Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Tuesday, November 27, 2018

Masalah

Image result for star gif




"Allah jadikan kegelapan sebab nak bagi kita nampak bintang."
- Nicah -




"Kau tahu kenapa Allah jadikan gelap?"
"Tak..."
"Allah jadikan gelap sebab nak bagi kita nampak bintang."
"Patutlah ramai nampak aku."
"Eh? Kenapa?"
"Najmi kan maksudnya bintang."
"......."
"Ok tak jadi."


Sengih



Selalu orang marah sebab gelap. Katanya tak boleh nak melihat.
Selalu juga orang lupa. Tanpa gelap macam mana nak nampak bintang.


Tanpa rasa lapar, macam mana nak rasa kenyang?
Tanpa rasa ngantuk, macam mana nak rasa sedapnya berdengkur tidur? eheh
Tanpa malam, macam mana nak nampak bulan yang sedang merembang?
Tanpa gelap, macam mana nak nampak Najmi bintang?


Tak semua yang kita rancang akan jadi.
Dan tak semua yang jadi kita rancang.
Kita sebagai manusia, ada benda yang kat dunia ni yang kita tak mampu nak kawal.
Tuhan sahaja sebaik-baik perancang.

Kau kena ingat tu


Nak jadi driver yang hebat, mestilah kena lalui liku dan selekoh yang mecabar.
Nak jadi peluncur handal, mesti kena alami pelbagai situasi air, gelora, sejuk.
Nak jadi pilot yang expert, mesti pernah tempuhi langit yang bergelora, awan tebal, angin kencang.
Nak jadi legend, mesti pernah lalui masa yang mencabar dalam kehidupan
Dan, legend mana boleh putus asa.

Semuanya perlukan proses. Allah nak jadikan bayi pun ambil masa 9 bulan 10 hari.
Bukan Dia tak boleh jadikan sekelip mata, tapi dia nak kita tahu, semua kejadian ada proses.

Ada masalah, jangan terus salahkan orang lain, salahkan tuhan, salahkan semut.
Sampai bila nak jadi bangau? Asyik menyalahkan orang lain.
Allah bagi ujian, nak bagi kita kuat.
Aku pernah cakap ni dulu.

Hidup ni macam lebuhraya.
Kalau tegak je kita senang leka, senang ngantuk.
Dengan selekoh dan lekuk yang ada akan buat kita lebih alert dan berhati-hati



Jatuh tergolek dirempuh ujian.
Menangis bagai air hujan.
Hati berkecai berkaca-kaca


"Kenapa nak lalui jalan hijrah ni derita sangat?"
"Sebab ni bukan jalan hijrah biasa. Ni jalan ke syurga."


Orang kata jalan hijrah ni susah, orang lupa jalan nak ke syurga mana pernah mudah.
Jangan jadikan alasan payah tu alasan kau tak nak berubah.
Nak jadi orang beriman, memang akan hadapi ujian, dugaan dan cabaran.
Cuma terpulanglah pada diri masing-masing macam mana nak hadapi ujian dan masalah yang mendatang.


Tahu tak kenapa Islam ni agama yang indah?
Sebab kita ada Allah. Allah Maha Adil
Allah tengok semua usaha kita nak berubah.
Bukan terus humban kita dalam neraka sebab dosa silam kita.


Korang mesti pernah dengar cerita pembunuh yang mati semasa hendak pergi ke masjid, jumpa ulama
Dia nak berubah. Tapi dia mati dipertengahan jalan.
Sampai malaikat bergaduh nak masukkan dia dalam syurga atau neraka.
Dan ditakdirkan dia masuk ke syurga, kerana jarak dia mati lebih hampir kepada masjid.
Nampak?

Nak berubah, kena mulakan dengan niat.
Jangan putus asa.

Kalau rasa nak rebah, nak putus asa juga?

Tak salah terbit rasa kecewa, putus asa, penat dan sebagainya untuk teruskan perjuangan
Tapi lepaskan perasaan tu pergi.
Jangan pendam.

Terpulanglah pada kau.
Nak pandang kegelapan tu sebagai ketakutan atau penunjuk jalan.



"Syurga tu ada. Tersedia buat yang mencarinya"

Sunday, September 30, 2018

I tried




I walk around with a smile on my face.
When in reality all I feel is disgrace.
Life got me messed up on so many levels.
Everywhere i turn I see some more of my devils.
I try so hard to be nice and fit in.
But everytime I tried, I fail again.

I love my friends and I love my family.
But still, I feel like no one give a damn.
Every night its just another nightmare.
Really?

By now I shouldn't be scared.
But I'm terrified of what could happen.
Sometimes I'm scared of just nappin.
I got all these problems in my head.
Sometimes I wish I was dead.

I know it's not the solution.
But sometimes the air around here is like pollution.
While the good memories seem farther.

All I can say is that I've tried.

I know I've said sorry about a million times.
Some people say its not my fault but the others disagree.
But I can't really do anything else but say I'm sorry.

I know that I've hurt some friends.
And I wish that this pain would just end.

Why does the pain have to keep going on and on and on?
This torture has been going on for way too long.
So I'll fake a laugh and a smile then say nothings wrong.

All this pain, hurt and lies has building up and up inside.
I couldn't control myself so I wear long sleeves to hide,
Where the razor blade has marked my wrist and thighs.

Lonely nights,
Silent cries,
Saying I'm okay,
But its all just a lie.

Take the mask away, you'll see all the pain.
And all of sadness I could not escape.
But they'll go away and the scars will fade.
And I'll live to see another miserable day.

But its all fine.
I promise you that I'm okay.
I'll say I'm not bothered but I care about the things they say.

That I'm not good enough for anyone.
Been thinking about suicide and different ways it can be done.
Slit my wrist, hang myself, or maybe I'll use a gun.
So well done to you, I hope you're happy knowing that you won.

You've taken another innocent life.
Maybe a mother,
Maybe a child,
Maybe a wife,
I know it gets hard,
And I know it isn't fun,
But mental illness can take over anyone.

