"Allah jadikan kegelapan sebab nak bagi kita nampak bintang."
- Nicah -
"Kau tahu kenapa Allah jadikan gelap?"
"Tak..."
"Allah jadikan gelap sebab nak bagi kita nampak bintang."
"Patutlah ramai nampak aku."
"Eh? Kenapa?"
"Najmi kan maksudnya bintang."
"......."
"Ok tak jadi."
Sengih
Selalu orang marah sebab gelap. Katanya tak boleh nak melihat.
Selalu juga orang lupa. Tanpa gelap macam mana nak nampak bintang.
Tanpa rasa lapar, macam mana nak rasa kenyang?
Tanpa rasa ngantuk, macam mana nak rasa sedapnya
Tanpa malam, macam mana nak nampak bulan yang sedang merembang?
Tanpa gelap, macam mana nak nampak
Tak semua yang kita rancang akan jadi.
Dan tak semua yang jadi kita rancang.
Kita sebagai manusia, ada benda yang kat dunia ni yang kita tak mampu nak kawal.
Tuhan sahaja sebaik-baik perancang.
Kau kena ingat tu
Nak jadi driver yang hebat, mestilah kena lalui liku dan selekoh yang mecabar.
Nak jadi peluncur handal, mesti kena alami pelbagai situasi air, gelora, sejuk.
Nak jadi pilot yang expert, mesti pernah tempuhi langit yang bergelora, awan tebal, angin kencang.
Nak jadi legend, mesti pernah lalui masa yang mencabar dalam kehidupan
Dan, legend mana boleh putus asa.
Semuanya perlukan proses. Allah nak jadikan bayi pun ambil masa 9 bulan 10 hari.
Bukan Dia tak boleh jadikan sekelip mata, tapi dia nak kita tahu, semua kejadian ada proses.
Ada masalah, jangan terus salahkan orang lain, salahkan tuhan, salahkan semut.
Sampai bila nak jadi bangau? Asyik menyalahkan orang lain.
Allah bagi ujian, nak bagi kita kuat.
Aku pernah cakap ni dulu.
Hidup ni macam lebuhraya.
Kalau tegak je kita senang leka, senang ngantuk.
Dengan selekoh dan lekuk yang ada akan buat kita lebih alert dan berhati-hati
Jatuh tergolek dirempuh ujian.
Menangis bagai air hujan.
Hati berkecai berkaca-kaca
"Kenapa nak lalui jalan hijrah ni derita sangat?"
"Sebab ni bukan jalan hijrah biasa. Ni jalan ke syurga."
Orang kata jalan hijrah ni susah, orang lupa jalan nak ke syurga mana pernah mudah.
Jangan jadikan alasan payah tu alasan kau tak nak berubah.
Nak jadi orang beriman, memang akan hadapi ujian, dugaan dan cabaran.
Cuma terpulanglah pada diri masing-masing macam mana nak hadapi ujian dan masalah yang mendatang.
Tahu tak kenapa Islam ni agama yang indah?
Sebab kita ada Allah. Allah Maha Adil
Allah tengok semua usaha kita nak berubah.
Bukan terus humban kita dalam neraka sebab dosa silam kita.
Korang mesti pernah dengar cerita pembunuh yang mati semasa hendak pergi ke masjid, jumpa ulama
Dia nak berubah. Tapi dia mati dipertengahan jalan.
Sampai malaikat bergaduh nak masukkan dia dalam syurga atau neraka.
Dan ditakdirkan dia masuk ke syurga, kerana jarak dia mati lebih hampir kepada masjid.
Nampak?
Nak berubah, kena mulakan dengan niat.
Jangan putus asa.
Kalau rasa nak rebah, nak putus asa juga?
Tak salah terbit rasa kecewa, putus asa, penat dan sebagainya untuk teruskan perjuangan
Tapi lepaskan perasaan tu pergi.
Jangan pendam.
Terpulanglah pada kau.
Nak pandang kegelapan tu sebagai ketakutan atau penunjuk jalan.
"Syurga tu ada. Tersedia buat yang mencarinya"