Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Wednesday, November 1, 2017

Small things in my life?

Aku duduk diam.

Pandang diari.

Pandangan kosong.

Sebelah aku Syf. Tidur.
Sebelah dia Aliaa. Tidur juga.
Sebelah Aliaa ialah Myeaa. Tapi dia takda.
Sebelah dia Farahin. Tapi dia pun tidur.

Kenapa semua tidur?

Mmmmm....
Syf Syf, kenapa pandai sangat?
Kenapa pandai, tapi suka baca anime?
Kenapa pandai, tapi bawak phone?

*so nak pandai silalah baca anime dan main phone ya?

Sapa ikut dia tak bijak macam Syf. XP

Aliaa Aliaa...
Kenapa comel sangat masa tidur.
Macam panda. Yang sorokkan kepala dengan tangan dia.
Kenapa dah tak main hoki?
Tak kesian ke aku sorang je wakil batch kita?

Myeaa Myeaa...
Kenapa gelak kelakar sangat?
Kenapa mudah terhibur?
Kenapa aku buat lawak hambar pun kau gelak?
Kau memang suka gelak ke atau cuba nak elakkan aku daripada malu?

Painn (Fainnn Fain)
Kenapa senang ngantuk? Stay up ke?
Kenapa kuat makan jajan? Tapi kurus keding?
Kenapa kalau kau gelak, kalah Myea?
Kenapa selalu tunjuk muka stres?

Aku aku.
Kenapa aku sorang je lelaki dalam group ni?
Kenapa still belajar, even ni bukan course yang kau nak?
Kenapa cepat sangat terasa?
Kenapa sensitif sangat?
Kenapa cepat sangat bagi expression?


Duduk,kiri ; Fainn, aku, Myeaa
Bawah,kiri ; Syff, Aliaa



Aku baca diari.

Baca cerita lama.


Entah kenapa. Mudah sangat tersentuh dengan perasaan.
Padahal bukan benda besar. Okaylah.
Benda besar, kot bagi aku.

Sebab sekarang hati aku macam rapuh.

Bila sorang-sorang orang yang aku sayang pergi.

Dan buat aku takut nak sayang orang.

Buat aku takut nak hilang seseorang.

Tapi bila aku sayang seseorang, itu bukan beshe-beshe (biasa-biasa) punya sayang.

Dan sayang saya pada awak pun bukan beshe-beshe. Kahkah.


"I give you all of me give me all of you"
Tatiana Manaois


Tambah lagi bila tengok tulisan di papan putih.

"5 Syafie. 27 Hari lagi nak tengok muka korang."

Mmmmm. Dah tak lama.
Untuk aku jumpa korang.
Untuk aku gelak dengan korang.
Untuk borak-borak dengan korang.
Untuk kita selfie lagi?
yelah kat klcc tak dapat kan HAHAHAHA

Bila lagi nak jumpa?

Mungkin kalau panjang umur, 18/3/2018 ?

Aku harap kau tak lupa diri.
Aku harap kau tak lupa secebis kenangan yang kita bina.
Aku harap, kau tak lupa seketul Najmi Hunwick yang sentiasa menitipkan doa buat kalian.

Dan saya harap, awak tak lupa kata-kata awak nak pergi Klcc lepas habis sekolah. :)

Semoga kita sama-sama berjaya.
Tak dapat straight A pun tak apa. Sebab tu bukan tujuan kita hidup,
Kita hidup nak capai reda-Nya.
Tak berjaya dlm exam tak bermakna hidup kau musnah.
Allah dah tulis awal-awal dah result exam kau.
Sebelum kau lahir lagi.



"Hua' a'lamu bikum."
An-Najmi : 32


Percayalah, setiap yang berlaku, pasti ada hikmah.
Pasti sudah tertulis di Luh Mahfuz. Maka kau cuma perlu bersabar dan reda.


Pada seketul Najmi.
Moga tak cepat terasa dengan benda-benda yang tak betul.
Overthinking sucks, as always.

Aku cuba hadam pesan Mato.
Agar tak letak pengharapan pada manusia. Sebab manusia akan mengecewakan.
Maka aku akan mengharap cuma pada Dia. Kerna Dia yang memegang Hati Hambanya.

Doa aku tak akan pernah putus.






.............



......



...



.

Kenapa...

Kenapa awak cakap dengan mereka ja?

Kenapa tak cakap dengan saya?

Kenapa...

Kenapa awak jalan dengan dia?

Kenapa awak tak jalan dengan saya?

Dulu sekali je kita jalan sama-sama.

Kat trek sekolah. Dua pusingan. Ingat tak?

Awak tak pernah jalan dengan saya lagi.

Kenapa eh?



......



..










.






Saya nak merajuk ...

2 comments:

  1. jgn merajuk lama sgt au bang 😝

    ReplyDelete
  2. Jgn merajuk lama sgt au bang 😂

    ReplyDelete

Labels

Perasaanku (17) Sayang (11) Ujian (11) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX