Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Thursday, January 3, 2019

Hati kita?


Image result for kuala lumpur airport gif



Najmi sampai di pintu airport tepat jam 5.15 minit petang. Siang yang melelahkan.
Ubun-ubun kepalanya terasa panas dek cuaca yang membahang. Meski pendingin hawa keretanya dipasang pada tahap tiga namun masih tidak mampu melawan bahangnya bintang yang setia menerangi planet bumi.

Tambah pula dia memakai baju lengan panjang beserta jaket kulit. Semua itu cuma helah untuk menutup bekas kelar di lengan. Bekas lama, yang masih ada.

Untungnya atmosfera di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu berhawa dingin. Setidaknya dapat menenangkan tubuh badannya yang menggelegak.

Sengaja dia datang awal ke airport, fikirnya mahu melihat pesawat berlepas dan mendarat selain mengelak trafik yang akan sesak menjelang petang tiba. Hobi yang tak ramai faham. Keterujaan saat melihat tayar pesawat meninggalkan permukaan bumi tidak boleh diungkap dengan kata.

Segar rasanya apabila lidah dan tenggoroknya menyentuh air sejuk yang dibeli di kedai Seven Eleven.


Jam 11.00 malam


"Rose, sini." Najmi melambai-lambai tangan untuk menarik perhatian Rose yang baru sahaja tiba dari bumi Kangaroo. Bagasi hitam ditarik bersama.

"Fuhh penat gila weh." keluh Rose. Najmi cuma sengih. Masing-masing penat, namun masih mampu menitipkan senyum di bibir.

"Tak cukup 7 jam tido?" soal Najmi bersahaja. Rose cebik bibir. Najmi ketawa. Gerak kaki diatur cermat menuju ke parkir kereta sebelum mereka terus menuju ke arah utara.







Hempasan ganas ombak memecah pantai. Bunyi yang terhasil amat mendamaikan buat siapa yang menghargai bumi tuhan.
Mungkin juga menyeramkan? Siapa tahu?

Hembusan sepoi-sepoi bahasa yang menerkam muka dan menerbangkan rambut cukup mendamaikan.
Cuba difahami bahasa angin, namun itu tak mungkin.

Rose menyisip air kelapa perlahan-lahan, sambil melihat lautan yang luas terbentang. Sedikit sebanyak menyentuh hati bahawa manusia cumalah makhluk diskrit berbanding sang pencipta. Namun masih ramai yang angkuh dan bongkak. Tak mengerti segalanya kurniaan tuhan yang esa.

"Lately ni I tengok you macam banyak senyap je. Ada something yang ganggu fikiran you ke?" soal Najmi.

Rose diam. Air kelapa dihirup sampai habis. Dipanggil pelayan dan dipinta sebiji lagi air kelapa.

"You tak mahu minum?" soal Rose. Najmi geleng.

"I takut. Dunia akhir zaman ni. Ramai mengaku pendakwah, tapi perilaku tak serupa apa yang dikata." jemari halusnya menyisir rambut ke belakang telinga.

"Sebab tu ada hadis nabi yang suruh kita gigit agama dengan gigi geraham."
"Maksudnya?"
"Maksudnya kita kena pegang pegangan kita, jangan biar goyah, jangan biar terpengaruh."

Rose angguk kepala. Perlahan.

"Apa pandangan you dengan orang yang tak pakai tudung tapi solat?" nafas dihela. "Macam I."

Najmi toleh kepala. Rose angkat kening.

"Bagi I, pakai tudung atau tak, itu pilihan. Kalau dia tahu kewajiban dia untuk jaga solat, mesti dia tahu kewajiban untuk tutup aurat. Bila dia buat kemungkaran, ajak dia untuk buat kebaikan. Tegur silap dia. Bukan buat dia makin jauh dengan kebaikkan." nafas dihela pendek.

"Apa benda kata qudwah qabla dakwah? Tunjuk contoh sebelum berdakwah tapi lain yang dikata lain yang dilakukan. Sebab tu ramai orang tak suka orang agama."

"You benci orang agama?" soal Rose.

"Orang yang masyarakat pandang hina tu dakwah dia lebih mendalam daripada yang dakwah kencang tapi amalan kecundang ni. I tak benci orang agama. I benci perbuatan mereka yang jual agama."

"You pernah minat sesiapa?" Rose sengih sambil memandang Najmi sebelum kembali melihat pantai.
Najmi kuis pasir dengan hujung jari.

"Dulu I pernah minat satu orang ni."

"Wajah dia lembut, perilaku dia sempurna, suaranya serak-serak basah. Kami selalu juga buat aktiviti sama-sama." suaranya makin perlahan.

"Sampailah satu hari tu, saatnya I tak dapat nak buat semua benda tu lagi dengan dia. Kadang-kadang rasa menyesal, sebab tak pernah bagitahu isi hati ni kat dia." pandangan matanya dibuang jauh ke tengah laut.

"Tapi takpelah. Benda dah berlaku dah pun. Benda yang jadi mesti ada hikmah. Ada hikmah kenapa I tak dapat hati dia." senyum paksa direka.

"Kenapa tak teruskan dengan dia?" Rose pelik. Najmi membisu. Nafas dihela perlahan.

"Dia pergi."

"Pergi mana?"

"Pergi tinggalkan dunia. Pergi tinggalkan semua." nafas dihela.

"Dia meninggal. Kemalangan kereta." ucap Najmi perlahan.

"Sorry to hear that." riak muka Rose berubah.

"Takpelah. Benda dah berlaku dah pun. Sebab tu I rasa okay je tak dapat dia dulu."

"Rasa okay??"

"Mungkin hati dia Allah dah pegang. Sebab tu I tak dapat nak memiliki hati dia."




Tuesday, November 27, 2018

Masalah

Image result for star gif




"Allah jadikan kegelapan sebab nak bagi kita nampak bintang."
- Nicah -




"Kau tahu kenapa Allah jadikan gelap?"
"Tak..."
"Allah jadikan gelap sebab nak bagi kita nampak bintang."
"Patutlah ramai nampak aku."
"Eh? Kenapa?"
"Najmi kan maksudnya bintang."
"......."
"Ok tak jadi."


Sengih



Selalu orang marah sebab gelap. Katanya tak boleh nak melihat.
Selalu juga orang lupa. Tanpa gelap macam mana nak nampak bintang.


Tanpa rasa lapar, macam mana nak rasa kenyang?
Tanpa rasa ngantuk, macam mana nak rasa sedapnya berdengkur tidur? eheh
Tanpa malam, macam mana nak nampak bulan yang sedang merembang?
Tanpa gelap, macam mana nak nampak Najmi bintang?


Tak semua yang kita rancang akan jadi.
Dan tak semua yang jadi kita rancang.
Kita sebagai manusia, ada benda yang kat dunia ni yang kita tak mampu nak kawal.
Tuhan sahaja sebaik-baik perancang.

Kau kena ingat tu


Nak jadi driver yang hebat, mestilah kena lalui liku dan selekoh yang mecabar.
Nak jadi peluncur handal, mesti kena alami pelbagai situasi air, gelora, sejuk.
Nak jadi pilot yang expert, mesti pernah tempuhi langit yang bergelora, awan tebal, angin kencang.
Nak jadi legend, mesti pernah lalui masa yang mencabar dalam kehidupan
Dan, legend mana boleh putus asa.

Semuanya perlukan proses. Allah nak jadikan bayi pun ambil masa 9 bulan 10 hari.
Bukan Dia tak boleh jadikan sekelip mata, tapi dia nak kita tahu, semua kejadian ada proses.

Ada masalah, jangan terus salahkan orang lain, salahkan tuhan, salahkan semut.
Sampai bila nak jadi bangau? Asyik menyalahkan orang lain.
Allah bagi ujian, nak bagi kita kuat.
Aku pernah cakap ni dulu.

Hidup ni macam lebuhraya.
Kalau tegak je kita senang leka, senang ngantuk.
Dengan selekoh dan lekuk yang ada akan buat kita lebih alert dan berhati-hati



Jatuh tergolek dirempuh ujian.
Menangis bagai air hujan.
Hati berkecai berkaca-kaca


"Kenapa nak lalui jalan hijrah ni derita sangat?"
"Sebab ni bukan jalan hijrah biasa. Ni jalan ke syurga."


Orang kata jalan hijrah ni susah, orang lupa jalan nak ke syurga mana pernah mudah.
Jangan jadikan alasan payah tu alasan kau tak nak berubah.
Nak jadi orang beriman, memang akan hadapi ujian, dugaan dan cabaran.
Cuma terpulanglah pada diri masing-masing macam mana nak hadapi ujian dan masalah yang mendatang.


Tahu tak kenapa Islam ni agama yang indah?
Sebab kita ada Allah. Allah Maha Adil
Allah tengok semua usaha kita nak berubah.
Bukan terus humban kita dalam neraka sebab dosa silam kita.


Korang mesti pernah dengar cerita pembunuh yang mati semasa hendak pergi ke masjid, jumpa ulama
Dia nak berubah. Tapi dia mati dipertengahan jalan.
Sampai malaikat bergaduh nak masukkan dia dalam syurga atau neraka.
Dan ditakdirkan dia masuk ke syurga, kerana jarak dia mati lebih hampir kepada masjid.
Nampak?

Nak berubah, kena mulakan dengan niat.
Jangan putus asa.

Kalau rasa nak rebah, nak putus asa juga?

Tak salah terbit rasa kecewa, putus asa, penat dan sebagainya untuk teruskan perjuangan
Tapi lepaskan perasaan tu pergi.
Jangan pendam.

Terpulanglah pada kau.
Nak pandang kegelapan tu sebagai ketakutan atau penunjuk jalan.



"Syurga tu ada. Tersedia buat yang mencarinya"

Labels

Perasaanku (19) Sayang (14) Ujian (13) Semangat (7) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)