Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Friday, June 1, 2018

Catharsis

Banyak yang jadi pada diri kerdil ini.
Banyak juga persoalan yang terbit dari ulas bibir ini.
Banyak pertimbangan yang dibuat demi memilih pilihan yang tepat.

Namun tak juga rasa itu yang terbaik.

Tuhan, berilah aku petunjuk.
Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui, sedangkan aku cumalah Hamba-Mu yang lemah.





Kita semua ada cerita kita yang tersendiri.
Kisah yang kita simpan rapi di dalam hati.
Kisah yang kita rasa nak ada orang yang tahu, tapi kita sendiri tak kuat untuk meluahkan isi hati.

Kita semua mesti pernah rasa kan?

Ada masa, kita rasa kita nak semua benda.
Ada masa, kita buat pilihan bukan atas kehendak kita.
Ada masa, kita sendiri tak tahu apa yang kita buat.
Kita cuma buat benda yang kita rasa nak buat.
Apa yang badan kita buat.
Apa yang otak arah tubuh untuk berinteraksi, walhal tiada dalam pemikiran yang waras.

Banyak kali, kita rasa kita tahu semua benda.
Tapi hakikatnya kau tak tahu apa.
Makin kau cuba untuk ambil tahu, makin banyak yang kau tak tahu.

Ada masa bila pilihan yang kita ada cuma hidup dan mati.
Teruskan atau berhenti.

Dan kita tetap tak tahu nak pilih apa.


Semua orang buat silap, tapi untuk terus berada dalam kesilapan itu pilihan.

Kadang-kadang kau sendiri tak tahu kekuatan diri kau. Sampailah jadi kuat cuma pilihan yang kau ada.

Pernah rasa, bila tiba saatnya kau buat sesuatu kerana terpaksa.
Bukan paksaan secara kasar tapi paksaan secara halus.
Mungkin persekitaran kau yang memaksa, atau atas faktor rakan, keluarga, diri kau dan mungkin juga sebab kau dah diracuni dengan pelbagai pemikiran.
Akhirnya kau buat sesuatu kerana terpaksa, atau itu sahaja pilihan yang kau ada.

Ujian setiap orang tak sama.

Sering kita kata "Ah, aku pun rasa benda yang sama."

Tak, serious. Kau tak faham. Dan kau takkan pernah faham.

Mungkin kau lalui benda yang sama, tapi itu cumalah ujian yang sama.
Kau tak pertimbangkan ujian lain yang dia sedang hadapi, yang kau tak tahu.

Kau cuma mampu pesan untuk kuatkan hati, sabar dan tabah. Kemudian kau pergi.
It's how its really work?


Peristiwa-peristiwa tak terjangka yang berlaku secara tiba-tiba, ditambah pula dengan beberapa tuntutan mendesak, sungguh buat aku rasa serba tak kena.
Sungguh buat aku rasa dihimpit dalam dilema.

Apa boleh buat? Hidup perlukan pengorbanan.
Bagi aku, memilih untuk melakukan sesuatu pengorbanan juga adalah pengorbanan.

Maka apa yang perlu aku pilih.

Bila tiba masa untuk berfikir secara rasional namun terbeban dengan masalah yang menyengat otak begitu sukar.

Aku keliru.
Ini soal hidup aku.
Ini masa depan aku.
Yang pilih adalah aku.

Ya, aku.


Jauh di sudut hati aku tak mahu membuat sesuatu keputusan yang membahayakan masa depan aku sendiri.
Aku tak mahu dihimpit penyesalan kerana membuat keputusan terburu-buru.

Namun aku kesuntukkan masa. Masa aku bagai diperah-perah.
Pada masa yang sama aku perlu buat keputusan secepatnya.

Dalam kehidupan yang pendek ini, tak ternafi ada banyak penyesalan.
Kadang bukan sebab apa yang kita pilih, tapi sebab peluang yang kita tak ambil.
Kadang bukan sebab kita putus asa, tapi sebab kita tak usaha sampai ke akhir.

Akhirnya kita rasa sesuatu yang tak terungkap oleh kata-kata jauh di sudut hati.
Rasa yang menyelubungi jiwa, menambah sebal di dada.
Perasaan  yang kau tak tahu nak luah macam mana.
Cuma kau yang tahu. Cuma kau.


And there is no catharsis, no remedy to cure my ill.



.

No comments:

Post a Comment

Labels

Perasaanku (17) Sayang (11) Ujian (11) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX