Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Friday, August 25, 2017

Feelin' Bad


I took this picture by myself using my iPhone SE.




When you read this, please do this :
Song ; Green Pastures
Emotion : Crying
Open it and hear it while reading.

Entri ni bukan entri yang bermanfaat.
Bukan juga mengandungi apa-apa info tentang sekolah, negara mahupun ikan di laut.
So kalau nak baca, baca.
Kalau taknak, scroll bawah dan baca entry lain.

Atau komen lah sikit.
Korang ni malas betul. 
Bagilah aku semangat sikit nak terus menulis.

***************************************************************

Entri ni sekadar coretan aku.

Tentang apa yang aku rasa.

Tentang apa yang aku nak luah.

Sebab ni kan medan aku berkongsi rasa.

Orang kata, apa yang kau buat, kau akan dapat balik.

Maksudnya, kalau kau buat jahat kat orang lain, orang lain akan buat jahat pada kau.
Kalau kau buat baik kat orang lain, orang lain akan buat baik pada kau.

Mungkin orang yang buat jahat atau buat baik pada kau tu bukan orang yang kau buat jahat atau baik padanya.



Tapi, kau akan tetap dapat balasannya.

Tapi setakat apa yang aku dapat, sebaliknya.

Aku buat baik pada orang lain, tapi orang lain buat jahat pada aku. Aniaya aku.

*******************

Aku cuba jadi baik. Setidaknya aku dah tak sedajal dulu.

Aku dah tundukkan pandangan bila berselisih dengan perempuan dekat kaki lima.

Aku dah tak rapat dengan perempuan.

Aku cuba pastikan aku sentiasa ada wudhu.

Aku tengok video kuliah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.

Sampai aku download video dia dalam youtube masuk dalam laptop aku.

Semua qasidah, ayat quran yang dia baca, aku save. Masuk dalam tuan muda iPod.

Aku dah mula hafal al-Quran. Aku dah mula belajar baca wirid, baca doa selepas solat.

Aku solat malam. Hari-hari solat taubat. Solat tahajjud.

Tak aku bukan nak tunjuk ibadah aku. Konon macam aku bagus sangat dari korang.

Jangan salah faham.

Aku nak cakap, kenapa aku buat baik, tapi masih banyak keburukkan yang aku kena?

Ibadah aku tak sempurna ke? Mungkin.
Aku buat nak menunjuk? Mungkin.
Aku berubah sebab manusia? Mungkin.

Ah, tu saja kemungkinan yang aku terfikir.



***********************

Aku belajar setia.
Sebab aku takut ditipu.
Aku takut adik-beradik aku dapat partner yang tak setia

Aku masih ingat tarikh tu.
14 Jun.
Janji kau untuk 9 tahun.

Aku setia.
Tapi.
Hahaha kelakar.
Aku pulak yang kena.
Betullah orang kata juga.

Kadang kita elok dah nak berubah,
Tapi orang sekeliling yang buat kita makin taknak berubah.

****************

"Kita ada apa-apa ke?"


****************

sampai satu masa tu, aku rasa aku dah jatuh atas kaki aku sendiri
aku rasa aku dah tak mampu bangun lagi dah
aku dah tak mampu nak menangis lagi dah
aku dah tak nak jumpa siapa-siapa lagi dah
aku nak hilang ingatan 
aku macam hilang semua benda
hatta semangat untuk terus hidup
tapi Allah sayang aku lagi
 kalau ikutkan aku dah padam dah
tapi Allah izinkan aku untuk terus menyala






Aku cuba cari silap aku.
Tapi aku tak jumpa.
Okey sebenarnya apa salah aku?
3 kali benda sama.






Kalau al-Quran kata perempuan baik untuk lelaki baik
Perempuan jahat untuk lelaki jahat
Maka aku terfikir.
Aku jahat ke?









1 comment:

  1. "you deserve better" ni alasn klise nak putuskan hububgan. Padahal boleh je latih diri untuk saling menerima. Doa bebanyak wick mne tau hati dia terbukak

    ReplyDelete

Labels

Perasaanku (17) Sayang (11) Ujian (11) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX