Hidup sebagai manusia, bukan seorang dalam dunia ni...
Adab sesama manusia kenalah jaga.
Ok entry ni untuk NajmiHunwick luahkan perasaan sedikit..
Sikit je tak banyak..
Tak nak simpan dalam hati takut membengkak jadi dendam.
Lagipun blog ni medan aku berkongsi rasa
Tempat aku merapu sorang2
Tempat di mana aku rasa diri aku diterima
Tempat kamu jadi pembaca setia
*******
-Perpustakaan-
Mato sedang baca sebuah novel dengan khusyuk.
Menghayati kononnya...Bila tiba-tiba..
"Najmi, rupanya bla bla bla" katanya sambil menyuruh aku melihat buku yg sedang dibacanya
"hmmmmm" jawabku malas. Tak tengok buku tu langsung...
"Aku ingatkan bla bla bla...." Ayat masih nak suruh aku tengok buku dia.
"hmmmmm" Nada suara tak mahu diganggu.
"Kau rasa kenapa eh?" Soalnya lagi...
"Hishhh...manalah aku tahu." Nada menyampah...
5 minit kemudian. Benda sama berulang.
Dn berulang lagi.
Boleh faham?
Means jangan ganggu kebahagiaan orang lain...
Kau, dengan 'buku' kau.
Aku, Dengan 'buku' aku.
Simple. Tak perlu nak minta orang komen pasal buku kau.
And jangan ganggu orang yang sedang membaca. Lagi2 aku, sebab membaca hobi aku.
Tak rasa annoying ke, bila orang sedang khusyuk membaca kau kacau?
-Dorm-
Pukul 1 pagi. Dari dorm Azam lepas tolong dia buat kerja sains...
Penat dan mengantuk...Masuk dorm aku tengok lampu terbuka....
Music box bernyanyi dengan kuat...Suara berbual, ketawa, jerit menerjah telinga..
Konon2 tak layan...terus naik atas katil..Baca doa tidur..Tutup muka dengan selimut.
10 minit...
Tak boleh tidur. Bising sangat...Takpe, aku abaikan...
Keep fighting, terus mencuba untuk tidur...
20 minit...
Aku tutup telinga dengan bantal... Silau dan bising...
Dan tetap tak boleh tidur...
Masuk minit ke 30 aku turun katil...keluar dorm..
"Eh rileks ah Najmi"
Bro, nak rileks macam mana?
Tu dorm aku. Kau menumpang tidur.
Dan aku terfikir, aku kena halau dari tempat sendiri ke?
Oklah aku tak kesah kau nak bising kat dalam dorm.
Tapi sebelum light off lah... Dah light off senyaplah...Orang nak tidur...
Bila jadi macam tu, aku mulalah doa yang bukan-bukan.
Sebab doa orang yang teraniaya ni makbul. Aku teraniaya...
'pt3 kau takkan baik' aku bermonolog.
Jujur aku cakap. Aku suka dormmates aku. Aku suka orang datang dorm aku.
Meriah sikit... Taklah sepi je...
So, aku nak nasihatkan.
Asrama tu kita kongsi beratus orang.
Bukan kau seorang kawan.
Jadi tolong hormat orang lain.
Kita kongsi dunia yang sama walau jalan hidup tak serupa.
********
Memang. Memang semua manusia tak sempurna...
Tapi janganlah jadikan alasan 'aku tak sempurna' tu sebagai tembok penghalang untuk kau sempurna dia mata Allah...
Berusaha ke arah kebaikan dan menggapai keredhaanNya...
Apa yang kau bagi kau akan dapat balik.
Kau buat ibadat, insyaAllah syurga ganjarannya
Kau buat maksiat, tunggu jelah azab seksa yang tak terperi sakitnya..
Tarbiyah tu memang sakit pada awalnya.
Tapi bila kau dah mula serasi, dah mula menerima.
Kau pasti akan merasai manisnya tarbiyah ^^
Macam elektrik.
Pernah rasa rumah kau blackout pada waktu malam.
kau teraba-raba dalam kegelapan.
Bila tiba-tiba ada elektrik balik.
Kau rasa apa? Yeah mata kau sakit sebab kena pancaran sinar cahaya lampu.
Tapi lama-lama kau akan gembira
Macam tulah nasihat dan peringatan
Memanglah mula-mula dapat nasihat susah nak terima.
Dan lama-lama, lepas kau hadam, kau akan jumpa kemanisannya.
******
Kat sekolah, aku bukanlah budak Badar
Bukan dari badan Dakwah...
Kejut orang subuh, sahur, solat berjemaah...
Itu bukan kerja aku.
Tapi tak bermakna aku tak boleh berdakwah.
Dakwah itu wajib bagi setiap insan yang bergelar Islam.
Sesulit mana pun urusan kau.
Tetap percaya.
Tuhan ada dengan kau...
Kenapa perlu lemah?
Percayalah.. Engkau tetap akan pulang.
Kembali kepada pencipta.
Berjalan kalau kau tak mampu berlari.
Merangkak andai kau tak gagah melangkah.
Apa yang penting, kau berusaha.
Terus bergerak ke hadapan.
Jangan berhenti di takuk lama.
Istiqamah dalam meneruskan kehidupan.
kuatkan hati walau ujian seberat batu.
Seberat-berat batu, mungkin dosa kau lagi berat.
Seteruk manapun zaman silam kau.
selagi kau bernyawa,
kau boleh dekatkan diri kepada tuhan
Bila lutut kau lemah, kau jatuh
Jangan lupa untuk bangun.
Kuatkan hati. Cekalkan jiwa.
Sungguh Allah maha Pendengar
Cerita pada Allah
Luah pada Allah
Minta pada Allah
Jangan putus asa dengan rahmat Allah
Hidup ni tak lama.
Mungkin kejap lagi, esok, atau hari berikutnya giliran kita kembali.
"Boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu,
walhal itu baik bagi kamu.
Boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
walhal itu tidak baik bagi kamu."
-Al-Baqarah: 216-
Tuhan tahu sedangkan kau?
Disebalik perkara yang berlaku...
Tuhan tahu yang terbaik buat hambaNya...
La Tahzan.. Allah bersama dengan kita
Jangan bergantung pada awan.
Dan jangan bersandar pada lalang...
"Sometimes Allah allow us to fall because there is something
down there we're supposed to find.
Right?"
-Hazzantshaa-
"Kenapa manusia memilih rupa?"
-FarishaFatin-
"Sebab manusia tu sifatnya suka benda yang indah..
Terpikat pada keindahan yg terzahir.
Menilai dari kulit, bukan dari isi...
Manusia ada 2 mata.. tapi terhad kepada luaran saja...
Manusia mempunyai mata lagi tapi tak diketahui bilangannya.
Tapi mampu melihat tembus ke dasar rupa manusia..."
"Apa dia?"
"Mata hati"
Nak untung, pilih dari hati.
Memilih yang dekat dengan ilahi.
Baru chomey hidup kita.
Tak gituhh? :)
PT3 semakin hampir.
Dan kunci kejayaan adalah solat.
Sesibuk mana pun kau belajar, jangan pernah tinggal solat.
Doakan saya ^^
Selamat hari raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
No comments:
Post a Comment