Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Thursday, September 21, 2017

Lari




"Hang ingat dak dulu, masa kecik-kecik?" soal Naqi pada Najmi yang sedang melayari perasaannya sendiri.

"Hmmm? Ingat apa?" jawab Najmi acuh tak acuh.

Dahinya sedikit berkerut, cuba menembusi otak Naqi untuk membaca pemikirannya.

"Hang suka panjat pokok."

"Hahahaha, memanglah. Aku hebat kot." balas Najmi. Hidungnya diangkat ke atas.

"Eh hang ni. Aku tau yang ajaq hang memanjat. Ni ha Naqiuddin bin Johari ni." Naqi tunding jarinya sendiri ke dadanya.

"Ehem. Anak murid awak tu dah kalahkan awak. Najmi lagi hebat dari Naqi sebenarnya."

"Fine. Amiklah sana. Hang ja menang. " Naqi mencebik. Najmi gelak panjang.

"Aku perasan satu benda bila hang panjat pokok."

"Padia?" Najmi alih tempat duduk. Menghadap Naqi.

"Hang tak pernah jatuh." balas Naqi ringkas. Najmi kerut dahi.

"Apa yang buat hang nak panjat tinggi-tinggi? Kalau jatuh tak ke naya?" soal Naqi lagi.

"Dah tu siap luka-luka lagi. Calar lah bagai." sambung Naqi lagi.








"Naqi, bukak selipar hang." suruh Najmi seraya membuka seliparnya.

"Apahal?" Naqi hairan.

"Kau nampak titi tu? Yang kat hujung tu?"

Najmi tunding jarinya ke arah titi kecil yang terletak kira-kira 100 meter dari tempat mereka berada.

"Nampak. Kenapa?" soal Naqi lagi.

"Sapa sampai sana dulu dia menang." Najmi terus pecut ke arah titi tersebut.

"Woi tak aci hang lari dulu." Naqi terus mengejar Najmi.

Langkah demi langkah diayunkan Naqi.
Nafasnya makin pendek.
Namun Najmi masih jauh di depan.




"Huhhhh huhhhh. Aduhhhh... Penatnyaaaa." Naqi tarik nafas dalam-dalam. Cuba membayar balik hutang oksigennya.

"Tahulah raja pecut dulu. Memanglah hang menang." Naqi tak puas hati.

"Takdelah. Aku yang hebat sebenarnya." balas Najmi.

"Asal hang suruh aku lari?"

"Cuba hang tengok kaki hang."

Naqi angkat sebelah kakinya.

"Ada luka. Aduh pedih pulak kaki aku. Tajamnya batu kerikil ni."

"Eh, tadi masa lari hang tak rasa sakit ke?" soal Najmi. Naqi terdiam. Kemudian Naqi geleng perlahan.

"Macam tulah hidup kita Naqi." sambung Najmi.

"Kalau hang fokus nak kejar kejayaan, nak kejar akhirat, hang takkan rasa sakit masa hang nak capai target hang.

Macam hang lari tadi. Fokus hang nak kejar aku kan?

Hang tak rasa pun batu-batu ni halang hang untuk terus kejar aku.

Yang hang tahu, hang nak juga kejar aku.

Tapi bila hang dah sampai, baru hang sedar sakit-sakit masa hang nak pergi sini.

Sama je macam hidup hang.

Kalau hang fokus nak kejar akhirat, hang tak rasa pun ujian yang datang ni jadi batu pemberat untuk hang.

Ujian yang datang tu hang boleh tepis gitu je.

Aku tak rasa gayat atau sakit bila panjat pokok sebab aku gembira duduk kat atas sana.

Aku boleh tengok bumi dari tempat yang tinggi.

Tapi takpelah. Yang penting aku lagi hebat dari hang. Hahahaha"

Najmi dan Naqi gelak

"Hang jarang give up buat benda yang hang suka."

"Salah tu. Aku give up juga. Tapi aku tak tunjuk. Aku buat benda lain, yang lagi besar dari benda yang aku gave up on tu."

"Kenapa aku tak pernah nampak hang depress eh? I means, hang tak pernah rasa sedih ke? Ke hang memang tak pernah ada masalah?"

"Bila masa pula aku tak pernah depress ni?" Najmi soal balik


"Tak bukan tak pernah sedih. Tapi hang tak tunjuk. Tapi aku masih boleh detect lah pasai senyum hang lain macam masa sedih.

"Aku tak tunjuk, sebab aku tak nak orang simpati pada aku. Aku nak usaha sendiri.

Orang boleh cakap apa mereka suka. Tapi mereka takkan faham.

Sebab mereka tak rasa.

Aku malas dah nak fikir sangat masalah aku.

Sebab bila aku fikir, sedih aku berganda.

So lebih baik aku biar je. Follow the flow gitu.

Sebab Allah kan dah atur hidup kita. "





.

.....

.....................



But i'm still keep on praying.
Pray for you.
Pray that you'll never give up on me.

And so me.
Pray for myself.
Pray that i'll never give up on you.

......

...

.

2 comments:

  1. Kau broken lagi ke jemi

    ReplyDelete
  2. Mabruk ala this short story akh.. senang faham.. mcm Baru sedar selama in sy selalu Sgt fed up before sy mula apa2.. haihh

    ReplyDelete

Labels

Perasaanku (17) Sayang (11) Ujian (11) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX