Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Sunday, October 25, 2015

Aku rindu kau Yasmin Hunwick

Yasmin Hunwick





Tolong balik.
Aku rindu kau.
update blog kau lagi.
Chat dengan aku lagi.
Aku nak baca tulisan kau.
Aku nak ketawa dengan kau.
Aku nak dengar kau main piano.
Tapi kau dah pergi.
Tinggalkan aku.
i can't believe ur gone.
*kesat air mata



Aku masih ingat
malam tu malam raya
Aku pandang jam dinding
3.07a.m.

Ya aku masih ingat
Aku selongkar semua pasal gadis bernama
Yasmin J Hunwick
Bukan tak kenal
Dulu pernah berborak
Suka baca blog dia

Aku masih tak percaya
Dia meninggal akibat kemalangan
Saban hari menunggu update
Baru terperasan satu link di Facebook

Arwah sangat istimewa bagi aku
Dan aku ambil keputusan tambah nama 'hunwick'
Bukan apa
Nama tu selalu mengingatkan aku kepada arwah
Beri kesan mendalam
Kepada aku
Bahawa
Hidup kita sementara

Pagi itu juga aku buat blog.
Niat hanya satu.
Nak beri pedoman
Macam arwah buat
Pada aku

4.27a.m.
Aku tidur
Subuh kena bangun
Bersiap nak pergi sembahyang raya

Mimpi
Aku mimpi
Jumpa arwah
Dia ajak aku ke tempatnya
Arwah senyum pada aku
Arwah serba putih

Petanda
Apa?
Orang meninggal ajak aku ke tempatnya
Aku solat subuh
Pertama kali khusyuk.
dan selepas itu aku belajar
 Solat dengan khusyuk
Terima kasih Yasmin

Bunga depan laman tak bertuan
Tiada tangan membelek-belai

Yasmin
Semua orang perlukan awak
  waima sehelai rumput di laman kediaman

Perginya bidadari
Lagenda selepas Mahsuri



Gadis periang...
Selalu terkenang-kenang...

Dia
Pemberi semangat
Pemberi nasihat
untuk aku terus hidup
dan sedar
kehidupan ini
tak lama

Hari ini....
Genap 3 tahun kau pergi...
Tinggalkan aku sendiri...
Tinggalkan aku di sini...
Yang masih cuba mengenali...
Diri kau dengan lebih teliti...

Bangkitlah....
Legend mana boleh putus asa...
Yang pergi tetap pergi...
Aku kena ingat tu...
Dan kita yang masih hidup...
Perlu terus mencari rahmat Ar-Rahman



'Dunia hanyalah tempat tumpangan buat sementara.'
'Akhirat jualah tempat bagi kita buat selama-lamanya.'


Tu pesanan khatib setiap kali khutbah jumaat....

Dan Yasmin
Sentiasa menjadi
idola aku...

"Aku hargai setiap yang hadir dalam hidup aku.
Sebab aku pernah kena buang.
Sebab aku pernah rasa kehilangan."


Aku tak amik pusing kata2 orang...
Biarlah apa mereka nak kata.
Itu hak mereka...
Tapi aku, akan tetap jadikan Yasmin sebagai idola
Aku akan tetap bercerita tentang Yasmin..

Aku di sini...
masih merindu...
Damailah kau di sana
Al fatihah
Yasmin binti Johan Eusoffe Hunwick Abdullah

Salam Sayang
najmihunwick
tomato


p/s auntie saz,sorry because using 'hunwick' instead of my real name 
If i can't use it, please inform/comment/send email to me [ najmiamir807@gmail.com ]...

1 comment:

  1. Allahu...sabar ye awk..
    al-Fatihah buat arwah.

    ReplyDelete

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)