Umur aku dah bertambah.
Maknanya aku makin dekat dengan kematian.
Aku tak sedia nak hadapi mati.
Dengan dosa yang aku buat.
Dengan pahala yang aku kumpul.
Tapi bila tengok balik amalan aku.
Rasa memang tak layak dilahirkan keatas dunia ini.
Sebesar-besar malaikat tu pun tak ingkar perintah tuhan.
Aku yang kecik ni lah juga yang selalu langgar.
Allahu allahu...
Nak tahu dua nikmat yang sering disia-siakan manusia?
iaitu
Masa lapang dan masa sihat
Ada masa kadang aku rasa dah tak mampu bertahan.
Ada masa kadang aku rasa tak larat nak teruskan
Solat pun tak sempat ke surau, cukup dalam dorm
walhal masih terasa ada banyak ruang2 kosong
Aku rasa nak mengeluh.
Nak lepaskan semua dan sagala-galanya kepenatan dlm diri
Sebab terasa sesak dengan masa...
Dan Allah datangkan dugaan
kesihatan serta kesabaran...
Tak terkecuali, ujian iman
Masa ni baru nak tahu, sekukuh mana hubungan dengan Allah
"Aku busy, tak sempat baca Al Quran hari ni. Aku ada kerja nak buat, tak boleh pergi solat kat surau. Homework berlambak, petang malam ada kelas tambahan. Bila nak buat?"
Hahahaha
Baca Quran tak sempat.
Baca teks pakwe makwe berjela sempat...
Surau tak sempat kau jejak, main bola, hoki petang2 tu sempat pula?
*Jatuh dalam gaung*
Di pukul ayat sendiri. Peh sakit.
Mohon sedar sikit, hidup kita bukan di alam maya, kita ada dunia yang perlukan kita.
Mohon NajmiHunwick sedar diri, nasihat orang panjang berjela kalau diri sendiri malas nak amal, lebih baik terjun gaung.
Apa benda setakat kata "Qudwah qabla dakwah",
Means tunjukkan contoh dulu sebelum mula berdakwah.
Sekadar dakwah kencang, amalan kecundang buat apa bro?
Sekarang ni bukan tak cukup masa, masalahnya suka buang masa.
Dahlah suka buang masa, kerja nak bagi alasan pulak.
"Malam basuh baju, gosok baju, lipat baju, tak sempat buat."
Prep kau buat apa?
Memang aku suka buat tembakan tepat masuk ke jiwa.
Kalau orang tak nak terima apa yang aku nak sampaikan, biar aku yang terima sendiri.
Aku pun selalu sentap dengan teguran sendiri...ahaha
Main punya pasal, study pun hancur kemana.
Lepastu merungut, "Tak cukup masa. Kenapa periksa awal sangat."
Errr, kawan.
Awak tu yang dulu sibuk dengan permainan awak.
Sampai study pun awak tolak tepi.
Masa tu barulah nak sedar. Masa nasi dah jadi bubur.
Tak guna....
******
Sebelum tamat tahun 2016
Maafkan segala kesilapan dan kekhilafan saya
Dari 'A' sampai 'Z'
Meliputi
A - Angkuh
B - Bohong
C - Cemburu
D - Dengki
E - Ejek
F - Fitnah
G - Gosip
H - Hutang
I - Ingkar
J - Jahat
K - Kejam
L - Lupa
M - Marah
N - Najmi Nakal
O - Olok2
P - Pelik
Q - Qecil hati ;)
R - Revenge
S - Swearing
T - Terasa hati
U - Urghhh
V - Vromm
W - Wey, nak cukupkan abjad je
X - X-ray hati masing2
Y - Yey dah nak habis
Z - Zero :P
*****
"Kita tak mampu jadi baik dalam sekelip mata"
"Tahu"
"Nak jadi baik pun berperingkat."
"Peringkat macam mana?"
"Peringkat yang macam ni.Sebelum jadi ustaz,ustazah,
Kita kena jadi pelajar dulu.
Sebelum jadi pendakwah,kita kena
terima tarbiyyah dulu.Sebelum kita nak terima tarbiyyah,
kena sediakan hati, buang karat jahiliyah dulu.
One by one. Step by step."
"Okey"
"Semoga berjaya hadapi ujian mendatang, kawan.
Jalan DnT, bukan jalan untuk orang yang biasa.
Ini jalan untuk orang yang luar biasa."
"DnT tu apa?"
"Dakwah dan tarbiyah"
-BudakTomato-
Senyum :3
Masih ada waktu untuk kita berubah.
Masih ada waktu untuk kita bertaubat.
Jadikan diri kita sebagai salah satu ramaja harapan agama.
Masih ada waktu untuk jadi baik.
Jangan risau,
Allah itu benar benar Maha Penerima Taubat
"Walau sehitam mana pun sejarah hidup kita,
Selagi kita masih bernyawa,kita
masih berpeluang ke syurga"
Selamat menempuhi kehidupan
Salam sayang
Najmihunwick
Tomato
No comments:
Post a Comment