Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Sunday, February 21, 2021

Cerita



Laut birumu, kujadikan langit.
Ikan-ikan mu, kujadikan bintang-bintang.
Rumpai air mu, kujadikan awan-awan.
Gelodak ombakmu, kujadikan tiupan angin.

Aku termenung seorang diri. Sambil-sambil menguis-kuis batu kecil dengan hujung sepatu.
Teringat bait-bait ayat yang dilontarkan oleh Elina sebentar tadi.
Ayat yang diungkapkan sebelum susuk badannya hilang dicelah-celah tubuh manusia di ibu kota.

"Kalau ada apa-apa yang kau nak cerita, terus. Call je aku. Nombor telefon aku pun kau ada.  Rumah aku juga kau tahu kat mana. Kenapa nak simpan sorang? Kenapa nak siksa diri kau sorang?"

Aku angguk perlahan.

"Kau boleh simpan, tapi kau tak boleh tahan. Kau boleh tahan, tapi sampai bila?"
"Sampai jasad bersemadi?"
"Kau ego."

Aku tersentak.

Entah apa yang menyebal di dada. Terasa sungguh menyesakkan.
Entah apa yang nak dikata. Terasa seperti tak terluah.

Bukankah kita ada cerita, yang tersimpan rapi di dalam kotak hati.
Cerita yang berduri, yang menyakitkan setiap kali mahu ditarik keluar.




Aku tahu, ada dikalangan kamu yang mahu meluah. Tapi tak tahu pada siapa.
Ada yang dah tak tahu nak luah apa, hanya mampu mengeluarkan tangis.

Dan ini adalah satu peluang untuk kamu.
Aku sudi mendengar, aku sudi membaca, aku sudi berkongsi rasa.
Jangan malu jangan segan, aku akan berusaha terbaik untuk tidak menghakimi.

Siapa yang ada akaun sosial, teruslah mesej. Yang tiada, sila email kepada aku melalui email ini.
Bukankah masalah yang menimpa itu juga adalah satu ujian?

Hari-hari yang berlalu.
Membawa seribu sejuta cerita.
Tinggal aku terus menghitung detik-detik waktu.
Melewati batas usia.
Mengharungi onak dan duri. 
Pun begitu, hari-hari yang ditinggalkan,
Akan terus dikenang.
Dan bersemadi dilubuk hati.
Untuk menjadi bekalan.
Pada hari yang bernama esok.


No comments:

Post a Comment

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)