Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Saturday, September 19, 2015

Moody ke?

Najmihunwick #klia

Yeay akhirnya Najmihunwick dibenarkan untuk menulis entry lagi.
Alhamdulillah masih dikurniakann masa lapang dan masa sihat.



Moody?
Hahaha ya
Aku moody teruk...
Sangat teruk..
Sampai ada yang kata aku ni period sebab tu selalu moody...

'Sapa yang teruk ni? Aku ke dia sampai orang perempuan je yang period pun tak tau' haha

Aku ni jenis yang lambat marah tapi cepat sejuk...
Cuma kali ni aku tak tahu kenapa...
Lambat betul nak sejuk...


*****

'Radiator rosaklah'
'Maksud kau?'
'Hati tu, jaga hubungan kau dengan Allah, jaga hubungan kau dengan manusia'
'Hablu minaallah wa hablu minannas?'
'Haa tau pun'

*****




Aku dapat surat dari 'annonymous' kononnya kat meja aku walhal aku kenal dia siapa.
Bermula dari detik itu, *ayat ni agak skema,maaf* aku pun mulalah rasa panas satu badan laksana matahari tegak di atas kepala..
*nak tulis sejengkal atas kepala macam melampau sangat, kan? Hiperbola, kot

Tak habis kat situ, aku dapat lagi surat dari orang lain.
Dan mulalah berterbangan gosip murahan habaq aku ada scandal dengan pelajar senior...
Ok yang ni memang aku angin...
Aku moody ahaha
Aku kalau moody bahaya sikit...*lap peluh

Aku tak ada apa2 hubungan terlarang dengan pengirim surat tersebut.
Berhenti kata yang tak betul...

Bukan aku tak tegur...
Aku dah jelaskan banyak kali, kalian yang ego tak nak faham..
Dan ya, aku yang kena terima akibatnya.
'Mana boleh aku sorang, penyebab perkara ni pun mesti kena juga'

ahaha aku minta maaf lepaskan ke'moody'an aku kat kau.
Aku kata aku perlukan masa nak bersendirian
Tapi kau berterusan mengutus surat.. ahhhhhh *jerit

Tapi sebenarnya aku moody dengan hampir semua orang
Masa aku paling kurang senyum
Masa paling lama aku panas
Masa paling lama tak ceria
Yelah mood dah spoil kan?

Buat kerja pun tak senang...
Asyik rasa diperhatikan...

Petikan surat dan balasan aku....

'Kau kan dah nak PT3. Be caring with people around you.'
and lets them not being caring to me ^^ love this

'Tapi aku tahu kau takdelah seteruk mana.'
aku pun tak faham aku macam mana kau boleh faham aku?

'Btw, kau minat 'dia' ke?'
Ya Allah dah berapa kali bagitahu TAK!!!

'Dah besarkan? Dah boleh fikir :)'
Ayat ni serious buat aku rasa curios...
Dah berapa lama kau tahu perkara ni?
Ayat ni serious buat aku rasa cuma aku yang bersalah...
Kau tahu cerita ni dari awal ke?
Ayat ni serious buat aku rasa cuma aku yang dipersalahkan...
Kalau tak sampai seminggu tahu, mohon khatamkan dulu story ni


Kita tak boleh paksa orang suka apa yang kita suka.
Sebab tu Allah ciptakan manusia dengan hati yang berbeza.
Sebab tu manusia diciptakan ada akal. Untuk berfikir.
Kalau semua nak ikut cara kau, kan lebih baik kau buat dunia kau sendiri.
Yang dipenuhi klon manusia serupa kau.
hahaha


Okay tutup pasal moody

*****

Hipokrit

Kenapa masa nak exam, kau rajin beribadat?
Kenapa masa jawab exam, kau rajin bezikir, berselawat?
Kenapa masa setadi, kau rajin doa minta mudah hafal, mudah faham?
Kenapa masa susah, kau rajin baca Yassin awal pagi?

Kenapa dah habis jawab exam, kau malas beibadat?
Kenapa dah malas zikir, selawat,doa?
Kenapa dah tak baca yassin? Al-Quran?
Tak sempat? ahaha

Pesanan buat diri juga sebenarnya...
Ok..aku nak sentuh pasal nafsu lah...
Nafsu ni ada 4 peringkat

1) Nafsu Ammarah -Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan
2) Nafsu Lawwamah -Nafsu yang sedia untuk keluar dari kejahilan 
3) Nafsu Mulhamah -Nafsu yang sudah terima kebaikan dan benci kejahatan
4) Nafsu Mutmainnah -Nafsu yang terus berusaha untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam diri

Anda yang keberapa?
So far aku tengok memang ramai yang berpura-pura baik bila dah dekat dengan musim exam...
Aku tak nafikan.. Yelah ada orang kata iman kita naik dan turun..
Tapi sekurang-Kurangnya malulah sikit...

Cuba tanya balik diri kau.
Apa alasan kau beribadat?
Untuk Allah atau untuk result exam?

"Aku tak boleh lah nak concentrate solat berjemaah..."
"Jemu kot hari2 buat benda sama. Alah setakat Yassin, tak payah tengok muhsaf aku dah hafal dah. Apa lagi kau nak?"

Lu main bola petang2 steady je gua tengok.
Penat kot, berpeluh-peluh...
Cer lu duduk dalam surau ngaji,
Nade peluh-peluh ni....Sejuk adalah....
*Lu/Gua digunakan untuk menghayati watak keh keh keh

Kuncinya kat sini...
Ikhlas..

Kalau kau ikhlas beribadah, takkan ada alasan tak sempat, penat, jemu dan macam2 lagi lah...
Mesti kau pernah dengar kan ayat ni,

"Ibadah itu adalah hiburan buat orang yang beriman"

Maksudnya bila kau beribadah, kau akan rasa seronok.
Kau akan rasa tenang.. Allah dah beritahu dah dalam Quran.

'Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang'

"Habis tu macam mana aku nak tahu aku ikhlas ke tak?"

Haaa, konsep ikhlas ni macam...

Seekor semut hitam, di atas batu hitam, di malam yang amat kelam.
Tak nampak babe....
Tak faham?
ok bagi contoh mudah...

Surah Al-ikhlas...
Carilah perkataan ikhlas dalam surah tu.
Takde kan? Kalau ada bagitahu. 
Aku sanggup potong kuku... ^^

Bila kita buat sesuatu, kita tak persoalkan apa yang kita buat.
Kita tak harapkan ganjaran.
Kalau ada, ada laa... Kalau tak, tak ada laaa...
Dan bila kita buat sesuatu, kita tak cakap atau fikir yang kita ni ikhlas.

Nasihat aku, teruskan istiqomah dalam beribadat.
Memanglah istiqomah ni bukan something yang senang.
Tapi tak mustahil kan?

Sebab rasanya tak ada alasan munasabah untuk kau ingat Allah masa susah je.
Ingat Allah masa nak periksa je...

Ingat Allah tu, setiap masa..
Selangkah kita mendekati Allah, Sepuluh langkah Allah dekati kita!



*****






"Eh ni patah ni..."
"Hah? Kenapa ni?"
"Ni haa....patah..." dia tunjuk bahagian tulang kat kertas x-Ray *kertas ke?
"Tulang apa ni?"
"Ni namanya coxy bone ataupun coccyx..."

Tulang aku ada yang patah lagi...
Dah sebulan lebih baru nak pergi buat check-up
Biasalah Najmihunwick, perasan kuaddd....
Luaran je nampak kuat....dalaman?
Macam tomato laa

ahaha
Dah berapa kali entah tulang aku bermasalah...
Retak, patah, kemik, reput...
Sampaikan pakcik aku panggil aku 'Mat Tulang'

"Hai Mat Tulang, baru sampai kampung ke?"
"Errrrr...."

Lepas ni aku nak buat movie taitel 'Bones Man' boleh?
Aku pengarah
Aku pelakon
Aku hero ('',)
Kau,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bayar ahahahaa



*********

Selepas ni mungkin aku akan update entry dengan cerpen/novel pula ^^
Moga bermanfaat

Saturday, July 4, 2015

Atuk

Image result for tanah perkuburan islam


"Hari ini,kami tinggalkan kamu kepada Allah,
Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
Semoga Dia melimpahkan kurniaannya kepada kamu.
Semoga kamu beroleh rahmat disisi-Nya."

"Selamat tinggal saudaraku.Hari ini tinggallah kamu disini
 berseorangan dalam kegelapan barzakh.
Hanya amalanmu di dunia ini yang akan menemanimu dan
menjadi cahaya menerangi kuburmu.
Kami serahkan segala urusanmu kepada
 Allah Rabbul Jalil."

"Ya Allah, Kau kasihanilah saudaraku ini. Ampunkanlah segala dosanya.
Janganlah diseksa akan mayat dia. Kurniakanlah kepadanya belas
 kasihmu yang telah Kau kurniakan kepadanya dan kepada kami di dunia ini.
Ya Allah, hanya kepadamu kami berserah
 akan saudara kami ini."


Aku berasa sebak mendengar bacaan talkin itu...
Empangan yang aku cuba tahan akhirnya pecah juga....
Berjurai-jurai air mataku tumpah...
Ibu dan juga ibu saudaraku cuba menenangkanku...mereka memelukku


***************************



"Mi, cepat bersiap. Balik kampung."
"Kenapa abah?"
"Atuk.......dah tak ada..."

Aku terkedu...

Petang tu...selepas solat maghrib kami bertolak ke kampungku yang berada di Melaka...
Ayah aku terus memacu kenderaan yang kami naiki selaju yang boleh...
Sesekali aku menoleh ke arah meter kelajuan yang mencecah 120-140 km/j di jalan kampung itu...
Aku memegang seat kereta...bimbang dengan kelajuan kenderaan sebegitu di jalan kampung...
Kalau di lebuh raya takpa.....

tapi apa yang pelik?
2 Jam baru sampai....
Kebiasaannya 1.30 jam sahaja....

Sesampainya di rumah atukku,aku melihat ada beberapa orang berada di dalam rumah...
mengelilingi sekujur tubuh...
Insan yang aku sayang....
Insan yang aku rapat dengannya...
Dah tak ada

Ayah aku terus mendapatkan atukku...mencium dahinya
Dengan penuh kasih sayang seorang anak..
Aku segera ke sisi tubuh atukku....
Ku ciumi dahinya...sejuk....
Muka arwah berseri-seri....dan ada senyuman....

Malam tu aku tak boleh tidur...sekadar tidur2 ayam....

Lepasni dah takda lagi gurauan dia...
Lepasni dah takda lagi ciuman kasih sayang darinya...
Lepasni dah takda lagi peluang keluar bersiar-siar menaiki kereta kancil dengannya...
Lepasni dah takda lagi peluang untuk mengutip buah-buah kampung dengannya...
Lepasni dah takda lagi insan yang selalu menemani aku memancing...
Lepasni dah takda lagi duit-duit syiling untuk aku....

Ya...dia memang suka mengusik aku....
Ya...dia memang suka mencium aku,...
Ya...dia gemar membawa aku berjalan-jalan meronda kampung...
Ya...dia selalu membawa aku ke kebunnya...
Ya...dia selalu menemani aku memancing di tepi parit...
Ya...dia selalu memberi aku duit syiling jika aku ke rumahnya atau jika dia melawat aku....

Tapi tu dulu....
Kini tak lagi..takkan lagi.....
Yang pergi tak kembali...ya....
Aku kena ingat tu...

Sekarang ni aku sedang cuba untuk belajar....
Belajar untuk menerima....
perlahan-lahan....


'Kullu nafsi zaa iikatulmaut'
Setiap yang hidup pasti merasai mati



Pagi tu...aku sempat memandikan arwah atukku...

"Ami...Ami...."

Ayahku memanggilku...

Aku datang dan menyaksikan proses memandikan jenazah...
Sebelum ditanam selamanya....
Aku juga sempat menyembahyangkan arwah....
Mujur ayah aku pernah mengajarkanku cara menyembahyangkan jenazah....

Selepas itu aku mengikut menghantar jenazah ke kawasan perkuburan....
Sepanjang perjalanan dengan berjalan kaki itu...aku menangis....
Masa tu aku masih naif...aku masih tak dapat terima....
Dan apabila aku melihat jenazah diturunkan ke liang lahad dan kain kafan dibuka....
Untuk tatapan kali terakhir.......

Aku menangis...
Sebab takde sapa boleh ganti tempat arwah....
Ya takde sape......

Masih terngiang-ngiang kat telinga nie suara Arwah....
Masih terlihat-lihat bayang arwah....
Ah...apakah?

Sampai harini,,....apabila ada masa terluang....
biasanya lepas solat maghrib aku akan sedekahkan surah yassin...
dan Surah al-fatiha...
Sebagai pengubat rindu....

Dan aku percaya...
Dia mesti tengah perhatikan aku sekarang ni...

Al-fatihah....
Salam bin Lembek
73 tahun

Kita jumpa di syurga ya...

'*************'


ok Settle...
Sesungguhnya kematian itu sangat dekat dengan kita.
Bila berlaku depan mata,barulah pintu kesedaran seperti diketuk....
Barulah nak bertaubat sungguh2...
Barulah teringat semua dosa dan maksiat yang telah dilakukan....

Macam manalah agaknya jasad aku masa aku meninggal nanti?
Macam mana pulak orang bercerita pasal aku bila aku dah tak ada lagi?
Macam manalah urusan jenazah aku nanti?

Setiap yang hidup itu pasti merasai mati...
Aku jugak tak terkecuali...

Apa yang baik ambil jadikan pedoman...
Yang buruk buang jauh2 dari ingatan
Sesungguhnya saya hanyalah manusia biasa yang bila2 masa akan pergi dari dunia ni
Ke dunia baru yang telah dijanjikan Allah
Alam selepas kehidupan
Maaf andai terkasar bahasa atau tersilapp kata

Dan terima kasih atas ucapan takziah dari kamu semua

Selamat menempuhi kehidupan

Salam sayang,
Najmihunwick

Labels

Perasaanku (19) Sayang (14) Ujian (13) Semangat (7) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)