Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Friday, August 15, 2014

Yasmin J Hunwick


aku tak pernah menangis sebab seorang perempuan yang aku tak kenal
Tapi hari ini...rekod baru telah tercipta...
Menghayati kisah-kisah arwah membuatkan aku melting touching kayh...
jap...hang tau ke aku dok cita pasal buku apa?
Asal boleh lupa lak nak bagitau nie...dush dush...

tampaq pipi kanan kiri
eh xdelah sampai tampar pipi
kang tumbuh jerawat banyak lagi
resdung setiap hari..........hari..............hari.....
ok settel bab jerawat

Sekarang nie pasal buku Arwah Yasmin...betul2 buat aku sedih...
Empangan aku pecah terus masa baca bab 9...
tak pernah pernah aku baca novel sampai menangis...
so sekarang nie pakata kita sedekahkan Al-fatihah kepada arwah

*tadah tangan, baca al fatiha


korang bolehlah jengah blog arwah Kelik Sini Pelis
oh ubah kehidupan betul...
asyik ingat mati je
Taitel buku tu Love Yasmin


aku pun berharap dapat berjumpa dengan arwah...hari pertama aku tengok blog nie terus bermimpikan arwah...mimpi ape?

-2014-malam sebelum raya-
Aku tidur lambat...khusyuk sangat dengan blog arwah...
Bila tengok jam dah pukul 4am lebih baru aku sedar bertapa mengantuknya aku...
Aku terus tutup lappy tanpa shut down

"Jahanam gak laptop nie lame2 tutup gitu ja" bisik hati kecilku
Baring je aku terus menarik gebar dan terus lena...
Kemudian aku bermimpi arwah sedang membelek sesebuah yg berbungkus...
hadiah mungkin
Kemudian dia memandang aku dan melambai ke arah aku sambil tersenyum
Pakaiannya serba putih...suci...dan bungkusan di tepinya bercahaya...

Dia menghampiri aku...di antara kami terdapat sesuatu seperti parit 
yang memisahkan antara dua alam...
bahagian aku kelihatan samar-samar

manakala di seberang parit dimana arwah berada kelihatan terang benderang..
dia menghampiri aku dan menghulurkan tangannya...
dia mengajak aku ke alamnya!!!

Dan aku bagai ada yang mengawal terus menyambut tangannya dan mengikutnya
Aku tak dapat melihat apa-apa kerana keadaan sungguh terang...

Aku terjaga kerana terdengar satu laungan "Allahuakbar"
Dan mimpi tu habis begitu....sedihnya...
sejak tu aku jadi lebih kepada seseorang yang mengingati mati

Aku berharap agar dapat jadi seperti arwah..
beliau banyak memberikan manfaat kepada orang sekelilingnya..
Arwah juga sempat mengucap tika sakaratul maut menghampiri
Aku?
Aku berharap dapat...
aminn

p/s : Aku ada dengar dan lihat ramai orang yang bermimpi seseorang yang dah meninggal dunia mengajak si pemimpi ke alamnya adalah tanda untuk si pemimpi mengikut jejak si mati

adakah aku.......

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)