Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Saturday, October 14, 2017

Harapan

.

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu 
dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, 
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
- Al-Baqarah, 216 -


.


. . . . .



Jangan bersandar pada lalang, dan jangan bergantung pada awan.

Dunia ini hanya senda gurau.
Dunia ini cuma tempat persinggahan.
Dunia ini penuh dengan cubaan dan ujian.

Dan ujian itu takkan pernah berhenti.

Percayalah.
Saat kau ditimpa kesusahan ataupun kesenangan, tiap satunya ada ujian tersendiri.

Jangan pernah berhenti berdoa. Jangan pernah berhenti berusaha.

Nabi ajar, kalau pun esok kiamat, dan ada biji benih kat tangan kau, tanam.
Tak ada masalah. Kiamat nak datang esok datang lah.
Biji benih tanam dulu.

Nabi tak pernah ajar kita terlambat.
Nabi tak ajar erti terlewat.

Jangan biarkan masalah kau jadi batu pemberat untuk kau terus bergerak ke hadapan.

Dan bilamana kau fikir kau keseorangan, percayalah yang kau masih ada tuhan.

Letakkan sepenuh harapan kau pada tuhan.
Sesungguhnya, Allah berada dalam sangkaan hambaNya.

Kalau kau merancang, Dia merancang juga.
Dan ketahuilah, perancangan Dia lah yang terbaik.

Dalam hidup, kau tak boleh terlalu berharap pada semua benda.
Ramai yang kecewa, bila letakkan pengharapan pada manusia.

Sama juga macam aku.

Kau kena belajar berusaha sendiri. 
Tak semua ada dengan kau untuk tolong kau.
Tak setiap masa ada orang untuk teman kau.

Sedangkan mak ayah dan anak pun ada masa untuk berpisah.
Kau kena jaga diri kau sendiri, tanpa mak ayah kau.

Ustaz ustazah dengan pelajarnya pun ada masa berpisah.
Kau kena study sendiri, apa yang mereka dah ajar.

Suami isteri pun tak terkecuali.
Bukan 24/7 ada bersama-sama.
Saat tu, masing-masing kena tahu batasan diri. 
Takut-takut datang orang ketiga.

Maka simpanlah Allah di dalam hati. Kerna dia tak pernah jauh dari kita.


Setiap manusia ada pelayar. Macam aku cakap dulu.
Kau adalah nakhoda, bagi kapal kau

Ada yang berlayar guna kaki, guna minda, guna pahala. Kau?

Setiap orang ada cerita pelayaran mereka yang tersendiri.
Setiap orang ada destinasi yang tersendiri.
Setiap orang ada cara nak kawal kapal mereka.

Maka jangan kau perlekehkan mereka.
Sebab hala tuju kita lain-lain.
Hala tuju yang sama cuma mungkin syurga.
Dan laluan ke syurga setiap orang lain-lain.

Bahagia setiap orang tak sama.

Ada yang bahagia bila berjaya dalam peperiksaan.
Ada yang bahagia bila kenyang makan coklat.
Ada yang bahagia bila lepak dengan kawan.
Ada yang bahagia bila dapat rumah besar, kereta mewah.

Ada yang bahagia, bila orang yang kau sayang, sayang kau balik :)

Haraplah pada Illahi. Kerna dia yang punya kuasa.
Tanpa izinNya, takkan jadi benda yang kau harap.

Ingatlah, hati manusia itu dipegang oleh Sang Maha Pencipta.
Meskipun kau cuba sedaya upaya, tanpa izinNya, 
Tak menjamin, kau untuk berjaya.
Kerana pada akhirnya, yang setia itu cuma Dia.

Maka aku letakkan sepenuh pengharapan pada Dia.
Moga dia pegang hati kau dan aku bersama.
Moga dia tak bolak-balikkan hati kita.
Ya muqallibal qhulub.

Aku biarkan rasa itu, menjadi rahsia antara aku dan Dia.
Setia merindui, bertemu dalam doa pada Illahi.

Semoga sentiasa dilindungi.



.



"I only stop loving you, when the time Allah take the love away from me."
- AZ -






.


....


Fi hifzillah.

Meskipun jasad terpisah jauh, doa tetap bertemu di tirai labuh

Pernah dengar?

"Kalau rindu, doalah."
"Kalau teringat dekat orang yang kita sayang, doakanlah untuknya."

Makanya, aku memilih untuk mendoakan.
Moga kau sentiasa di bawah lindungan Yang Maha Penyayang.
Moga kau dijaga oleh Yang Maha Berkuasa. Sentiasa.

Selagi hayat dikandung badan, aku akan terus mendoakan. InsyaAllah.
Selepas itu, tidak perlu lagi aku risau.
Sebab?

Sebab aku yakin
Walau dimana kau berada, walau denga siapa
Kau tetap di bawah jagaanNya.


Semoga cepat sembuh.
Fi Syifikillah :)


Salam rindu.


Selamat malam, orang jauh.




.......







...






.






...






.





Harapan itu masih ada.
Kita cuma harus terus percaya.





....





.

No comments:

Post a Comment

Labels

Perasaanku (17) Sayang (11) Ujian (11) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX