perlahan menusuk jiwa...
Ada yang laju menghiris luka...
Ada yang dengan makian...
Ada yang dengan dendangan perkataan...
Dan ada yang sekadar memandang sepi tanpa tindakan...

*********

Hoki MSSD Kluang...
Tempat ke-4

Aku main dengan gembira semua perlawanan...
kecuali game separuh akhir dan penentuan tempat ke-3 dan ke-4

Aku hilang rentak...
Aku hilang semangat...
Aku hilang segalanya...
Aku lupa pada Yang Esa...
Mohon diteguhkan hati...

Corak permainan aku merapu...
Arghhhh....apa aku buat pun aku tak tahu...

Kat sana aku juga ada terserempak dengan KawanBaik aku....
Sahabat Selamanya..insyaAllah...
Akhmal Azmali tapi orang lebih kenal sebagai Ucop....
aku pun tak tahu kenapa..
Weh, taknak cerita ke?

well yeah, aku ada suruh beberapa orang sampaikan salam pada Syarafana...
Tapi tak tahu sampai ke tak...
tak, jangan salah fikir....
Memang tabiat aku kirim salam kat kawan2 kalau aku dtg ke sekolah mereka...
Kenalan Wechat je pun...
Tapi aku tetap nak berjumpa dengan dia...
APa guna kawan kalau taknak berjumpa?

Dan ya...
Semangat aku hilang....
Kecewa...Sedih...Tertekan...
Apa lagi?


"Kau nampak sedih je akhir2 ni...Kenapa?"
"Tak ada alasan."
"Hahaha, sedih tapi takda sebab?"
"Lebih kuranglah."
"Dah muhasabah diri belum?"

Geleng

"Kenapa?"

Mengeluh. Pandang kasut. Diam...

"Weh ingat pesan aku ni..."
"Apa?"

Aku pandang dia. Dia acah2 pandang tempat lain.
Perasan muka mahallah tu...

"Setiap kali kau tempuhi ujian, kesusahan, kesedihan dan apa2 masalah
dalam hidup, ingatkan diri kita ayat ni."
"Ayat apa?"
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Surah al-Insyirah ayat 6"
"Thanks bro."
"Lagi satu, andai kau jatuh kerana manusia, bangkitlah kerana Allah"


uh ah....
Aku selalu tertanya kenapa aku lemah.
Dan kenapa cuma aku...
Tapi bila aku fikir balik soalan kenapa aku lemah....
Ada jawapan...

Sebab Allah nak aku kuat

*******


Janganlah bersedih...
Bangkit...Keluar dari tempurung besi tu....
Lihat kebesaran ciptaan Allah...

Kalau kau fikir kau paling lapar,
Ingatlah ada orang lagi lapar dari kau.
Kalau kau fikir kau paling bernasib malang,
Ingatlah ada orang lagi malang dari kau.
Kalau kau fikir kau paling miskin,
Ingatlah ada orang lagi miskin dari kau...

Cuba belajar bersyukur...
Jangan sebab sikit je yg Allah tak beri pada kita,
Kita terus jatuh,
Kita terus lupakan Allah,
Terus lupa berdoa, pinta pada Allah Yang Maha Pemberi

Baik sangka...
Mungkin ada yang lebih baik untuk kita.
Dan mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk kau dapatkannya...

Bangunlah...
Allah kan ada...
Takkan dah lupa...


**********

Seperti mana Zayn Malik keluar dari One Direction
Seperti mana BudakTomato pemberi inspirasi keluar dari bidang penulisan
Seperti mana UstazKazimElias keluar dari memberi ceramah secara terbuka
Aku juga terfikir ingin mengikut jejak langkah mereka....

Aku nak gantung kayu hoki....
Aku nak berhenti main hoki...
Sebab aku rasa dah tak ada sentuhan berbisa sebagai penyerang sekolah...
Sebab dah tak ada pertandingan untuk aku mengasah bakat...
Sebab dah tak ada kesungguhan melatih pemain...
Sebab dah tak ada....
Ah, aku pun tak tahu apa...ahaha

Tapi jangan risau...
Aku tak putus asa...

Sebab tak ada alasan untuk aku berhenti...
Selagi nyawa masih dikandung badan...
Aku tetap percaya pada aturan Ar-Rahman...




Monday, June 15, 2015

Jaga Adab




Hidup sebagai manusia, bukan seorang dalam dunia ni...
Adab sesama manusia kenalah jaga.
Ok entry ni untuk NajmiHunwick luahkan perasaan sedikit..
Sikit je tak banyak..
Tak nak simpan dalam hati takut membengkak jadi dendam.

Lagipun blog ni medan aku berkongsi rasa
Tempat aku merapu sorang2
Tempat di mana aku rasa diri aku diterima
Tempat kamu jadi pembaca setia


*******

-Perpustakaan-

Mato sedang baca sebuah novel dengan khusyuk.
Menghayati kononnya...Bila tiba-tiba..

"Najmi, rupanya bla bla bla" katanya sambil menyuruh aku melihat buku yg sedang dibacanya
"hmmmmm" jawabku malas. Tak tengok buku tu langsung...
"Aku ingatkan bla bla bla...." Ayat masih nak suruh aku tengok buku dia.
"hmmmmm" Nada suara tak mahu diganggu.
"Kau rasa kenapa eh?" Soalnya lagi...
"Hishhh...manalah aku tahu." Nada menyampah...

5 minit kemudian. Benda sama berulang.
Dn berulang lagi.

Boleh faham?
Means jangan ganggu kebahagiaan orang lain...
Kau, dengan 'buku' kau.
Aku, Dengan 'buku' aku.
Simple. Tak perlu nak minta orang komen pasal buku kau.
And jangan ganggu orang yang sedang membaca. Lagi2 aku, sebab membaca hobi aku.
Tak rasa annoying ke, bila orang sedang khusyuk membaca kau kacau?


