Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Sunday, April 19, 2015

Ujian kehidupan perkara biasa




"Hidup kita ni macam di atas kapal"
"Maksud kau?"
"Kapal, erm siapa yg mengemudi? "
"Nakhoda"
"Nakhoda itu adalah kita"
"Lagi."
"Kapal itu adalah perlakuan kita, kita kena kemudi kapal dengan betul"
"Kalau salah kemudi?"
"Hanyut. Kita akan hanyut.. Lebih parah, karam terus.


Ujian.....
Banyak 
Kenapa adanya ujian ?
Allah tak sayang kita ke?
Allah zalim kepada kita ke ?


"Bro, pernah doa nak jadi kuat tak ?
Pernah diuji ?Kalau pernah maknanya 
Allah dah makbulkan doa kau....."


Biasalah manusia....
Diuji sedikit, mengalah....
Dihina sikit, putus asa
Ditegur, tak puas hati


"Patutkah manusia menyangka yg mereka akn dibiarkan dgn
 hanya berkata " Kami beriman ",
 sedangkan mereka tidak diuji ( dgn sesuatu cubaan )
 29:2 

Belajar redha....
Apa itu redha ?

Redha tu bila kau berhenti tanya tuhan "Kenapa "

Kecik2 dulu pun aku pernah rasa...
Kenapa hidup menyakitkan...Kenapa cuma aku?
Dan aku fikir balik, ada jawapan untuk persoalan 'kenapa cuma aku?'

"Sebab aku luar biasa"


********


"Bro, aku kena jadi ketua kelas"
"Wah, baguslah. Aku tumpang bangga dengan akhi NajmiHunwick ni"

Aku diam.....

"Tak, aku.... aku..."
"Apa dia?"

Aku diam lagi...

"Aku takut tak dapat jalankan amanah." ujarku jujur
"Siapa yang pilih kau jadi ketua?"
"Cikgu"
"Haa, cikgu percaya kat kau, kau tak percaya kat diri kau?"
"Tak, bukan macam tu..."

Tiba2 bahuku dielus perlahan.

"Najmi, aku tahu kau tak suka di pimpin dan memimpin....Tapi cuba kau qowiy. Aku tahu kau boleh..."
"Aku takut riak"
"Hei, dengar ni. Jadi ketua bukannya satu kemuliaan. Tapi satu amanah. Suka tak suka kau kena! "

Agak agak boleh terima tak cara aku?
Kalau semua orang buat cara sama, biarlah aku lain sikit...
Baru rare....

Hidup kita ni macam kapal yang sedang belayar...
Dan kita adalah nakhodanya....

Pernah dengar nasyid Zulfan yang bertajuk Bahtera Hamba ?
Kalau tak saya sarankan anda search di Youtube dan hayati liriknya....

Aku hadam,telan semua nasihat...
Terima kasih atas ingatan...
Terutamanya dari adik tu...
Petah berkata-kata...

Tapi kalau tak ada bahasa kesat and kasar, mungkinlah lagi sedap didengar, ditelan...

Pesanan buat diri khususnya...
Menasihati masa marah juga kurang bagus...


"Bro, aku nak bagitau ni."
"Cakaplah."
"Tulang pinggul aku retak."

Tersentak... Dia pandang aku..

"Retak? How can it be?"
"I don't have any idea."
"So kau tak boleh bersukan lah tahun ni? "
"Nampak gaya macam tu lah."


******

Ada masa, jatuh juga satu sumber kekuatan.
Percaya?
ok mcm ni, kalau kita tak pernah jatuh, kita tahu tak mana titik kelemahan kita?
Kalau kita sentiasa di atas, kita dpt rasa tak berada di bawah?
Bila kita gagal, baru kita dpt rasa manisnya nikmat kejayaan...
Sebab tu jatuh juga sumber kekuatan

Aku amik dari pengalaman aku sendirilah....
Main hoki, asyik kena marah, maki, salah sikit kena hina...

"Woi kau buat rumah batu ke kat atas tu ?!?!"

Sampai aku dapat teguran yg agak kasar...
Felamaks, luluh hati aku dengar perkataan tu....
Tapi sejujurnya aku suka. Sangat suka....
Bila aku ulang balik ayat tu aku terharu, gembira, Kagum, terkejut, sedih dan macam2 pencampuran perasaan...

Jadi aku cuba recover balik diri aku....
Mana silap aku? Apa salah aku? Di mana kelemahan aku?
Dan aku perbaiki kelemahan itu, ejekan aku jadikan pendorong....
Hasilnya, aku berjaya menjaringkan 6 gol pada tahun 2014....
*bukan nak puji diri sendiri hebat, tapi cuba cari sudut positif okeh?

Kawan,
Kekuatan sebenar kita bila kita tak rasa bangun qiamullail tu satu bebanan.
Bila kerja dakwah yg susah itu masih dirasa satu nikmat.
Sebab bukan semua orang dpt rasa nikmatnya dakwah tarbiyah.
Jadi, sebagai yg terpilih,
kenapa sikit sangat bersyukur

-mato-


Jika kita memikirkan di sebalik kesusahan pasti akan ada kesenangan , kenikmatan atau keriangan, maka sisi tersebut boleh menyebabkan kita semakin hampir dengan-Nya.

Ganjaran bagi orang yang bertaubat dari lumpur dosa itu hanyalah syurga...

Banyak mana pun dosa kita pernah buat Allah sedia untuk ampunkan.
Tapi syaratnya satulah...
Minta pengampunan tu pada Dia. Allah tu ghaffur.... Maha pengampun....
Dosa besar bumi pun, keampunan Allah lebih luas

Tergelincir ke gelombang maksiat bukan alasan untuk terus duduk...
Keluar dari maksiat tu. bersihkan diri...
Ingat, keampunan Allah itukan jauh lebih luas...
Yakinlah, Allah tak pernah mungkir janji.

Kalau sibuk dengan study, kerja rumah, sukan sekalipun, solat jangan tinggal...
Baca Quran paling kurang sehari satu muka surat. Boleh? (pesanan buat diri sendiri khususnya)
Jatuh banyak kali pun bukan alasan tak boleh bangun semula.
Okey? Senyum =)


"Aku bukan malaikat. Aku bukan nabi. Aku ada dosa. Jangan puja aku, aku tak layak dipuja. Jangan agungkan aku, kelak kau kecewa."

Friday, March 13, 2015

Dulu....




Harini tak ada niat nak post entry pun...
Tapi sebab ada permintaan yg tak berhenti dari pembaca,
aku pun cuba tulis... tapi tak banyak....sebab nak simpan idea untuk entry yg akan datang
Benda dah tertanam...
Cuba cari balik apa.....
Tanya pada diri... iman apa khabar?


Aku penat, lalu aku tanggalkan earphone.

Laptop aku matikan. Topi dan cermin mata hitam aku tanggalkan....
Jam tangan aku longgarkan...bukak,, campak atas katil...
rebahkan badan atas katil...
pejam mata.

Kadang bukan apa.... aku cuma nak kongsi.
Sebab dgn Menulis ada lelah yang aku luah.
Ada penat yg brubah jd kuat

Cuma dlm kesibukan, jgn lupa dua perkara

Satu
Jgn lupa urusan kita sebagai hamba.
Jgn lupa tugas kita sebagai hamba.

Dua
Jgn lupa urusan kita sebagai manusia.
Jaga hak hak manusia di sekeliling kita.


moga2 dlm kesibukan terselit juga bahagia.
sebabnya bahgia ada dalam banyak cara

Dah, jgnlah sedih bila ditimpa musibah.
Kita kan ada Allah.
Dia tak pernah tinggakan kita.
Jadi kau jangan tinggalkan Allah

Walaupun manusia,kawan2 kita lain jauhi kita. 
Walaupun manusia lain bencikan kita. 
Walaupun orang yang kita sayang tinggalkan kita.
Yakin dan percayalah Allah masih setia bersama kita

Tangan kanan sentuh dada. Sakit. Pejam mata kuat kuat.
Lafazkan, walau perlahan....


"Sangka baik dgn Allah. Walau mati di tengah jalan, pasti segalanya 
sudah tertulis Dalam aturan. Bahawa segala yang berlaku,
Pasti ada hikmahnya yang aku sendiri
belum tahu.
Yakin,
Allah itu tak pernah salah"

-Nik Haseef Irsyad aka Chad-

Aku minta maaf.
Aku kurang sihat.
Tak larat nak buat entri ni jd menarik dan banyak pengisian.
Maaf.
tapi, tak....
Aku takkan give up.
Selagi diberi kekuatan,selagi tu takde alasan untuk aku berhenti

Dan aku nak beritahu...
Yang ini bukan entry mintak simpati.
Cuma saja2 nak berkongsi cerita...
Dah tak tahan terbuku lama dlm dada...

kalau aku nak mintak simpati dah lama aku tweet, buat moment, update status betapa sakit bila diuji dengan ujian kesihatan

Aku nak minta maaf sebab tak selalunya bersikap matang.
Aku nak minta maaf bila tweet aku lebih kepada unsur syok sendiri.
Aku nak minta maaf sebab ego ni kadang kadang tak terbendung
Aku nak minta maaf bila ada mesej yang tak terbalas

Maafkan aku atas semua perkara.
Dah,
Janganlah risau,
sakit ni tak serius.

Kawan,
kalau suatu hari aku mati nanti, boleh tak tolong doakan aku?
Aku bukanlah seorag yg tegas. Bukan juga seorang yg kuat berdakwah
Aku pun pernah lalui zaman jahiliyah.
Aku pernah rasa dikongkong buat sesuatu...
Tapi aku buat juga senyap2, biar takde siapa yang tahu...

Aku pernah kena panggil dengan cikgu, masa darjah enam.
'Baru nak kenal dunia' kononnya.
Aku...
ah malas pula nak cerita...
Sebab masa tu semua benda aku dan kawan2 nak cuba...
Termasuklah benda yang Allah tak redha.
Anak cikgu pun terlibat sama.

Aku pernah dipukul, dirotan, disebat, dilempang, dan macam2 lah...
Konon nak 'basuh' aku.
Tapi tu cuma buat aku lagi bencikan apa yang Rasulullah bawa.
Kekasaran org 'agama' lah yg menjauhkan aku dari agama.

Dan, ya
Aku masih tak puas hati.
Perkara tu buat aku benci dakwah tarbiyah.
Aku mula benci Islam.
Aku dah benci so called ustaz ustazah
Aku sangat benci org yang mengaku dia pendakwah

Tapi akhirnya ada orang yang sudi, sudi genggam tangan aku lagi.
Sudi untuk pimpin tangan aku. Sudi berjalan dengan aku.
Sudi teman aku kembali semula kepada fitrah manusia,
sukakan kebaikan

Dakwah dia guna kelembutam
Dakwah dia gunakan kasih sayang
Dakwah dia ajarkan aku betapa Allah tu tak zalim dan kejam
Dia beritahu aku Allah terima taubat setiap hambanya
Dia yakinkan aku bahawa pintu rahmat Allah tu luas seluas luasnya
Dan aku mula berpegang pada
Kekerasan takkan boleh melembutkan yang keras...
tapi memeceahkan


Dengan kesabaran dan hikmah, yg pecah tu dicantumkan balik.
lalu dibentuk menjadi sesuatu yg berharga 

Dalam berdakwah perlukan masa.
Dalam berdakwah perlukan tenaga.
Dalam berdakwah perlukan kesabaran
Dalam berdakwah perlukan ilmu
Bukan boleh ikut suka


Cara dakwah yg betul betul hebat baru dapat meresap ke dalam hati...
Macam apa yang nabi Muhammad Saw buat dahulu...


**********

Dah dekat musim periksa...
mohon doakan aku...

Jangan marah kalau aku tak balas email...

Mungkin masa tu aku tengah periksa....
Sama ada periksa di dunia...
atau
Periksa dalam alam kubur

Labels

Perasaanku (20) Sayang (14) Ujian (13) Semangat (7) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)