Current mood : ngantuk
Selalunya bila orang tag aku, aku memang malas nak post entry.
Tapi kali ni aku memang tak di'tag'.
Tapi tangan gatal nak amik...ahahaha
ok tahu intro melalut so abaikan...haha
Aku jenis suka describe diri sendiri.
Tapi dalam hatilah....ke duduk sorang2 fikiran terbang melayang...
Ok perasan hensem+Cute+sado macam ZulAriffin :3
Harini sebenarnya takde idea pun. Sebab nak curah idea tu kat entry yg akan datang.
Tapi takpe, malam yg ditemani cahaya rembulan *jiwanggg jappp ni aku bersemangat nak
Tpi jgn tanyalah kalau entry ni agak melalut lalut
jadi aku menaip ikut apa yang terlintas dalam pemikiran aku ok?
10 perkara tentang aku
*tapi macam cerita perangai pelik aku :3 <kucing mabuk
takde introduction di
Macam cerita Hagemaru Hageda tu pulak, ahahaha
1. Rasa dunia tak adil sebab ' Kenapa kena sekolah 5 hari seminggu ' walaupun dah tahu kenapa.
2. Jealous kalau adik dapat barang yg lebih mahal/canggih dari aku. Even aku anak sulung, aku tetap manja tahap melampau tapi aku diam je... dah diam diam
3. Suka buat gaya
4. Benci cerita sinetron indon yang asyik berulang jalan cerita sampai beratus episod tapi tak habis2
5. Aku benci sinetron. Eh, dah bagitahu kan ?
6. Suka tengok kasut cantik *sekadar tengok je sebab tak dpt keizinan beli / takdak duit tapi sangat malas nak basuh kasut lagi2 kasut sekolah. Cuba tanya kawan2 aku. Pernah tengok kasut aku putih berseri kat sekolah? ok tipu kasut aku warna hitam haha
7. Online kalau boleh nak 24/7 non-stop. apadahal? aku tak buat papeeee ponn
8. Peminat setia Zul Ariffin ( tu pasai aku suka mention nama dia )
p/s : tak bermakna aku suka lelaki ok. pelis ah
9. Tabiat dari kecik suka gosok siku n picit jerawat -..- Pelis, tiada unsur 18SG di sini!
10. Beristerikan Taylor Swift aka Syada Amzah
p/s : Syada ai minat u dari kecikkk lagii
11. No 10 tu tipu part isteri tapi yg ai minat Syada tu mmg betui
12. Berdarah dan berwarna merah, kacukan inggeris dengan taylor swift :P
13. Dah lebih sepuluh ea? aku stop laa
14. Aku kata nak stop !
15.Yeah,aku dah 15 tahun.
tu je kot nak taip. Harini rasa letih tapi entah nak post entry gak...
Dah lah lepas ni nak pergi interview.
Ada orang nak amik aku jadi pelakon cerita RinduAwak200darjahcelcius...
ahh tak habis nak menipu
Aku teringin nak describe diri sendiri....
Yelah kadang kadang aku ni blur sikit pasal diri aku...
Pernah terjadi bila org tanya nama aku.
Macam ni..
Budak x : Hai
Aku : Hai
Budak x : Sapa nama ?
Aku : Apa tah nama aku eh ?
Budak x : *last seen
[ ( hahaha dengan banglanya aku tipu hampa ) ]
Ok ok nak mula cerita 'cerita seharian' aku sebab entry ni macam pendek je
1. Bangun pagi kadang2 tak pernah mandi dulu, lepas sembahyang on phone lepaskan waktu syuruk then tidur balik.
2. Kipas / Lampu /Aircondsuka nak dlupakan untuk ditutup. Bila bil melambung memang semualah tuju kat aku
3. Lepas mandi lepak dalam bilik baru n adik aku masuk lepak sesama. Pernah juga lupa nak gosok gigi. JANGAN bayangkanlah macam mana aku cakap dengan adik2.
