“Ahhh, mana pula kad matrik aku
ni?” Firzana menyelongkar beg tangannya. Dia memerlukan kad itu untuk masuk ke
kolej atau dia akan disaman kerana gagal mempamerkan kad matrik.
Tadi aku rasa aku dah letak dalam beg tangan
ni. Takkan tertinggal kat rumah kot. Firzana bermonolog sendiri.
“Awak cari ni ke?” seorang jejaka
tinggi lampai menayangkan kad matrik miliknya. Firzana terpaku.
“Hello? Ni kad
matrik awak kan?” soal lelaki itu lagi. Firzana diam lagi. Terus sahaja lelaki
itu menarik tangan Firzana dan memberi kad matriknya.
“Dah, boleh masuk kolej
dah. Lepas ni jangan tercicir lagi. Macam suka-suka je nak bagi jodoh kat
saya.” Tutur lelaki itu perlahan sebelum terus berlalu masuk ke pagar kolej.
Firzana tersedar dari lamunan.
Matanya masih memaku lagi dengan pergerakkan jejaka itu.
“Hei, nama awak siapa?” jerit
Firzana. Soalannya tidak diendahkan.
“Huh, blah gitu je. Sombong betul.” Sambung
Firzana lagi.
“Haa awak tunggu apa lagi ni
Firzana? Cepatlah masuk. Kelas dah nak mula dah.” Bebel Pak Mat yang bertugas
di pondok pengawal.
Firzana tersedar dari apa yang berlaku lalu terkocoh-kocoh
bergegas masuk ke dalam kolej.
Sampai sahaja di bilik kuliah,
Firzana terus meluru ke arah Sabrina, kawan baiknya. Sabrina melambai-lambaikan tangannya kepada Firzana. Mereka berdua sudah lama berkawan rapat.Mereka sentiasa melakukan aktiviti bersama-sama. Cuma hari ini Firzana datang ke kolej sendiri kerana dia bergerak dari rumah. Sabrina pula mempunyai kereta sendiri.
"Lambat kau. Sejak bila reti datang lambat ni? Dating ke haha." sakat Sabrina. Mereka gelak.
“Weh Sabrina, tadi ada mamat bagi
aku kad matrik aku sebab tercicir weh.” Firzana meneguk air mineral. “Pergh,
jodoh tu haha.” Sabrina ketawa.
“Hotak kau. Mamat tu macam dingin je. Muka dia
muka normal. Macam takde perasaan.” Tungkas Firzana.
“Alah, belum kenal belum
tahu. Siapa mamat tu?” soal Sabrina.
“Tatau. Aku rasa dia student baru kot.”
Balas Firzana.
“Kelas lambat lagi ke nak mula?”
soal Firzana selepas hampir 10 minit dia menunggu lecture. “Kejap lagi kot,
madam kata dia lambat sikit sebab kena jumpa pentadbir.” Balas Sabrina.
Firzana
hanya mengangguk perlahan menandakan dia faham. Tiba-tiba matanya memaku kepada
seorang pelajar yang baru masuk ke dalam bilik kuliahnya.
Eh, mamat tu bukan yang bagi kad matrik aku tu ke? Asal dia ada kat
sini? Firzana hairan melihat mamat itu berada satu bilik kuliah dengannya.
“Sab, tulah mamat yang bagi balik
kad matrik aku.” Ujar Firzana. “Hah, apa lagi, pergilah jumpa dia.” Balas Sabrina.
Firzana terus beralih tempat
duduk dan duduk disebelah jejaka tersebut. Firzana memberanikan diri untuk
memulakan soalan. Lelaki itu sibuk menulis sesuatu di dalam bukunya. Segera dia menutup buku tersebut.
“Awak tulis diari ke? Haha.” Masih ada lagi orang tulis diari zaman sekarang ni. Lelaki pulak tu. Fikir Firzana di dalam hati
“.......”
Tiada balasan. Firzana gusar. Aku salah tanya ke?
“Awak baru pindah sini ke?”
“Haah.”
“Awak tinggal dengan siapa kat sini?”
“Seorang je.”
“Nama awak?”
“Panggil Najmi je.”
“Oh, okay. Saya…” belum sampai Firzana menghabiskan ayat
madam Roziah pun masuk ke bilik kuliah.
Firzana melepaskan keluhan. Najmi tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Kuliah pun bermula.
.
No comments:
Post a Comment