Ada dua jiwa, satu hati.
Ada satu jalan, dua pilihan.
Ada banyak akal, sikit perbuatan.
Soalnya kemana mahu dituju?
Pernah tersesat, tak jumpa jalan keluar.
Pernah tersesat, lalu kembali berpatah arah.
Pernah tersesat, terus mencuba perbaiki haluan.
Lalu kemana mahu dituju?
Jiwa yang datang, lalu menetap.
Jiwa yang datang, singgah sebentar.
Jiwa yang datang, terus berlalu pergi.
Dan arah mana mahu dituju?
Apa yang terjadi ini sumpah bukan biasa-biasa.
Ini semua aturan yang Maha Kuasa.
Kita semua ada kisah silam.
Kisah yang kita tak ingin dicoret atas helaian kain putih kita.
Tapi apa yang dah tercoret, kekal tercoret.
Apa yang dah berlaku, biarkan.
Pilihlah, untuk biarkan atau belajar daripadanya.
Apa yang akan berlaku, ianya adalah misteri.
Maka cekalkan hati melihat diri di masa akan datang.
Apa yang sedang berlaku, perbaiki.
Kerna ia yang akan mengatur masa depan kita.
Andai kata pernah terdetik yang diri ini tersilap arah, ubahlah ke arah lain.
Yang pasti kesilapan itu bukan dosa, itu adalah pengajaran hidup.
Kepada rakanku yang berubah arah, semoga berjaya di tempat baru.
Diri ini tidak lupa mendoakan kejayaanmu.
Moga tidak lupa juga keberadaanku di sini.
.
.
Meskipun banyak rintangan dan halangan, kami takkan berputus asa.
.
.
Yang tetap setia mendakap semangat dan cita-cita.
.
.
Yang tetap utuh berdiri meski ramai yang pergi.
.
.
Semoga dipermudahkan segalanya.
.
.
.
No comments:
Post a Comment