Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Friday, July 6, 2018

Kekuatan?

Image result for depression gif



"Kau takkan mampu memberi jika kau tak punya apa-apa."

"Aku masih boleh beri senyuman." balasnya menidakkan kata-kataku.

"Itu kerana..."

Dia tersengih kerana sangkanya telah menang dalam perdebatan kecil itu.

"Itu kerana kau masih punya senyuman. Maka bersyukurlah kepada tuhan." Aku berlalu pergi.

Sudah-sudahlah berdebat denganku, kerna kau takkan mampu melawan.

Walau kau rasa kau sudah menang, itu cuma rasa.
Sedang kau cuma rasa yang kau sudah menang, hakikatnya aku yang menang.
Senyapku tanda jawapan, bicaraku lafaz pendirian.

Akan datang satu masa bila yang kau tunggu itu takkan hadir lagi.
Dan waktu itu baru kau tahu, rindu itu sebenarnya takkan mati.
Meski kau sangka kau dah tak punya apa-apa rasa, hakikatnya sangkaan yang kau sangka itu juga sebuah rasa.

Dan sangkaku kau akan setia. Sangka aku wujudnya kata forever.
Tapi aku lupa, kita bukan di syurga. Tapi di neraka berupa dunia.
Harapnya keluar dari neraka ini aku akan menuju syurga.
Kerana sungguh, neraka itu sebuah tempat seksaan yang aku yakin takkan mampu aku tahan.
Sedang neraka dunia juga sudah cukup memeritkan.

Akhir-akhir ini aku banyak habiskan masa dengan diri sendiri.
Aku jarang keluar, aku takut nak jumpa orang, aku asingkan diri sendiri.
Aku malas nak kenal orang baru. Nak mulakan perkenalan sedari awal.
Aku penat.

Terlalu ramai yang datang kemudian pergi. 
Sampai ada masanya aku sendiri tak peduli dah siapa yang nak datang siapa yang nak pergi.

Perasaan seperti ini bukan rekaan. 
Perasaan sebegini wujud.
Perasaan sebegini banyak menghantui ramai orang. 
Mungkin kau, yang tengah membaca.

Jujur aku cakap, aku ada kawan rapat tapi aku sendiri tak pernah jumpa face to face dengan beliau.
Tapi rapatnya ukhuwah kami bagaikan adik beradik.
Tak terkecuali yang berkawan atas sebab tertentu. Untuk kepentingan diri sendiri.
Sumpah aku benci kawan yang macam ni.

Aku pernah tanya diri sendiri. Macam mana seseorang itu boleh kuat?
Macam mana seseorang tu boleh tabah hadapi dugaan dan cabaran yang besar?
Dan aku tak biar soalan tu berlegar dalam kepala sendiri. Aku tanya kawan.
Maka jawab mereka,
"Entah. Aku tak tahu. Aku cuma tak amik kisah sangat pun."
"Aku buat benda lain yang happykan aku."

Setiap orang ada cerita sendiri.
Ujian setiap orang tak sama. Allah hadirkan pelbagai bentuk ujian.
Yang pastinya adalah kita mampu hadapi ujian tersebut.
Cuma bergantung pada cara kita selesaikan masalah yang mendatang.
Dan percayalah, ujian takkan datang tanpa sebab.

Disebalik setiap ujian itu ada hikmah yang tersebunyi.
Hikmah tu, tak semestinya kita nampak sekarang.
Boleh jadi pada masa depan baru tersingkap hikmahnya.


Terima kasih kepada yang prihatin.
Terima kasih kepada yang setia dengan aku.
Terima kasih kepada yang memberi kata-kata nasihat dan semangat.
Sungguh aku terharu. Aku tak tahu nak balas dengan apa melainkan dengan coretan ini dan doa yang aku kirim setiap hari.

Kepada Laila Asyiqeen, terima kasih sebab memiliki hati yang sangat indah.
This world need more people like you.
Terima kasih untuk semua nasihat dan segala perkongsian.
Meski tak pernah bersua, tapi kita sepertinya sudah kenal lama.
Benarlah kata orang, bicara dari hati baru dapat menyentuh hati.
Semoga cepat sembuh. :)


Terima kasih juga sebab sudi baca bebelan aku.
Aku ingat tak ada siapa yang sudi baca.

Btw, tak cool pun mencarut. Aku mencarut takpe, aku memang cool sejak lahir.

Oh ya, aku tak amik peduli pun apa yang kau cakap tahi (baca: talk shit ) pasal aku.

Sebab ni hidup aku, bukan hidup kau.
Sebab semua ni aku yang rasa, bukan kau yang rasa.
Sebab aku yang berhak mengatur hidup aku, bukan hak kau.
Sebab aku yang lalui dan aku faham, bukan kau yang lalui dan faham.


Dan ya, kau bukan tuhan aku.


Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)