"Kalau atas nama takdir kita dipertemukan, maka takdir juga jadi sebab kita dipisahkan."
Aku rasa, memang hidup aku menyedihkan.
Hidup aku sorang-sorang.
Semua yang ada dekat aku, cuma seketika hadirnya.
Salah aku ke? Untuk buat orang yang aku sayang mati?
Aku rasa kelakar.
Sebab ada orang berkawan dengan aku, sebab nak perlindungan.
Atas nama ayah dan mak aku cikgu.
Dan aku benci kawan yang macam ni.
Semua tentang kita cuma kita yang faham.
Yelah itu hati kita. Hidup kita. Walau kadang aku sendiri keliru.
Orang boleh bagi semangat. Bagi kata-kata.
Tapi itu cuma penyedap hati. Sebab mereka tak rasa.
Dalam hidup ni tak ternafi ada banyak penyesalan. Sebab salah buat pilihan.
Sedangkan pilihan tu banyak.
Dan aku selalu pilih pilihan yang salah. Aku cacat dalam buat pilihan.
Aku tak tahu kenapa pilihan aku selalu salah.
Aku tempang buat keputusan. Hahaha. Aku cacat :(
***
"Dia mintak putus. Dia kata dia taknak kau sakit. Dia taknak dia sakit."
"Bila dia beritahu kau?"
"Pagi tadi."
"Ah sekali lagi."
"Sabar bro."
"Apa dosa aku sampai Allah buat aku macam ni?"
"Setiap yang berlaku ada hikmah."
"Ah, kau tipu. Kau tipu aku."
"Aku tak tipu kau."
"Tiga kali Fadh. Tiga kali! Takkan tiga-tiga pilihan aku semua salah!"
Semua orang dah pandang aku dengan Fadh.
Tapi aku tak peduli, walau tujuan asal datang SOGO ni nak beli handbag untuk mama.
"Mungkin dia ada sebab."
"Sebab dia aku! Asyik-asyik aku."
"Ada hikmah."
"Pergi mampus dengan hikmah kau."
Aku terus masuk LRT // stesen bandaraya.
"Naj..."
Aku nampak Fadh tengok aku dengan pandangan yang aku tak faham.
"Ah mampuslah." dan aku tatau nak pergi mana.
Tiba-tiba satu mesej masuk. Voice message.
"Waj 'alli waziirammin ahli."
"Haaruna akhi."
"Usydud bihiii azri."
"Wa asyrikhu fii amri."
"Kai nusabbihaka kasiira."
Bacaan surah Taha dari Fadh. Ayat 29-34
Aku diam.
"Kenapa semua orang yang aku sayang, semua pergi?"
"Haaruna akhi."
"Iaitu Harun saudaraku."
Aku cuba letak sungguh-sungguh keyakinan pada Allah.
Dan buat pertama kalinya aku GIVE UP.
Tapi aku tak salahkan sesiapa sebab aku tahu ni salah aku.
Aku yang salah buat keputusan.
Kau takkan faham.
Sampai kau sendiri yang rasa.
Tapi aku yakin.
Allah tak kan saja-saja letak aku dalam kesusahan.