Kau datang padanya, tak pernah kutahu,
Kau tinggalkan aku disaat kubutuhkanmu,
Cinta tak begini, selama ku tahu,
Tetapi ku lemah kerna cintaku padamu.

Aku pernah berada di suatu titik di mana rasanya hidup terasa menyakitkan dan menyesakkan, hingga rasanya aku tidak ingin membuka kedua mataku lagi. Walau pada akhirnya aku memilih untuk membuka kedua mataku lagi.
Menyakiti aku sesuka kelakuanmu,
Ku bukan manusia yang tak berfikir,
Berulang kali kau lakukan itu padaku.

Tak semua yang hilang adalah kehilangan. Kadang, itu adalah cara semesta memberi ruang.
Mengosongkan sesuatu untuk diisi dengan perkara yang lebih baik.
Melepaskan sesuatu yang kau genggam erat, agar tanganmu bebas menerima hal lain yang lebih baik.
Tak semua yang tak terbalas adalah penolakan. Kadang, itu adalah cara semesta mengajarkan ikhlas tanpa syarat. Sebab, cinta yang tulus pun tak selalu harus diterima. Dan disitulah manusia berlajar bahawa berharap adalah seni untuk mencintai, walaupun tika jawapan tidak pernah datang.
Kerana aku telah terbiasa jatuh, kehilangan, dan memaafkan.
Akan tiba masanya dimana aku tidak akan lagi berharap, masa dimana aku hanya percaya pada diri sendiri. Ya, fikiranku kacau bilau, rasanya sesak di dada.
Akan tiba masanya dimana aku akan berterima kasih pada diriku sendiri kerana telah bertahan sejauh ini.
Kuatku akan bertambah seiring kekecewaan yang aku terima.

Berjuanglah sekeras mungkin, dengan diam dan tenang. Setenang air di permukaan.
Setelah ini, aku pastikan tidak ada lagi kamu.
Setelah ini, aku tunjukkan tidak ada lagi seperti dulu.
Jika cinta dia, jujurlah padaku,
Tinggalkan aku disini tanpa senyumanmu,
Jika cinta dia, kucoba mengerti,
Mungkin kau bukan cinta sejati di hidupku.