(Ya Allah perkara paling jijik dalam hidup -_- )
4. Lepas tu on laptop lancarkan Google Chrome. Yang aku selalu hangin bila typing error. Contoh nak taip 'www.facebook.com' aku pi taip 'wwwwwww.facebook.com' tu kalau terlebih huruf W kira ok lagi. Kalau macam ni 'www.yujis.commm' typing error ?
5.Perut menghasilkan nada dering melankonik ataupun mendayu dayu
6.Pergi dapur tengok atas meja nasib baik ada makanan...maklumlah bangun lambat terlepas sarapan.
7. Aku dengan rasa tak bersalah terus bukak internet sampai mak abah membebel suruh tutup. Tu pun kalau aku nak tutup.
8. malam lagi rancak aktiviti dgn internet...ahaks..hangin dia bila phone aku jammed. Memang nak aja suruh Atulee taekwondo phone aku waima aku pun rasa nak meng'kung-fu'kan phone aku tu walaupun sebenarnya phone aku tak bersalah.
9. Lama2 on dah mula bosan dan merancang strategi untuk beradu
10. Sebelum tidur aku berimaginasi iaitu fikir nak mimpi aka satgi...tp hampeh lepas berpenat lelah imaginasi aku langsung tak menjelma menjadi mimpi. Jadi aku hanya bermimpi "KELAM" ataupun langsung tak bermimpi...buang karen dan menambahkan bilangan jerawat yg ada laa...
*****
ok tu cerita 2014...sekarang ni tahun 2015...
makin tua dah aku...
harap2 tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya
Aku nak jadi lebih baik....
Azam yg tak berubah sepanjang tahun
"Aku nak mati dalam iman"
Isi usrah hari ni menyentuh hati.
"Sahabat, masa makin lama makin suntuk, mati makin dekat. Hidup di dunia tak lama.
Kenapa kita berlama-lama dengan dosa ?"
Macam mana nak jadi baik, kalau fikiran asyik pada maksiat ?
Macam mana nak jadi soleh ?
Kalau fikiran cuma pada 'aku tweet islamik ni supaya dapat banyak retweet ?'
*jatuh gaung*
Orang tanya, apa kemanisan tarbiyah?
Maka jawapannya,
Tak ada yang dapat rasa kemanisan tarbiyah,
Kalau pada awlnya tak rasa kepahitan mujahadah
Nak tinggal apa yg kita suka ingat senang ke ?
Tapi aku lupa, masalh sebenarnya,
Bukan kita yg suka....
Tapi nafsu
Blame nafsu ? ahaha
Tak, bukan seratus peratus salah nafsu.
Salah diri kita.
Kenapa boleh kalah dengan nafsu ?
"Iman aku senipis tisu mungkin"
Alasan sama aku beri.
"Kau lupa? Walaupun tisu tu nipis, tapi masih mampu serap air. Kau pun mesti mampu serap ilmu tarbiyah dalam usrah"
Senyum
"Macam mana nak cari jalan untuk berubah ?"
"Cari jalan yang dimulakan dengan pintu taubat"
Kalau kita kata, "Ala bro, sekarang enjoy. Tua nanti taubat lah bro."
Meh aku bagi satu ayat
"Dan Allah tidak akan tangguhkan (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang."Al Munafiqun : 11
So maksudnya.
Belum tentu lagi ajal kita masa kita dah tua nanti.
Boleh jadi sekejap lagi ?
Boleh jadi esok. Tiga bulan lagi ?
Tak kira umur, tempat, pangkat, tak kisahlah hensem ke tak, sampai masa kita akan pergi juga.
Dan aku harap tahun ni aku akan lebih dekat dengan tuhan.
Antum antumna semua boleh tolong doakan?
InsyaAllah
Dan aku harap tahun ni aku akan lebih dekat dengan tuhan.
Antum antumna semua boleh tolong doakan?
InsyaAllah
*Dah dah! tutup langsir, curtain. tingkap dan pintu. Si Najmi nak beradu *
cehh podha
Selamat menempuhi kehidupan
Salam sayang
Najmihunwick
Tomato
"Aku nak mati dalam iman"