Pernah tak kau fikir yang kau dah malas nak jalani kehidupan.
Rasa macam apa guna aku hidup.
Rasa macam janji tuhan tu tak pernah sampai.
Puas kau berdoa, dipermudahkan urusan.
Tapi yang datang, musibah dan bencana.
Ah, aku biasa.
Fikir nak mati? Tipulah tak pernah. Bukan tak pernah.
Selalu.
Tapi akal masih waras.
Bunuh diri itu dosa.
Dan angan-angan untuk mati dipendam.
Namun ia tak berakhir di situ.
Selalu juga terfikir, biarlah aku mati dlm kemalangan.
Sekurangnya bukan kerana bunuh diri.
Tapi, tetap mati.