Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Wednesday, May 13, 2015

Tahanlah sikit

Bang! Bang!
Bunyi tembakan bertalu-talu kedengaran....

Boooom.....

"Weh Najmi. Fokuslah! Nanti tentera Israel nampak kita guane?" Marah Naim
"Kita kat mana ni?"
"Hang lupa dah? Bom tadi buat kepala hang terhentak kot. Kita ni kat Gaza. Nak bebaskan Palestin." Balas Naim
"Oh haaa aku ingat."
"Cepatlah."
"Nak pi mana?"
"Kita pi cari Wan dgn Aimie. Dia berpecah dengan kita tadi."
"Haa jom."

Peng!

Bidikan Irfan tepat ke kepala seorang tentera israel.

"Headshot~" Irfan meniup hujung Machine-gun-nya...
"Najmi, Fokus. Kalau tak dah melayang nyawa kau tadi." Pesan Irfan
"Ok captain." Aku memperkemaskan pegangan M16.

Aku mengikuti Irfan yang sedang berjalan di celah-celah runtuhan batu sambil memerhati kawasan sekeliling...
Keadaan amat bahaya. 
Tanpa disedari..Ada 7 orang tentera Israel mengepung laluan kami.

"Woi. Letak senjata.Angkat tangan atas kepala!" laung seorang tentera israel yg lagaknya seperti ketua.
"Taknak.Arahan biar bijak sikit. Kau nak kitaorang letak senjata ke letak tangan?" Aku membalas kata2nya
"Kau fikir kami takut mati?" laung Naim pula...
"Kami mati syahid. Mati yang mulia. Bukan macam kau." Irfan menambah...
"Tak guna. Tembak mereka" arah ketua tentera itu lagi...

Peng peng peng peng.......



Ketujuh-tujuh tentera israel tersungkur ke tanah.
Kelihatan di belakang mereka Azam,Wan,Aimie dan Joma sedang memegang AK47..

"Cepat ikut kami. Tentera yg lain mungkin dtg sini nanti.." ajak Azam

Kemudian kami terjumpa dengan Aidiel yang memegang MG34 dan Kimi yang membawa Tavor...
Adli memegang M4 Carbine.
Naqib dan Fahmi menggunakan senapang Scar.
Afiq dan Cebe memegang dua pucuk pistol. Masing2 di tangan kanan dan kiri.

"Allahuakbar."

Seorang mujahidin Palestin bertakbir. Diikuti oleh Haiqal di belakangnya sambil membawa Dragunov...

"Kamu takut mati kerana Allah?" soal mujahidin itu.
"Tak!" Kami balas..

Skuad!
"Matlamat kamu?"
"Allah!"
"Teladan kamu?"
"Rasul!"
"Perlembagaan kamu?"
"Al-Quran!"
"Jalan juang kamu?"
"Jihad!"
"Cita-Cita tertinggi kamu?"
"Mati di jalan Allah!"

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

Dia senyum. Sambil mengangkat Bushmaster ACR, dia melaung.

"Free palestine! Allahuakbar!"

Kami menyusup perlahan-lahan ke celah2 bangunan yang runtuh...
Peng peng! Tembakan demi tembakan dilepaskan.
Tentera Israel semakin ramai...
Kami terus menerus membalas serangan...

Peng!Peng!

Aidiel dan afiq ditembak di peha dan betis...
Adli dan Fahmi segera memberi bantuan..


Kimi segera membalas tembakan...
Dragunov Haiqal lincah menembak ke arah tentera Israel....
Walaupun bilangan kami sedikit namun bilangan tentera Israel yg dibunuh lebih ramai.
Azam mengangkat sebuah bekas yang sebesar peti ais....Takpa dia sado ^^
Didalamnya berisi bom tangan,Mine, dan beberapa jenis senapang yang dicuri dari berek Israel..