Do I really have to open up my mind?
Stop and freeze the time?
To tell you things were never right, I was never fine?
Life's getting crazier and crazier but it all same like a lie.
A big circle encircling the world that we live in, bearing no purpose of life.

Do I really need to rap this all out for you to finally realize?
To finally pay attention to my feelings, to finally break the ice?
To see through the thin layers of cries, the silence of things that went wry.
I'm desperately prying this metal cage, I'm giving it all in one try.

I tried, to salvage this feeling that was so long gone.
It was long lost, emotions always comes with a cost.
I'm stuck at this junction, this road that is crossed.
Memories paused, my heartbeat stopped just so I could feel my own pulse.

My own fault, things never went right cause I'm all wrongs.
All mistakes and missteps left not forgiven, we all beg and sob.
tears painting our pain on the soil, this love is a lost cause
You're long gone, I tried to forget you but I guess I still lost.

I know I got Elina but I feel like I'm pushing her away.
I don't show it but all i want is for her to stay.
People don't understand what i go through.
I don't even think the ones who say so do.

I struggle with anxienty and depression.
Sometimes I feel like I'm in a compression.
I feel so stuck and I feel so alone.

The choice I've made I don't condone.
I make stupid mistakes.

Nah, I don't think you can relate.

Most people try too hard but they just don't understand.
My emotions are like a tightly pulled rubberband.
Any moment I may break.

Trust me that'll be a mistake.
I take all these pills to try and be normal.

Wait,

What is normal anyways?



Thursday, September 13, 2018

Percarian




Rose pandang kiri kanan. Orang ramai lalu lalang, sibuk dengan urusan masing-masing. Sedang dia termenung di kerusi, memerhatikan pesawat mendarat dan berlepas di Terminal 5.

Penerbangan 7 jam yang memenatkan. Rose toleh jam di tangan, jam pemberian Najmi 2 tahun lepas masih elok di pergelangan tangan. Dia senyum sendiri.

Tak lama kemudian Najmi duduk dihadapannya. Rose angkat kepala. Sengih. Dia alihkan rambut yang menutup sebahagian mukanya.

"Long time no see. Haha."

"Yeah, almost 9 month."

"10 days more and you can get a baby."

"HAHAHAHA"

We laughed.

Masing-masing senyum. Pertemuan kali terakhir pada hujung tahun yang lepas, di Sydney.

"Come on. Let's go to Putrajaya."

Najmi segera menarik bagasi Rose menuju ke tempat parkir kereta.
Rose mengekor dari belakang.

.
Masjid Putrajaya

.
.
.
.

"Suka ke lepak sini?"
"Suka tengok tasik je."

Rose diam.

"Sometimes tengok tasik yang tenang ni pun boleh damaikan hati kita." Rose angguk.

"Air tasik yang tenang ni juga pantulkan cahaya. Sama bentuk." Rose sambung.

"Jadi?"

"Apa yang kita tunjuk, adalah cerminan dalaman kita juga." Kalini Najmi pula angguk kepala.

"Apa yang awak cari dalam hidup?" Najmi toleh kepala, keningnya diangkat sebelah, gaya The Rock.

"Kenapa tanya macam tu?"

"Sebab ada orang yang suka buat suka hati. Macam dunia ni dia yang punya."

"Hmmm. Saya cari ketenangan."

"Macam mana nak cari ketenangan?"

"Cari tuhan. Kenal tuhan."

Rose terdiam.


Orang tegur sebab sayang, tapi seringkali kita rasa hak kita dikekang.
Kau buat segala bagai dunia kau yang punya, bila dah tersungkur baru kau mengaku diri kau hamba.
Kau mahu segala benda sama seperti semua orang, tapi kau tak  pernah mengukur kemampuan diri kau seorang.

Sudahlah, cukuplah berkeras hati.

Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
Kebebasan yang kau cari itu sebenarnya penuh dengan kesempitan yang kau tak sedar.
Rasa bahagia dengan benda batil itu sebenarnya rasa terseksa yang kau kejar.
Rasa sunyi yang kau kononnya sedang alami sebenarnya penuh hingar bingar.

Kenapa gusar bila ada masalah hati?
Sedangkan diri sendiri jauh dari Ilahi.



Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan 
Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada 
kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan 
orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran 
tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir 
yang terlantar,dan juga hamba yang kamu miliki. 

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang 
sombong takbur dan membangga-bangga diri.

An-Nisa' 4:36


.
.
.
.
.



Kita bukan asal kita.
Dari mana kita datang, tak menentukan kita pulang di mana.
Yang mencorak langit kita adalah kita.
Lukisan kita adalah takdir kita.
Berjaya atau tidak bukan hak kita,
Tapi yang kuasa

:')



Tuesday, August 7, 2018

Lost in mind?




Brisbane, Dis, 2017

Sitting alone, Najmi sedang khusyuk makan pavlova sambil tengok orang lalu lalang.

Dia pandang kiri kanan, mesej dihantar pada Rose, "Nerve-wrecking."

Selang beberapa minit,satu mesej masuk, "Trust me, you're not alone."

Najmi senyum.

Sungguh, pertemuan tak dirancang ini sebenarnya perancangan yang maha kuasa.

Najmi dan Rose jalan beriringan di pinggir pantai.

"Suka pantai?"

"The voice. It's so soothing." Rose senyum lebar.

Najmi angguk kepala.

"You can learn a lot from the ocean." Rose tarik nafas dalam-dalam.

"Like what?"

"The water can change the beach. Slowly but surely. Bit by bit."

"So?" Najmi still don't get it.

"It's basically just like people. People change."

Both smile. Faking a smile.

"How long you've suffered from this?" Najmi tunjuk parut di lengan Rose.

"Maybe same as you. I don't know. I just don't know."

Najmi senyap.

"I'm glad that I meet you. At least I can share my thought with you."

"It's because...."

"You can share to me too."

Angin lautan pasifik menghembus lembut rerambut mereka.

"What are you looking for?"

