Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Thursday, September 13, 2018

Percarian




Rose pandang kiri kanan. Orang ramai lalu lalang, sibuk dengan urusan masing-masing. Sedang dia termenung di kerusi, memerhatikan pesawat mendarat dan berlepas di Terminal 5.

Penerbangan 7 jam yang memenatkan. Rose toleh jam di tangan, jam pemberian Najmi 2 tahun lepas masih elok di pergelangan tangan. Dia senyum sendiri.

Tak lama kemudian Najmi duduk dihadapannya. Rose angkat kepala. Sengih. Dia alihkan rambut yang menutup sebahagian mukanya.

"Long time no see. Haha."

"Yeah, almost 9 month."

"10 days more and you can get a baby."

"HAHAHAHA"

We laughed.

Masing-masing senyum. Pertemuan kali terakhir pada hujung tahun yang lepas, di Sydney.

"Come on. Let's go to Putrajaya."

Najmi segera menarik bagasi Rose menuju ke tempat parkir kereta.
Rose mengekor dari belakang.

.
Masjid Putrajaya

.
.
.
.

"Suka ke lepak sini?"
"Suka tengok tasik je."

Rose diam.

"Sometimes tengok tasik yang tenang ni pun boleh damaikan hati kita." Rose angguk.

"Air tasik yang tenang ni juga pantulkan cahaya. Sama bentuk." Rose sambung.

"Jadi?"

"Apa yang kita tunjuk, adalah cerminan dalaman kita juga." Kalini Najmi pula angguk kepala.

"Apa yang awak cari dalam hidup?" Najmi toleh kepala, keningnya diangkat sebelah, gaya The Rock.

"Kenapa tanya macam tu?"

"Sebab ada orang yang suka buat suka hati. Macam dunia ni dia yang punya."

"Hmmm. Saya cari ketenangan."

"Macam mana nak cari ketenangan?"

"Cari tuhan. Kenal tuhan."

Rose terdiam.


Orang tegur sebab sayang, tapi seringkali kita rasa hak kita dikekang.
Kau buat segala bagai dunia kau yang punya, bila dah tersungkur baru kau mengaku diri kau hamba.
Kau mahu segala benda sama seperti semua orang, tapi kau tak  pernah mengukur kemampuan diri kau seorang.

Sudahlah, cukuplah berkeras hati.

Ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.
Kebebasan yang kau cari itu sebenarnya penuh dengan kesempitan yang kau tak sedar.
Rasa bahagia dengan benda batil itu sebenarnya rasa terseksa yang kau kejar.
Rasa sunyi yang kau kononnya sedang alami sebenarnya penuh hingar bingar.

Kenapa gusar bila ada masalah hati?
Sedangkan diri sendiri jauh dari Ilahi.



Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan 
Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada 
kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan 
orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran 
tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir 
yang terlantar,dan juga hamba yang kamu miliki. 

Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang 
sombong takbur dan membangga-bangga diri.

An-Nisa' 4:36


.
.
.
.
.



Kita bukan asal kita.
Dari mana kita datang, tak menentukan kita pulang di mana.
Yang mencorak langit kita adalah kita.
Lukisan kita adalah takdir kita.
Berjaya atau tidak bukan hak kita,
Tapi yang kuasa

:')



2 comments:

  1. — « Le Mahdi apparaĆ®tra Ć  la fin du monde.

    ReplyDelete

Labels

Perasaanku (17) Sayang (11) Ujian (11) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX