Ubun-ubun kepalanya terasa panas dek cuaca yang membahang. Meski pendingin hawa keretanya dipasang pada tahap tiga namun masih tidak mampu melawan bahangnya bintang yang setia menerangi planet bumi.
Tambah pula dia memakai baju lengan panjang beserta jaket kulit. Semua itu cuma helah untuk menutup bekas kelar di lengan. Bekas lama, yang masih ada.
Untungnya atmosfera di dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu berhawa dingin. Setidaknya dapat menenangkan tubuh badannya yang menggelegak.
Sengaja dia datang awal ke airport, fikirnya mahu melihat pesawat berlepas dan mendarat selain mengelak trafik yang akan sesak menjelang petang tiba. Hobi yang tak ramai faham. Keterujaan saat melihat tayar pesawat meninggalkan permukaan bumi tidak boleh diungkap dengan kata.
Segar rasanya apabila lidah dan tenggoroknya menyentuh air sejuk yang dibeli di kedai Seven Eleven.
Jam 11.00 malam
"Rose, sini." Najmi melambai-lambai tangan untuk menarik perhatian Rose yang baru sahaja tiba dari bumi Kangaroo. Bagasi hitam ditarik bersama.
"Fuhh penat gila weh." keluh Rose. Najmi cuma sengih. Masing-masing penat, namun masih mampu menitipkan senyum di bibir.
"Tak cukup 7 jam tido?" soal Najmi bersahaja. Rose cebik bibir. Najmi ketawa. Gerak kaki diatur cermat menuju ke parkir kereta sebelum mereka terus menuju ke arah utara.
Hempasan ganas ombak memecah pantai. Bunyi yang terhasil amat mendamaikan buat siapa yang menghargai bumi tuhan.
Mungkin juga menyeramkan? Siapa tahu?
Hembusan sepoi-sepoi bahasa yang menerkam muka dan menerbangkan rambut cukup mendamaikan.
Cuba difahami bahasa angin, namun itu tak mungkin.
Rose menyisip air kelapa perlahan-lahan, sambil melihat lautan yang luas terbentang. Sedikit sebanyak menyentuh hati bahawa manusia cumalah makhluk diskrit berbanding sang pencipta. Namun masih ramai yang angkuh dan bongkak. Tak mengerti segalanya kurniaan tuhan yang esa.
"Lately ni I tengok you macam banyak senyap je. Ada something yang ganggu fikiran you ke?" soal Najmi.
Rose diam. Air kelapa dihirup sampai habis. Dipanggil pelayan dan dipinta sebiji lagi air kelapa.
"You tak mahu minum?" soal Rose. Najmi geleng.
"I takut. Dunia akhir zaman ni. Ramai mengaku pendakwah, tapi perilaku tak serupa apa yang dikata." jemari halusnya menyisir rambut ke belakang telinga.
"Sebab tu ada hadis nabi yang suruh kita gigit agama dengan gigi geraham."
"Maksudnya?"
"Maksudnya kita kena pegang pegangan kita, jangan biar goyah, jangan biar terpengaruh."
Rose angguk kepala. Perlahan.
"Apa pandangan you dengan orang yang tak pakai tudung tapi solat?" nafas dihela. "Macam I."
Najmi toleh kepala. Rose angkat kening.
"Bagi I, pakai tudung atau tak, itu pilihan. Kalau dia tahu kewajiban dia untuk jaga solat, mesti dia tahu kewajiban untuk tutup aurat. Bila dia buat kemungkaran, ajak dia untuk buat kebaikan. Tegur silap dia. Bukan buat dia makin jauh dengan kebaikkan." nafas dihela pendek.
"Apa benda kata qudwah qabla dakwah? Tunjuk contoh sebelum berdakwah tapi lain yang dikata lain yang dilakukan. Sebab tu ramai orang tak suka orang agama."
"You benci orang agama?" soal Rose.
"Orang yang masyarakat pandang hina tu dakwah dia lebih mendalam daripada yang dakwah kencang tapi amalan kecundang ni. I tak benci orang agama. I benci perbuatan mereka yang jual agama."
"You pernah minat sesiapa?" Rose sengih sambil memandang Najmi sebelum kembali melihat pantai.
Najmi kuis pasir dengan hujung jari.
"Dulu I pernah minat satu orang ni."
"Wajah dia lembut, perilaku dia sempurna, suaranya serak-serak basah. Kami selalu juga buat aktiviti sama-sama." suaranya makin perlahan.
"Sampailah satu hari tu, saatnya I tak dapat nak buat semua benda tu lagi dengan dia. Kadang-kadang rasa menyesal, sebab tak pernah bagitahu isi hati ni kat dia." pandangan matanya dibuang jauh ke tengah laut.
"Tapi takpelah. Benda dah berlaku dah pun. Benda yang jadi mesti ada hikmah. Ada hikmah kenapa I tak dapat hati dia." senyum paksa direka.
"Kenapa tak teruskan dengan dia?" Rose pelik. Najmi membisu. Nafas dihela perlahan.
"Dia pergi."
"Pergi mana?"
"Pergi tinggalkan dunia. Pergi tinggalkan semua." nafas dihela.
"Dia meninggal. Kemalangan kereta." ucap Najmi perlahan.
"Sorry to hear that." riak muka Rose berubah.
"Takpelah. Benda dah berlaku dah pun. Sebab tu I rasa okay je tak dapat dia dulu."
"Rasa okay??"
"Mungkin hati dia Allah dah pegang. Sebab tu I tak dapat nak memiliki hati dia."
No comments:
Post a Comment