"Cepat amik...Amik yang tahu guna je. Kalau tak membazir."
"Camne nak pakai bom tangan ni?"
"Tarik picu tu, baling. Dalam 7 saat dia akan meletop.Hati2.."
"Baiklah Leftenan Azamuddin. Nasib kau masuk askar. Tahu juga pasal senjata2 ni." balas aku...Azam senyum

Boom....
Satu peluru berpandu menembak sebuah bangunan....
Serpihannya menghempap kaki Adli dan Aimie.....Cebe membantu Adli yang patah kaki...Aimie cedera parah..
Fahmi mengawasi keadaan sekeliling....Aku berjaya menembak 4 orang tentera Israel...


Tiba2 kedengaran bunyi helikopter

Aku,azam dan joma menyusup masuk ke dalam surau kecil...

Booom!!!

Azam tercampak...Joma terduduk...Aku terbaring....

"Azammm.....Jomaaaa....Najmiii....." suara jeritan kedengaran...

Azam patah kaki....Joma melecur separuh badan....
Yang lain luka ringan terkena serpihan bom...

Aku pandang tangan kanan....
Hancur paras siku...
Sebelum pandangan mula kabur..
Aku lihat kelibat Irfan dan Naqib..
Sebelum semuanya gelap....
Bersama kesakitan yang tak pernah aku rasa sebelum ni....


Innalillahiwainnalillahiro'jiun
cc to AlifFetih


***************** 

Tahu apa?
Aku balik harini...(5/5/2015)hehehe padahal semalam (4/5/2015) aku baru 'singgah' Sasem...
Tapi, bukan sengaja balik...

Ada cerita...
Ada kejadian...
Ada sesuatu...
Yang tak dijangka berlaku...

Tangan aku luka dalam... Kena jahit...
Dua jahitan...
Sebab termasuk dalam kipas... bukan sebarang kipas...
Kipas besi...Ahaha

Tak, bukan tak ada kerja...
Aku nak sambut al-Quran daripada terjatuh daripada tiang surau. 
Kebetulan rakanku bangun, terlanggar kipas! Dan...
Tinggg!!!!*bunyi besi berlaga

Al-Quran berjaya aku sambut.
dan

"Eh, ada darah..." satu suara tarik perhatian aku

Aku pandang tangan kanan. Darah sampai pergelengan tangan...Waaahahahaaa
Cepat2 aku berlari ke tempat amik wudhu... Basuh luka..
Sakit jangan ceritalah...
Aku selak luka tu, nampak daging..
Hancur separuh...Naqib datang... Yes hero datang!

"Najmi, kau ok tak ni?"
"Taaaaa.....arghhhh.....Naqibbudin, cari cikgu cepat..Aku nak pergi Hospital"
*Naqibbudin panggilan glamour Naqib yg hanya aku guna...

Naqib dan afiq pergi mencari cikgu...Usai solat Maghrib aku dan Naqib pergi ke hospital bersama Cikgu Azizah...
Wad Kecemasan... Inject di tangan kanan...Di jari...
Dan aku dapat lihat secara live jarum bengkok seperti mata kail menusuk daging untuk menjahit tangan aku....



"Awak nak jahit ke gam aje?"
"Jahitlah doktor.Gam nanti kena air tanggal."
"Jahit? Nak bius tak?"
"Nak doktor." Secepat kilat aku menjawab.
"Betul nak?"
"Kenapa?"
"Kalau saya bius, awak sakit.Nanti saya jahit, awak sakit lagi.Dua kali awak sakit."
"Bius ajelah doktor...

Jarum dikeluarkan.Gunting.Kapas. dan cecair apa ntah...

"Awak sekolah sains kan? Mesti pandai kan?"
Aku senyum sahaja.
"Awak kenal Ibnu Sina?"
"Tokoh perubatan islam?"
"Haa betullah tu.Awak rasa dia doktor ke tak?"
"Tak. Dia cuma cipta formula kesihatan dan perubatan."
"wah pandailah awak.Knapa dia tak jadi doktor?"
"Tak tahu."
"Sebab dia nak pahala berpanjangan.Selagi ilmu dia doktor pakai, selama itulah dia dapat saham."
Aku senyum lagi.
"Doktor tak takut darah?" soalku tatkala melihat jariku dijahit.
"Eh takut.Kalau boleh saya nak lari.Tapi kalau saya lari sapa nak rawat awak?"
Kami ketawa.
"Dah siap. Nanti pergi bilik doktor balik.minta ubat."
"Eh dah siap?"
"dah...ke awak nak saya jahit lagi?"
"Ahahaha, yelah2... terima kasih doktor."