"Star." Najmi pandang langit.

"Banyak kan? Like your girlfriends. Hahaha."

Najmi tumbuk bahu Rose. Rose balas dengan sepakan di betis.


Ah, I want to stay here more longer. Bisik Najmi dalam hati.


Qiden, kalaulah kau ada sekarang.

Dia berkata-kata sendiri.


******



Seriously, I don't know what I'm doing. Perhaps, lost?

Hati yang selalu berperang dengan perasaan.

Ada masa nak meluah, tak ada yang nak mendengar.
Ada masa nak bercerita, tak ada yang nak ambil pengajaran.

Menangis? Mungkin itu bahasa yang tak terungkap.


Qiden, kau taknak balik ke?
Kau tahu tak banyak benda aku nak cerita dekat kau?
Hmmmphhh.


Aku, kau, kita semua sama.
Tapi ada perkara dalam dunia ni, kita kena sedarlah.
Kalau tak mampu menampung dosa-dosa kita dengan amalan taubat, tak perlulah seronok-seronok tambah dosa macam syurga neraka tak pernah diciptakan.

Memang sekarang kawan aku lagi ramai, tapi tak sama.
Aku sayang kawan yang sekarang.
I don't know.

Maybe aku patut tinggalkan kau kat sini.
Mungkin aku kena lepaskan semua kenangan kita.
Maybe cuma dengan cara tu aku betul-betul boleh move on dan fokus pada masa depan.

Aku tak tahu.

Aku keliru.




Invisible




Did you ever feel like you did not exist?
You are there, but no one noticed your existence.
You're trying to scream out of your lungs, but nobody listen.
You tried to stand out but nobody sees you.
You're talking but nobody care.
And they leave you.

I swear, that feeling is so painful

It's not easy to handle all of this feeling.
Well yes, I feel you.

I can't run away from those feeling.
I've been a lot of it. Up and down.

What I really learned about life,
It goes on.

What I really learned about love,
It doesn't last.

What I really learned about people,
They change fast.

Tonight, I stood at the beach, screaming my lungs out.
Tonight, I stared at the night sky, it's brighter than my life.
Tonight, I deleted all of message i received.
Tonight, I took the blade, and slowly cut it along my thigh.
Tonight, I decided to end this all, make it fast so the pain won't last.
I hope.


Tiba-tiba teringat perbualan dengan Rose.


2018, Dis.

I am standing in front of Opera House, Sydney, my favourite place all the time.
This's the place where Elina Rose often come and see me, talking heart to heart.
She usually come with my favourite beverage of Starbucks at Queen Victoria Building.
Green Tea Frappe, double blend with choc chip, white cream and caramel drizzle while she love to enjoy her Iced Caramel Macchiatto, 1 shot, 6 pumps and must be soy.
I don't care, everyone has their own taste. So do I.

"Kenapa ramai sangat yang minat awak?" Rose asked me, she's scrolling through my dm and ask.fm

"Sebab saya penyayang. Come on."

Rose cubit pipi aku.

"Since when you've becoming quiet? Ha?" Rose hold my chin.

"Maybe last 2 month?" that's all I can answer.

"What's wrong babe?" she come more closer to me.

I don't know. Maybe it's good to share with her. Because she's fucking understand me.

"Sometimes I felt like I'm useless."

"What do you mean?"

"For intance, meeting. Nobody care what am I trying to tell them."

"Hmmmm."

"But when I asked someone to tell them my idea, yeah they listen to the idea."

Rose remain quiet, playing with her long hair.

"Things like this make me unsure about myself."

"But you talented."

"I'm nothing."

"Syhhhh." she put her finger on my lips.

"Naj, a lot of people love you. They like you."

I don't know what to react. I let her speak.

"Just ignore those people. Stay with who care about you. Who value you well."

"Like you?"

She laughed. No. We laughed.


*********


I know it. To stay positive, we need to be with positive people.
When you care about negativity, you're leading yourself to be negative.

Thanks Rose!

We then came to Victoria State Rose Garden at Werribee.
She said she want to take some picture with herself.
Rose!

Actually we'd a lot of conversation, but I don't think I can post it right now.
Maybe that's the writing, that's the story only for me.
Or maybe when I'm not exist anymore, you can read it.


:)






*pardon my language, i'm totally sleepy at this time.


Goodnight

Adios

Friday, July 6, 2018

Kekuatan?

Image result for depression gif



"Kau takkan mampu memberi jika kau tak punya apa-apa."

"Aku masih boleh beri senyuman." balasnya menidakkan kata-kataku.

"Itu kerana..."

Dia tersengih kerana sangkanya telah menang dalam perdebatan kecil itu.

"Itu kerana kau masih punya senyuman. Maka bersyukurlah kepada tuhan." Aku berlalu pergi.

Sudah-sudahlah berdebat denganku, kerna kau takkan mampu melawan.

Walau kau rasa kau sudah menang, itu cuma rasa.
Sedang kau cuma rasa yang kau sudah menang, hakikatnya aku yang menang.
Senyapku tanda jawapan, bicaraku lafaz pendirian.

Akan datang satu masa bila yang kau tunggu itu takkan hadir lagi.
Dan waktu itu baru kau tahu, rindu itu sebenarnya takkan mati.
Meski kau sangka kau dah tak punya apa-apa rasa, hakikatnya sangkaan yang kau sangka itu juga sebuah rasa.

Dan sangkaku kau akan setia. Sangka aku wujudnya kata forever.
Tapi aku lupa, kita bukan di syurga. Tapi di neraka berupa dunia.
Harapnya keluar dari neraka ini aku akan menuju syurga.
Kerana sungguh, neraka itu sebuah tempat seksaan yang aku yakin takkan mampu aku tahan.
Sedang neraka dunia juga sudah cukup memeritkan.

Akhir-akhir ini aku banyak habiskan masa dengan diri sendiri.
Aku jarang keluar, aku takut nak jumpa orang, aku asingkan diri sendiri.
Aku malas nak kenal orang baru. Nak mulakan perkenalan sedari awal.
Aku penat.

Terlalu ramai yang datang kemudian pergi. 
Sampai ada masanya aku sendiri tak peduli dah siapa yang nak datang siapa yang nak pergi.

Perasaan seperti ini bukan rekaan. 
Perasaan sebegini wujud.
Perasaan sebegini banyak menghantui ramai orang. 
Mungkin kau, yang tengah membaca.

Jujur aku cakap, aku ada kawan rapat tapi aku sendiri tak pernah jumpa face to face dengan beliau.
Tapi rapatnya ukhuwah kami bagaikan adik beradik.
Tak terkecuali yang berkawan atas sebab tertentu. Untuk kepentingan diri sendiri.
Sumpah aku benci kawan yang macam ni.

Aku pernah tanya diri sendiri. Macam mana seseorang itu boleh kuat?
Macam mana seseorang tu boleh tabah hadapi dugaan dan cabaran yang besar?
Dan aku tak biar soalan tu berlegar dalam kepala sendiri. Aku tanya kawan.
Maka jawab mereka,
"Entah. Aku tak tahu. Aku cuma tak amik kisah sangat pun."
"Aku buat benda lain yang happykan aku."

Setiap orang ada cerita sendiri.
Ujian setiap orang tak sama. Allah hadirkan pelbagai bentuk ujian.
Yang pastinya adalah kita mampu hadapi ujian tersebut.
Cuma bergantung pada cara kita selesaikan masalah yang mendatang.
Dan percayalah, ujian takkan datang tanpa sebab.

Disebalik setiap ujian itu ada hikmah yang tersebunyi.
Hikmah tu, tak semestinya kita nampak sekarang.
Boleh jadi pada masa depan baru tersingkap hikmahnya.


Terima kasih kepada yang prihatin.
Terima kasih kepada yang setia dengan aku.
Terima kasih kepada yang memberi kata-kata nasihat dan semangat.
Sungguh aku terharu. Aku tak tahu nak balas dengan apa melainkan dengan coretan ini dan doa yang aku kirim setiap hari.

Kepada Laila Asyiqeen, terima kasih sebab memiliki hati yang sangat indah.
This world need more people like you.
Terima kasih untuk semua nasihat dan segala perkongsian.
Meski tak pernah bersua, tapi kita sepertinya sudah kenal lama.
Benarlah kata orang, bicara dari hati baru dapat menyentuh hati.
Semoga cepat sembuh. :)


Terima kasih juga sebab sudi baca bebelan aku.
Aku ingat tak ada siapa yang sudi baca.

Btw, tak cool pun mencarut. Aku mencarut takpe, aku memang cool sejak lahir.

Oh ya, aku tak amik peduli pun apa yang kau cakap tahi (baca: talk shit ) pasal aku.

Sebab ni hidup aku, bukan hidup kau.
Sebab semua ni aku yang rasa, bukan kau yang rasa.
Sebab aku yang berhak mengatur hidup aku, bukan hak kau.
Sebab aku yang lalui dan aku faham, bukan kau yang lalui dan faham.


Dan ya, kau bukan tuhan aku.


Monday, June 4, 2018

Yang Merindu





Buat yang merindu,
Di sisimu ada aku.
Aku, yang tak jemu meneman.
Bahkan di hatimu ada Tuhan.
Dan di dadamu ada Al-Quran.

Buat jiwa yang merindu, kau tak keseorangan.
Yang kau rindu itu bukan manusia.
Yang kau rindu itu jauh sekali dia.
Yang kau rindu itu sebenarnya rasa.

Kau rindu rasa itu.
Rasa dikasihi.
Rasa disayangi.
Rasa dibelai dimanja.
Rasa dipeduli.

Buat jiwa yang merindu.
Bukankah semua itu dari Allah?
Bukankah semua itu milik Allah?
Bukankah sudah jelas, yang kau rindu itu sebenarnya Allah.



///



Andai aku terkorban di tengah jalan, kiralah aku sebagai temanmu yang tak jemu bergerak seiringan.
Andai tempang langkahku dalam dakwah, papahlah aku hingga kita benar-benar melangkah masuk melalui satu dari gerbang-gerbang indah syurga.
Andai lumpuh tubuhku.

Andai...
Andai...
Andai teralih hatiku.
Tetaplah setia di sisiku.



///



Kita mencari cinta sejati, sedang ia sering ada tak pernah pergi.
Kita ingin yang benar-benar mencintai, sedang ia tak pernah sekali jemu memberi.
Kita ingin yang tak akan pergi, sedang ia sentiasa mendekat, tak pernah jauh walau seinci.
Tapi kita masih mencari selain dari yang selayaknya dicari.

Lalu mempersoal kenapa begitu dan begini.
Lalu mempertikai kenapa Dia tak pernah adil dalam mengadili.
Sedang kita yang sebenarnya tak adil pada hati sendiri.
Tak pernah sekali memberi sedikit ruang untuk mencintai Dia yang menciptakan cinta.



///



Buat jiwa yang merindu, ketahuilah aku juga rindu.

Rindu pada ketenangan jiwa.
Rindu pada keamanan dunia.
Rindu pada kebebasan hamba.
Rindu pada hak bersuara.
Rindu untuk bersua muka
Rindu untuk merasa syurga.
Dan aku rindu kamu yang jauh di Malaysia.
  • 🌹 ðŸŒ¹ 🌹
.

.


Ekeke, have a nice day!
Adios.

.

.


🌹

Friday, June 1, 2018

Catharsis

Banyak yang jadi pada diri kerdil ini.
Banyak juga persoalan yang terbit dari ulas bibir ini.
Banyak pertimbangan yang dibuat demi memilih pilihan yang tepat.

Namun tak juga rasa itu yang terbaik.

Tuhan, berilah aku petunjuk.
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui, sedangkan aku cumalah Hamba-Mu yang lemah.





Kita semua ada cerita kita yang tersendiri.
Kisah yang kita simpan rapi di dalam hati.
Kisah yang kita rasa nak ada orang yang tahu, tapi kita sendiri tak kuat untuk meluahkan isi hati.

Kita semua mesti pernah rasa kan?

Ada masa, kita rasa kita nak semua benda.
Ada masa, kita buat pilihan bukan atas kehendak kita.
Ada masa, kita sendiri tak tahu apa yang kita buat.
Kita cuma buat benda yang kita rasa nak buat.
Apa yang badan kita buat.
Apa yang otak arah tubuh untuk berinteraksi, walhal tiada dalam pemikiran yang waras.

Banyak kali, kita rasa kita tahu semua benda.
Tapi hakikatnya kau tak tahu apa.
Makin kau cuba untuk ambil tahu, makin banyak yang kau tak tahu.

Ada masa bila pilihan yang kita ada cuma hidup dan mati.
Teruskan atau berhenti.

Dan kita tetap tak tahu nak pilih apa.


Semua orang buat silap, tapi untuk terus berada dalam kesilapan itu pilihan.

Kadang-kadang kau sendiri tak tahu kekuatan diri kau. Sampailah jadi kuat cuma pilihan yang kau ada.

Pernah rasa, bila tiba saatnya kau buat sesuatu kerana terpaksa.
Bukan paksaan secara kasar tapi paksaan secara halus.
Mungkin persekitaran kau yang memaksa, atau atas faktor rakan, keluarga, diri kau dan mungkin juga sebab kau dah diracuni dengan pelbagai pemikiran.
Akhirnya kau buat sesuatu kerana terpaksa, atau itu sahaja pilihan yang kau ada.

Ujian setiap orang tak sama.

Sering kita kata "Ah, aku pun rasa benda yang sama."

Tak, serious. Kau tak faham. Dan kau takkan pernah faham.

Mungkin kau lalui benda yang sama, tapi itu cumalah ujian yang sama.
Kau tak pertimbangkan ujian lain yang dia sedang hadapi, yang kau tak tahu.

Kau cuma mampu pesan untuk kuatkan hati, sabar dan tabah. Kemudian kau pergi.
It's how its really work?


Peristiwa-peristiwa tak terjangka yang berlaku secara tiba-tiba, ditambah pula dengan beberapa tuntutan mendesak, sungguh buat aku rasa serba tak kena.
Sungguh buat aku rasa dihimpit dalam dilema.

Apa boleh buat? Hidup perlukan pengorbanan.
Bagi aku, memilih untuk melakukan sesuatu pengorbanan juga adalah pengorbanan.

Maka apa yang perlu aku pilih.

Bila tiba masa untuk berfikir secara rasional namun terbeban dengan masalah yang menyengat otak begitu sukar.

Aku keliru.
Ini soal hidup aku.
Ini masa depan aku.
Yang pilih adalah aku.

Ya, aku.


Jauh di sudut hati aku tak mahu membuat sesuatu keputusan yang membahayakan masa depan aku sendiri.
Aku tak mahu dihimpit penyesalan kerana membuat keputusan terburu-buru.

Namun aku kesuntukkan masa. Masa aku bagai diperah-perah.
Pada masa yang sama aku perlu buat keputusan secepatnya.

Dalam kehidupan yang pendek ini, tak ternafi ada banyak penyesalan.
Kadang bukan sebab apa yang kita pilih, tapi sebab peluang yang kita tak ambil.
Kadang bukan sebab kita putus asa, tapi sebab kita tak usaha sampai ke akhir.

Akhirnya kita rasa sesuatu yang tak terungkap oleh kata-kata jauh di sudut hati.
Rasa yang menyelubungi jiwa, menambah sebal di dada.
Perasaan  yang kau tak tahu nak luah macam mana.
Cuma kau yang tahu. Cuma kau.


And there is no catharsis, no remedy to cure my ill.



.

Sunday, May 20, 2018

Remedy



Sebenarnya,mlm nie memang takde niat nak menulis blog pun.
Sebab nak simpan ilham untuk dicurahkan pada projrk seterusnya rasanya.

Tiba-tiba,Tuan Muda iPod aku ni play nasyid Bahtera Hamba nyanyian Zulfan
Bwahaha...habis habis....
Lagu-lagu zaman nak move on ni macam mana -out of the blue- nasyid nie boleh terplay

Sejujurnya,aku pun tak tahu nak cerita apa
Semuanya dah dikuburkan,ditanam dalam-dalam

Tak nak gali,tak nak cari
Nak biar terpadam
Nak biar dia hilang

First time dengar intro nasyid Bahtera Hamba tu,dah rasa tak sedap hati
Tapi takde pulak rasa nak tanggalkan headphone
Rasa-rasa dah dapat redha
Tiba-tiba satu kerja pun tak jalan



*****


"Qiden,kalau aku pergi dulu,kau sedih tak?"


Aku sengih.Saja nak tengok respon Qiden
Dia tak layan,tangan kanannya masih sibuk menyalin nota dari buku aku
Biasalah buku nota aku kalau jual pun,lagi laku dari pisang goreng Makcik Mah depan Sekolah
Perasan!!!

"Hai Abang Naqiuddin,taknak layan kita ke?

Masih takde jawapan
Malas nak kacau ,aku peluk bantal Qiden
Pejam mata. Dada sakit,pedih

Cuma Qiden je yang tahu, aku hidap kanser paru-paru
Walaupun fasa pertama, pedihnya Allah je yang tahu
Entah bila, aku tak sedar...tiba-tiba rambut aku dibelai perlahan

"Najmi,sedangkan Saidina Abu Bakar pun rasa kehilangan sahabat yang dia cintai,Rasulullah.Inikan aku pulak,yg jauh nak disamakan dengan Saidina Abu Bakar...Konfemlah aku sedih."

Tersentuh.
Malam tu aku tertidur terus atas katil Qiden. Dia tidur atas katil aku
Tengah malam, mungkin, aku dengar suara Qiden menangis.
Aku duduk. Qiden tengah berdoa, pada aku.
Tapi tangisannya buat aku terganggu.



Apehal member aku ni,aku gurau jelah tadi.Aku bukan nak buat kau sedih...Sorry lah...



"Ya Allah,kau panjangkanlah umur Najmi.Aku tak sanggup hilang dia.Ya Allah,letakkanlah semua kesakitannya pada aku,biar aku yang tanggung semua kesakitan Najmi.Ringankan sakaratulmaut Najmi Ya Allah,berikan kesihatan pada Najmi..."


Aku tak sanggup nak dengar bait-bait doa Qiden.
Aku baring semula...pejam mata
Tutup telinga guna bantal. Air mata mengalir deras.



Ya Allah,jangan kau beri kesakitan aku pada Qiden.Aku taknak dia rasa sakit yang aku rasa.AKu taknak dia terseksa.Aku mampu,lagipun sakit ni ujian untuk aku.Bukan untuk dia




Pagi tersebut,macam takde apa-apa...Qiden kejut aku solat subuh.
Selepas solat subuh, aku tarik Qiden ke belakang dewan solat
Masjid Aisyah mula kosong.
Hari cuti


"Qiden..."

Qiden angkat kening

"Apa dia?"
"Aku sebenarnya..."

Aku pun tak tau nak cakap apa.

"Sebenarnya apa?"
"Aku..."
"Ya rabbi...cakaplah."
"Lapar...hehe."

Qiden geleng kepala.Sengih

"Jom aku belanja kau makan.Tapi sebelum tu kena baca Quran satu juzuk.Kau boleh tasmik kan?"

Aku anggukkan je kepala
Dengar bacaan Quran dari Qiden, aku anggap sebagai satu nikmat.
Qiden baca juzuk 19. Mukanya tenang
Habis dia baca, aku punya turn pulak.
Aku baca juzuk 23. Qiden dengar

Sepanjang bacaan,aku perasan,dia tak pandang al-Quran pun.Matanya pandang muka aku ja...
Aku pulak tak tahu nak pandang mana.
Kalau buat eye contact nanti rasa awkward pulak...haha (",)

Dulu bukan main nak elak buat eye contact, sebab aku segan dengan Qiden
Muka dia tenang. Percakapannya tenang. Rasa macam langit dengan bumi.
Sekarang, bila mata Qiden dah tak akan terbuka lagi, baru aku rasa rindu

"MashaAllah Mie.Sedap kau baca."
"Kau puji-puji nie kenapa? Nanti aku belanja lah,insyaAllah."

Qiden gelak

"Mie,kalau aku pergi dulu..."

Aku letak jari telunjuk kat bibir Qiden....geleng kepala
"Aku taknak kau pergi dari hidup aku.Kau dah janji taknak tinggalkan aku."

Qiden tarik nafas dalam2

"Kau overthink la Mie."

Dia tepuk bahu aku
Aku sengih

Qiden,dari nada suara kau
Aku tahu. Kau pun rasa sesuatu
Tapi kau nafikan. Sebab kau taknak aku risau

Kau bagi aku dengar satu nasyid...Bahtera Hamba nyanyian Zulfan
Dan kita balik rumah sama2
Cuma bila balik sini semula,seat sebelah aku kosong...
Kau
Dah tak ada...

Qiden,kau kan dah janji taknak tinggalkan aku.
Aku rindu kau...
Aku janji,aku takkan buka topik mati lagi.
Aku takkan mengadu dekat kau dada aku sakit lagi.
AKu takkan biarkan kau nampak aku muntah darah

Kan kau pernah mintak aku masak,sebab kau teringin nak rasa masakan aku.
Sekarang aku dah reti memasak,masak makan kegemaran kau
Kau nak rasa?

Sudahlah...Mukmin kena kuat...

"Mie,kau nak jadi legend kan ?"
"Err...yelah...kenapa?"
"Kenapa kau nak jadi legend?"
"Sebab jadi legend,dia akan lalui banyak benda susah demi mencipta sejarah."
"Jadi,aku ada satu tips untuk kau.Ingat sampai bila-bila."
"Apa dia?"
"Legend tak boleh putus asa."
"Haha,okey!InsyaAllah aku takkan lupa."



******



Okey selesai
Sebenarnya,semua org ada cara mereka sendiri untuk ekspres kan sesuatu
Bagi aku,menulis nie aku punya Remedy

"Kenapa hilang orang yang kita sayang nie sakit ?"
"Sebab kita sangka dia milik kita,kita lupa,dia juga milik Allah.Sama macam kita."


******


Apa yang baik,ambil jadikan pedoman
Yang buruk pi buang jauh-jauh dari ingatan
Sesungguhnya saya cumalah manusia biasa yang pada bila2 masa saja akan diambil dari dunia ni.
Maafkan segala silap...maafkan juga andai ada terkasar bahasa atau tersilap kata
Terima kasih atas ucapan hari lahir dari antum wa antumna semua...

Selamat menempuhi kehidupan

Salam sayang,
NajmiHunwick
Tomato

Sunday, April 15, 2018

Metanoia






1 | Satu


“Ahhh, mana pula kad matrik aku ni?” Firzana menyelongkar beg tangannya. Dia memerlukan kad itu untuk masuk ke kolej atau dia akan disaman kerana gagal mempamerkan kad matrik. 

Tadi aku rasa aku dah letak dalam beg tangan ni. Takkan tertinggal kat rumah kot. Firzana bermonolog sendiri.

“Awak cari ni ke?” seorang jejaka tinggi lampai menayangkan kad matrik miliknya. Firzana terpaku. 

“Hello? Ni kad matrik awak kan?” soal lelaki itu lagi. Firzana diam lagi. Terus sahaja lelaki itu menarik tangan Firzana dan memberi kad matriknya.

“Dah, boleh masuk kolej dah. Lepas ni jangan tercicir lagi. Macam suka-suka je nak bagi jodoh kat saya.” Tutur lelaki itu perlahan sebelum terus berlalu masuk ke pagar kolej.

Firzana tersedar dari lamunan. Matanya masih memaku lagi dengan pergerakkan jejaka itu.
“Hei, nama awak siapa?” jerit Firzana. Soalannya tidak diendahkan.
 “Huh, blah gitu je. Sombong betul.” Sambung Firzana lagi.

“Haa awak tunggu apa lagi ni Firzana? Cepatlah masuk. Kelas dah nak mula dah.” Bebel Pak Mat yang bertugas di pondok pengawal. 

Firzana tersedar dari apa yang berlaku lalu terkocoh-kocoh bergegas masuk ke dalam kolej.

Sampai sahaja di bilik kuliah, Firzana terus meluru ke arah Sabrina, kawan baiknya. Sabrina melambai-lambaikan tangannya kepada Firzana. Mereka berdua sudah lama berkawan rapat.Mereka sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama. Cuma hari ini Firzana datang ke kolej sendiri kerana dia bergerak dari rumah. Sabrina pula mempunyai kereta sendiri.

"Lambat kau. Sejak bila reti datang lambat ni? Dating ke haha." sakat Sabrina. Mereka gelak.

“Weh Sabrina, tadi ada mamat bagi aku kad matrik aku sebab tercicir weh.” Firzana meneguk air mineral. “Pergh, jodoh tu haha.” Sabrina ketawa.

 “Hotak kau. Mamat tu macam dingin je. Muka dia muka normal. Macam takde perasaan.” Tungkas Firzana. 

“Alah, belum kenal belum tahu. Siapa mamat tu?” soal Sabrina. 

“Tatau. Aku rasa dia student baru kot.” Balas Firzana.

“Kelas lambat lagi ke nak mula?” soal Firzana selepas hampir 10 minit dia menunggu lecture. “Kejap lagi kot, madam kata dia lambat sikit sebab kena jumpa pentadbir.” Balas Sabrina. 

Firzana hanya mengangguk perlahan menandakan dia faham. Tiba-tiba matanya memaku kepada seorang pelajar yang baru masuk ke dalam bilik kuliahnya.

Eh, mamat tu bukan yang bagi kad matrik aku tu ke? Asal dia ada kat sini? Firzana hairan melihat mamat itu berada satu bilik kuliah dengannya.

“Sab, tulah mamat yang bagi balik kad matrik aku.” Ujar Firzana. “Hah, apa lagi, pergilah jumpa dia.” Balas Sabrina.

Firzana terus beralih tempat duduk dan duduk disebelah jejaka tersebut. Firzana memberanikan diri untuk memulakan soalan. Lelaki itu sibuk menulis sesuatu di dalam bukunya. Segera dia menutup buku tersebut.

“Awak tulis diari ke? Haha.” Masih ada lagi orang tulis diari zaman sekarang ni. Lelaki pulak tu. Fikir Firzana di dalam hati

“.......” 

Tiada balasan. Firzana gusar. Aku salah tanya ke?

“Awak baru pindah sini ke?” 

“Haah.” 

“Awak tinggal dengan siapa kat sini?” 

“Seorang je.” 

“Nama awak?” 

“Panggil Najmi je.” 

“Oh, okay. Saya…” belum sampai Firzana menghabiskan ayat madam Roziah pun masuk ke bilik kuliah.

Firzana melepaskan keluhan. Najmi tidak menunjukkan sebarang reaksi.


Kuliah pun bermula.





.

Wednesday, March 14, 2018

Yang Lalu

Kadang tak terasa. Masa yang berlari terlalu laju.
Kadang tak terasa. Banyak benda yang dah diperlaku.
Kadang tak terasa. Masih ada yang tak dilaku.

Ada yang datang, ada yang pergi.
Ada yang lahir, ada yang meninggal dunia.

Itu biasa.

Inilah kehidupan.

Exuberance. Nama batch aku. Batch 2013-2017.
Tak terasa kan? Dah habis tempoh 5 tahun bersama-sama.

Apa kau ingat lagi?
Segala kenangan yang kita bina bersama?

Saat belajar bersama-sama di dalam perpustakaan.
Saat makan bersama-sama di dewan makan.
Saat beriadah di padang mengeluarkan peluh.
Saat bersama-sama bersorak memberi semangat pada atlet rumah sukan.
Saat bersama-sama di dalam dorm, makan, belajar, gotong-royong.
Saat kita bersama-sama pergi ke Kuala Lumpur.
Saat kita menikmati makan malam beramai-ramai.
Saat sama-sama-sama beratur di perhimpunan pagi.

Ah, nak ditulis semua kenangan sampai bila pun tak habis.
Terlalu banyak, terlalu rumit untuk dirungkai dengan kata.

Biarlah segala kenangan itu bermain di kepala.
Kalian banyak memberi cuitan indah dalam hidup aku.



Terima Kasih jadi classmate yang gila.
Setiap telatah kalian buat aku terhibur.
Tipu kalau aku cakap aku tak rindu.
Tapi benda dah berlaku.
Simpan saja dalam
memori sepanjang
hayat.

5 As Syafie - Malam Seribu Kenangan

Terima kasih sebab jadi deksmate yang best!
Tolong kejut bila aku terlelap.
Tolong kongsi makanan.
Tolong kongsi idea.
Dan untuk,semua
kenangan 
itu.


Deksmate 2017


 Terima kasih sebab bagi peluang untuk aku berbakti.
Walaupun tiada jawatan dalam organisasi rumah.
Tapi masih aku nak ucap terima kasih.
Sebab bagi aku ruang sebanyaknya.
Beri mata bila tiba sukantara 
dan sukan tahunan
juga rentas
desa.


Merentas Desa 2017


Terima kasih sebab bantu aku dalam subjek biologi.
Usaha kita memang banyak, banyak lagi usaha
cikgu. Sanggup buat kelas masa cuti.
Sanggup check segala tugasan
yang diberi. Sangup bagi
penjelasan bagi yang
ragu. Semua itu
tinggi nilainya.

