Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Wednesday, March 14, 2018

Yang Lalu

Kadang tak terasa. Masa yang berlari terlalu laju.
Kadang tak terasa. Banyak benda yang dah diperlaku.
Kadang tak terasa. Masih ada yang tak dilaku.

Ada yang datang, ada yang pergi.
Ada yang lahir, ada yang meninggal dunia.

Itu biasa.

Inilah kehidupan.

Exuberance. Nama batch aku. Batch 2013-2017.
Tak terasa kan? Dah habis tempoh 5 tahun bersama-sama.

Apa kau ingat lagi?
Segala kenangan yang kita bina bersama?

Saat belajar bersama-sama di dalam perpustakaan.
Saat makan bersama-sama di dewan makan.
Saat beriadah di padang mengeluarkan peluh.
Saat bersama-sama bersorak memberi semangat pada atlet rumah sukan.
Saat bersama-sama di dalam dorm, makan, belajar, gotong-royong.
Saat kita bersama-sama pergi ke Kuala Lumpur.
Saat kita menikmati makan malam beramai-ramai.
Saat sama-sama-sama beratur di perhimpunan pagi.

Ah, nak ditulis semua kenangan sampai bila pun tak habis.
Terlalu banyak, terlalu rumit untuk dirungkai dengan kata.

Biarlah segala kenangan itu bermain di kepala.
Kalian banyak memberi cuitan indah dalam hidup aku.



Terima Kasih jadi classmate yang gila.
Setiap telatah kalian buat aku terhibur.
Tipu kalau aku cakap aku tak rindu.
Tapi benda dah berlaku.
Simpan saja dalam
memori sepanjang
hayat.

5 As Syafie - Malam Seribu Kenangan

Terima kasih sebab jadi deksmate yang best!
Tolong kejut bila aku terlelap.
Tolong kongsi makanan.
Tolong kongsi idea.
Dan untuk,semua
kenangan 
itu.


Deksmate 2017


 Terima kasih sebab bagi peluang untuk aku berbakti.
Walaupun tiada jawatan dalam organisasi rumah.
Tapi masih aku nak ucap terima kasih.
Sebab bagi aku ruang sebanyaknya.
Beri mata bila tiba sukantara 
dan sukan tahunan
juga rentas
desa.


Merentas Desa 2017


Terima kasih sebab bantu aku dalam subjek biologi.
Usaha kita memang banyak, banyak lagi usaha
cikgu. Sanggup buat kelas masa cuti.
Sanggup check segala tugasan
yang diberi. Sangup bagi
penjelasan bagi yang
ragu. Semua itu
tinggi nilainya.

ALL THE BEST BIO with Cikgu Aqilah


Terima Kasih sebab sudi datang ke sekolah ini.
Sudi kembangkan empayar kuning merah.
Sudi merapatkan ukhuwah yang
mahal harganya. Moga
berjumpa lagi.


Jalinan 2 Rumah Kuning ft Merah SASEM ft SEHEBAT

Kuning warna diraja. Ah, aku?
Raja korang. Haha.
Kelakar?

Tuanku Hisamuddin (SASEM) ft Topaz (SEHEBAT)


Sungguh tak sangka, sebelum ni nampak di youtube sahaja.
Tapi kali ini dapat jumpa depan mata. Terima kasih.
Sebab pertemukan aku dengan orang yang 
tinggi ilmunya.(selain muka iras ayah aku)
Terima kasih sebab kongsi ilmu.
Terima kasih ustaz atas ayat
itu. Akan ku pegang 
hingga akhir
hayatku.

Ikon Remaja Bank Rakyat Ustaz Don Daniyal


Kalian memang havoc! 
Peramah dan mudah bergaul.

Kolaboratif SPM 2017


Terima kasih sebab berkongsi ilmu yang berbeza.
Nyata satu soalan punya pelbagai jalan 
penyelesaian. Aku belajar juga,
tak semestinya satu masalah
cuma satu sahaja cara
nak selesaikan.
Tapi banyak.
Kena cari.


Kolaboratif SPM 2017

Aku mungkin tak rapat dengan semua. Tapi semua buat aku rapat.
Tiap dari kalian bawa satu makna berbeza.
Moga berjaya di dalam hidup.
Semoga bertemu lagi.
Salam sayang,
najmihunwick

Exuberance 1317

Kadang bukan apa.

Dah terlalu penat memendam rasa.
Memendam rasa yang semakin membungkam.
Menelan pahit setiap kenangan.
Menahan perit merindu yang tak berharga.

Buang sahaja perasaan itu.
Matikan sahaja hati itu.
Padam sahaja segala kenangan.
Lupakan sahaja segala memori indah.

Hati itu sudah parah.
Hati itu sudah banyak luka.


Biarkanlah luka itu, ubatilah dengan perkara lain.

Terima kasih atas semua kenangan.
Semoga berjumpa lagi.
Fii Hifzillah.



Hargai apa yang ada di depan mata.
Jangan dicari apa yang belum tentu jumpa.

1 comment:

  1. Hmmmm, I'm touched. Semoga berjaya juga Najmi Hunwick.

    ReplyDelete

Labels

Perasaanku (17) Sayang (11) Ujian (11) Semangat (5) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)

DAPATKAN PROFIX

Image result for profix

Ingin mengatasi masalah wajah berlubang? Ingin menghilangkan bekas parut jerawat dan muka berminyak? Saya mencadangkan anda untuk mencuba produk Profix Vitamin E Untuk Muka sekarang.

>>> PROFIX