 Sepanjang hidup kita dari awal sampai akhir mesti ada dua benda.
Apa dia?
Redha dan sabar....

Redha dengan segala ketentuanNya dan sabar menghadapi dugaanNya...
Come onlah broo....Setakat luka, then kena jahit, dah tak tahan?
Ahaha...

"Kau tengok orang kat Palestine ni. Darah satu badan. Kulit luka. 
Takda pun doktor nak rawat. Tapi depa rileks ja."
"Kenapa?"
"Depa redha dan sabar dengan ketentuan rabbul jalil...Depa lagi suka mati. Mati syahid bukan senang nak dapat."


Setiap kali jari aku rasa berdenyut...
Aku ingat balik perjuangan orang Islam di Gaza...
Dan sakit luka aku hilang...
Bila bayangkan betapa hebatnya dugaan yang mereka kena hadapi...
Bila lihat besarnya ujian yang menimpa...
Ah, luka aku sikit... Jauh beza dengan mangsa kekejaman israel laknatullah tu...
Tapi yelah...macam intro entri ni...
Aku sendiri terbayangkan suasana perang kat sana...Sampai masuk mimpi..ahaha

Tapi, ya, aku kena kuat....
Aku tak boleh lemah...
Walau kadang2 kita jatuh...
Kena bangkit!

Doakan saya untuk peperiksaan pertengahan tahun....
Allahumma Amiin

p/s : Kebanyakan artikel ini ditulis menggunakan tangan kiri.Maklumlah tangan kanan injured. XP
Ehem, Makin kukuhlah alasan nak gantung kayu hoki ;)

Sunday, April 19, 2015

Ujian kehidupan perkara biasa




"Hidup kita ni macam di atas kapal"
"Maksud kau?"
"Kapal, erm siapa yg mengemudi? "
"Nakhoda"
"Nakhoda itu adalah kita"
"Lagi."
"Kapal itu adalah perlakuan kita, kita kena kemudi kapal dengan betul"
"Kalau salah kemudi?"
"Hanyut. Kita akan hanyut.. Lebih parah, karam terus.


Ujian.....
Banyak 
Kenapa adanya ujian ?
Allah tak sayang kita ke?
Allah zalim kepada kita ke ?


"Bro, pernah doa nak jadi kuat tak ?
Pernah diuji ?Kalau pernah maknanya 
Allah dah makbulkan doa kau....."


Biasalah manusia....
Diuji sedikit, mengalah....
Dihina sikit, putus asa
Ditegur, tak puas hati


"Patutkah manusia menyangka yg mereka akn dibiarkan dgn
 hanya berkata " Kami beriman ",
 sedangkan mereka tidak diuji ( dgn sesuatu cubaan )
 29:2 

Belajar redha....
Apa itu redha ?

Redha tu bila kau berhenti tanya tuhan "Kenapa "

Kecik2 dulu pun aku pernah rasa...
Kenapa hidup menyakitkan...Kenapa cuma aku?
Dan aku fikir balik, ada jawapan untuk persoalan 'kenapa cuma aku?'

"Sebab aku luar biasa"


********


"Bro, aku kena jadi ketua kelas"
"Wah, baguslah. Aku tumpang bangga dengan akhi NajmiHunwick ni"

Aku diam.....

"Tak, aku.... aku..."
"Apa dia?"

Aku diam lagi...

"Aku takut tak dapat jalankan amanah." ujarku jujur
"Siapa yang pilih kau jadi ketua?"
"Cikgu"
"Haa, cikgu percaya kat kau, kau tak percaya kat diri kau?"
"Tak, bukan macam tu..."

Tiba2 bahuku dielus perlahan.

"Najmi, aku tahu kau tak suka di pimpin dan memimpin....Tapi cuba kau qowiy. Aku tahu kau boleh..."
"Aku takut riak"
"Hei, dengar ni. Jadi ketua bukannya satu kemuliaan. Tapi satu amanah. Suka tak suka kau kena! "

Agak agak boleh terima tak cara aku?
Kalau semua orang buat cara sama, biarlah aku lain sikit...
Baru rare....

Hidup kita ni macam kapal yang sedang belayar...
Dan kita adalah nakhodanya....

Pernah dengar nasyid Zulfan yang bertajuk Bahtera Hamba ?
Kalau tak saya sarankan anda search di Youtube dan hayati liriknya....

Aku hadam,telan semua nasihat...
Terima kasih atas ingatan...
Terutamanya dari adik tu...
Petah berkata-kata...

Tapi kalau tak ada bahasa kesat and kasar, mungkinlah lagi sedap didengar, ditelan...

Pesanan buat diri khususnya...
Menasihati masa marah juga kurang bagus...


"Bro, aku nak bagitau ni."
"Cakaplah."
"Tulang pinggul aku retak."

Tersentak... Dia pandang aku..

"Retak? How can it be?"
"I don't have any idea."
"So kau tak boleh bersukan lah tahun ni? "
"Nampak gaya macam tu lah."


******

Ada masa, jatuh juga satu sumber kekuatan.
Percaya?
ok mcm ni, kalau kita tak pernah jatuh, kita tahu tak mana titik kelemahan kita?
Kalau kita sentiasa di atas, kita dpt rasa tak berada di bawah?
Bila kita gagal, baru kita dpt rasa manisnya nikmat kejayaan...
Sebab tu jatuh juga sumber kekuatan

Aku amik dari pengalaman aku sendirilah....
Main hoki, asyik kena marah, maki, salah sikit kena hina...

"Woi kau buat rumah batu ke kat atas tu ?!?!"

Sampai aku dapat teguran yg agak kasar...
Felamaks, luluh hati aku dengar perkataan tu....
Tapi sejujurnya aku suka. Sangat suka....
Bila aku ulang balik ayat tu aku terharu, gembira, Kagum, terkejut, sedih dan macam2 pencampuran perasaan...

Jadi aku cuba recover balik diri aku....
Mana silap aku? Apa salah aku? Di mana kelemahan aku?
Dan aku perbaiki kelemahan itu, ejekan aku jadikan pendorong....
Hasilnya, aku berjaya menjaringkan 6 gol pada tahun 2014....
*bukan nak puji diri sendiri hebat, tapi cuba cari sudut positif okeh?

Kawan,
Kekuatan sebenar kita bila kita tak rasa bangun qiamullail tu satu bebanan.
Bila kerja dakwah yg susah itu masih dirasa satu nikmat.
Sebab bukan semua orang dpt rasa nikmatnya dakwah tarbiyah.
Jadi, sebagai yg terpilih,
kenapa sikit sangat bersyukur

-mato-


Jika kita memikirkan di sebalik kesusahan pasti akan ada kesenangan , kenikmatan atau keriangan, maka sisi tersebut boleh menyebabkan kita semakin hampir dengan-Nya.

Ganjaran bagi orang yang bertaubat dari lumpur dosa itu hanyalah syurga...

Banyak mana pun dosa kita pernah buat Allah sedia untuk ampunkan.
Tapi syaratnya satulah...
Minta pengampunan tu pada Dia. Allah tu ghaffur.... Maha pengampun....
Dosa besar bumi pun, keampunan Allah lebih luas

Tergelincir ke gelombang maksiat bukan alasan untuk terus duduk...
Keluar dari maksiat tu. bersihkan diri...
Ingat, keampunan Allah itukan jauh lebih luas...
Yakinlah, Allah tak pernah mungkir janji.

Kalau sibuk dengan study, kerja rumah, sukan sekalipun, solat jangan tinggal...
Baca Quran paling kurang sehari satu muka surat. Boleh? (pesanan buat diri sendiri khususnya)
Jatuh banyak kali pun bukan alasan tak boleh bangun semula.
Okey? Senyum =)


"Aku bukan malaikat. Aku bukan nabi. Aku ada dosa. Jangan puja aku, aku tak layak dipuja. Jangan agungkan aku, kelak kau kecewa."

Labels

Perasaanku (19) Sayang (14) Ujian (13) Semangat (7) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)