ALL THE BEST BIO with Cikgu Aqilah


Terima Kasih sebab sudi datang ke sekolah ini.
Sudi kembangkan empayar kuning merah.
Sudi merapatkan ukhuwah yang
mahal harganya. Moga
berjumpa lagi.


Jalinan 2 Rumah Kuning ft Merah SASEM ft SEHEBAT

Kuning warna diraja. Ah, aku?
Raja korang. Haha.
Kelakar?

Tuanku Hisamuddin (SASEM) ft Topaz (SEHEBAT)


Sungguh tak sangka, sebelum ni nampak di youtube sahaja.
Tapi kali ini dapat jumpa depan mata. Terima kasih.
Sebab pertemukan aku dengan orang yang 
tinggi ilmunya.(selain muka iras ayah aku)
Terima kasih sebab kongsi ilmu.
Terima kasih ustaz atas ayat
itu. Akan ku pegang 
hingga akhir
hayatku.

Ikon Remaja Bank Rakyat Ustaz Don Daniyal


Kalian memang havoc! 
Peramah dan mudah bergaul.

Kolaboratif SPM 2017


Terima kasih sebab berkongsi ilmu yang berbeza.
Nyata satu soalan punya pelbagai jalan 
penyelesaian. Aku belajar juga,
tak semestinya satu masalah
cuma satu sahaja cara
nak selesaikan.
Tapi banyak.
Kena cari.


Kolaboratif SPM 2017

Aku mungkin tak rapat dengan semua. Tapi semua buat aku rapat.
Tiap dari kalian bawa satu makna berbeza.
Moga berjaya di dalam hidup.
Semoga bertemu lagi.
Salam sayang,
najmihunwick

Exuberance 1317

Kadang bukan apa.

Dah terlalu penat memendam rasa.
Memendam rasa yang semakin membungkam.
Menelan pahit setiap kenangan.
Menahan perit merindu yang tak berharga.

Buang sahaja perasaan itu.
Matikan sahaja hati itu.
Padam sahaja segala kenangan.
Lupakan sahaja segala memori indah.

Hati itu sudah parah.
Hati itu sudah banyak luka.


Biarkanlah luka itu, ubatilah dengan perkara lain.

Terima kasih atas semua kenangan.
Semoga berjumpa lagi.
Fii Hifzillah.



Hargai apa yang ada di depan mata.
Jangan dicari apa yang belum tentu jumpa.

Thursday, January 11, 2018

Another ... uh





Aku buka kelopak mata aku perlahan-lahan.

Pandang kipas yang berputar perlahan.

Hujan. Sejuk.

Hurgghhhh.

Aku gosok mata aku perlahan.

Masih mengantuk.

"Tahun baru." Bisik aku perlahan.


Another day.

Another story.

Another problem.

Another people, that come and go.


...


..


.




Inikan hidup.

Kehidupan yang tak lepas daripada dugaan dan cabaran.

Ujian yang mendatang, tanda Allah sayang. Tanda Allah nak kita ingat dia.

2017 yang penuh cabaran. Sekarang dah masuk tahun baru.


Another year.


Alhamdulillah.
Masih dipanjangkan umur.
Masih diberi kesempatan untuk bertaubat dan mencari redaNya.

Terima kasih pada semua yang pernah hadir dalam hidup aku.
Aku hargai, walau kalian beri kenangan pahit pada aku.

Kenangan pahit itulah yang akan ajar aku untuk jadi lebih kuat.
Kenangan pahit yang akan ajar aku untuk lebih berhati-hati.

Aku kira, cukuplah perbuatan jahat yang telah kita lakukan.
Tinggalkan bersama-sama tahun 2017 yang telah berlalu.
Usah dibawa bersama pada tahun ini.


Moga tahun ini lebih baik berbanding tahun yang telah pergi.


Seiring dengan usia yang semakin menua, aku kira kita akan semakin matang.
Haha, aku hairan melihat manusia sekarang.
Hairan. Cukup hairan.

Sebab masih lagi wujud manusia yang suka judge orang lain.
Suka menilai berdasarkan pandangan kali pertama.

Kenal baru seminggu, bertegur sapa pun boleh dikira dengan jari.
Tapi dah berlagak macam dah kenal kau sepenuhnya.

Lebih kelakar, sebab dia terlalu kenal perangai buruk kau.
Apa yang dia lihat, cuma buruk kau sahaja.

Segala benda baik yang kau buat, dia akan cakap kau berpura.

Segala benda baik yang kau buat, dia akan cari jua kesalahan.

Percayalah, manusia macam ini wujud.

Ada di sekeliling kau.



Manusia macam ni ada penyakit hati.

Hati mereka gelap, dan susah nak terima cahaya.

Apa yang mereka boleh nampak, cuma keburukkan.

Jangan bersedih.

Abaikan segala menusia yang berperangai seperti ini. Mereka cumalah pembenci.

Jangan mengamuk.

Abaikan segala provokasi yang cuma mereka timbulkan.

Kerna mereka akan bersorak gembira, bila masanya kau melawan.
Mereka akan mengukir senyum, bila masanya kau menjadi lemah.

.

.

.

.

Pembenci cumalah seorang manusia.

Sama juga macam kau.

Mereka bukan malaikat. Mereka juga ada cacat cela.

Maka jangan anggap mereka sempurna.

Jangan jatuh hanya dengan kata-kata yang menyakitkan.

Kau tak layak untuk jatuh hanya kerna kata-kata pembenci.


..........




....



.


Hei, kau kenal diri kau.

Kenapa nak dengar kata-kata buruk orang tentang kau?

Ambil kata-kata yang positif, jadikan pembakar semangat.
Ambil kata-kata yang negatif, buktikan ianya salah.

Senyumlah.

Kau boleh hadapi semua ini.

Yakin pada diri, kau mampu hadapi.
Yakin pada diri, kau ada tuhan.

Tuhan takkan uji, kalau kau tak mampu.

Kalau kau percaya, kau pasti boleh buat.














Andai kata kau gagal,



Percayalah,



Kau belum sampai tahap kau lagi.

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)