-Dorm-

Pukul 1 pagi. Dari dorm Azam lepas tolong dia buat kerja sains...
Penat dan mengantuk...Masuk dorm aku tengok lampu terbuka....
Music box bernyanyi dengan kuat...Suara berbual, ketawa, jerit menerjah telinga..
Konon2 tak layan...terus naik atas katil..Baca doa tidur..Tutup muka dengan selimut.

10 minit...
Tak boleh tidur. Bising sangat...Takpe, aku abaikan...
Keep fighting, terus mencuba untuk tidur...

20 minit...
Aku tutup telinga dengan bantal... Silau dan bising...
Dan tetap tak boleh tidur...
Masuk minit ke 30 aku turun katil...keluar dorm..

"Eh rileks ah Najmi"

Bro, nak rileks macam mana?
Tu dorm aku. Kau menumpang tidur.
Dan aku terfikir, aku kena halau dari tempat sendiri ke?

Oklah aku tak kesah kau nak bising kat dalam dorm.
Tapi sebelum light off lah... Dah light off senyaplah...Orang nak tidur...
Bila jadi macam tu, aku mulalah doa yang bukan-bukan.
Sebab doa orang yang teraniaya ni makbul. Aku teraniaya...
'pt3 kau takkan baik' aku bermonolog.

Jujur aku cakap. Aku suka dormmates aku. Aku suka orang datang dorm aku.
Meriah sikit... Taklah sepi je...

So, aku nak nasihatkan.
Asrama tu kita kongsi beratus orang.
Bukan kau seorang kawan.
Jadi tolong hormat orang lain.
Kita kongsi dunia yang sama walau jalan hidup tak serupa.


********

Memang. Memang semua manusia tak sempurna...
Tapi janganlah jadikan alasan 'aku tak sempurna' tu sebagai tembok penghalang untuk kau sempurna dia mata Allah...
Berusaha ke arah kebaikan dan menggapai keredhaanNya...

Apa yang kau bagi kau akan dapat balik.
Kau buat ibadat, insyaAllah syurga ganjarannya
Kau buat maksiat, tunggu jelah azab seksa yang tak terperi sakitnya..

Tarbiyah tu memang sakit pada awalnya.
Tapi bila kau dah mula serasi, dah mula menerima.
Kau pasti akan merasai manisnya tarbiyah ^^

Macam elektrik.
Pernah rasa rumah kau blackout pada waktu malam.
kau teraba-raba dalam kegelapan.
Bila tiba-tiba ada elektrik balik.
Kau rasa apa? Yeah mata kau sakit sebab kena pancaran sinar cahaya lampu.
Tapi lama-lama kau akan gembira

Macam tulah nasihat dan peringatan
Memanglah mula-mula dapat nasihat susah nak terima.
Dan lama-lama, lepas kau hadam, kau akan jumpa kemanisannya.


******


Kat sekolah, aku bukanlah budak Badar
Bukan dari badan Dakwah...
Kejut orang subuh, sahur, solat berjemaah...
Itu bukan kerja aku.
Tapi tak bermakna aku tak boleh berdakwah.
Dakwah itu wajib bagi setiap insan yang bergelar Islam.

Sesulit mana pun urusan kau.
Tetap percaya.
Tuhan ada dengan kau...
Kenapa perlu lemah?

Percayalah.. Engkau tetap akan pulang.
Kembali kepada pencipta.

Berjalan kalau kau tak mampu berlari.
Merangkak andai kau tak gagah melangkah.
Apa yang penting, kau berusaha.
Terus bergerak ke hadapan.
Jangan berhenti di takuk lama.
Istiqamah dalam meneruskan kehidupan.

kuatkan hati walau ujian seberat batu.
Seberat-berat batu, mungkin dosa kau lagi berat.
Seteruk manapun zaman silam kau.
selagi kau bernyawa,
kau boleh dekatkan diri kepada tuhan

Bila lutut kau lemah, kau jatuh
Jangan lupa untuk bangun.
Kuatkan hati. Cekalkan jiwa.
Sungguh Allah maha Pendengar

Cerita pada Allah
Luah pada Allah
Minta pada Allah

Jangan putus asa dengan rahmat Allah

Hidup ni tak lama.
Mungkin kejap lagi, esok, atau hari berikutnya giliran kita kembali.

"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,
walhal itu baik bagi kamu.
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
walhal itu tidak baik bagi kamu."
-Al-Baqarah: 216-


Tuhan tahu sedangkan kau?
Disebalik perkara yang berlaku...
Tuhan tahu yang terbaik buat hambaNya...
La Tahzan.. Allah bersama dengan kita

Jangan bergantung pada awan.
Dan jangan bersandar pada lalang...

"Sometimes Allah allow us to fall because there is something
down there we're supposed to find.
Right?"
-Hazzantshaa-



"Kenapa manusia memilih rupa?"
-FarishaFatin-

"Sebab manusia tu sifatnya suka benda yang indah..
Terpikat pada keindahan yg terzahir.
Menilai dari kulit, bukan dari isi...
Manusia ada 2 mata.. tapi terhad kepada luaran saja...
Manusia mempunyai mata lagi tapi tak diketahui bilangannya.
Tapi mampu melihat tembus ke dasar rupa manusia..."
"Apa dia?"
"Mata hati"

Nak untung, pilih dari hati.
Memilih yang dekat dengan ilahi.
Baru chomey hidup kita. 
Tak gituhh? :)



PT3 semakin hampir.
Dan kunci kejayaan adalah solat.
Sesibuk mana pun kau belajar, jangan pernah tinggal solat.
Doakan saya ^^

Selamat hari raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)