Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Saturday, March 18, 2017

Sakit



Semua orang pernah rasa sakit.

Sakitnya kulit dihiris pisau.
Sakitnya berkhatan.
Sakitnya bahu terseliuh.
Sakitnya bila dilanggar orang.
Sakitnya dirotan oleh ayah.
Sakitnya tersadung batu dan terjatuh.

Dan sakitnya hati bila dilukai oleh orang yang kita sayang. :)

Aku kira, hampir semua orang pernah rasa sakit.
Dan ketahuilah bahawa sakit tu bukan saja-saja kau dapat.
Pastinya ada hikmah yang mengikut, yang kau tak perasan

Contoh mudah aku bagi.
Bila kau sakit, kau akan lebih ingat tuhan.
Betul tak?

Masa sakit lah kau akan lebih banyak berdoa pada tuhan.
Masa yang tiba-tiba kau boleh buat lebih banyak solat sunat, solat hajat, minta disembuhkan.
Benda yang mendekatkan kau pada tuhan semua kau buat.
Benda yang kau tak buat masa kau sihat, tapi kau buat masa kau sakit

Tu tanda Allah rindu.
Sakit tu kan penghapus dosa.

Rasa-rasa kalau sakit tangan tu, muhasabah balik apa yang kau buat dengan tangan kau.
Rabun ke? Mungkin sebab tengok benda yang bukan-bukan.
Tapi rilekslah. Bukan maksud aku semua yang rabun tu jenis yang tengok benda tu.

Tak semua orang nak ulang rasa sakit tu.
Lebih-lebih lagi rasa sakit hati yang terluka.
Nak sembuh tu bukan sehari dua wehh


******************


Macam kau main bola,
Semakin kuat kau baling bola semakin kuat bola tu melantun
Semakin kuat kau sayang orang semakin sakit bila kau nak lupakan.

Hipotesis diterima.

So, tanya pada diri.
Bila rasa jauh dari tuhan tu dan kau tak rasa sakit apa-apa.
Tak cukup ke cinta yang kau beri pada tuhan?


**********************


Bagi yang pernah merasa sakitnya hati terluka.
Nasihat aku, supaya jangan cepat mengalah.
Jangan terikut sangat dengan perasaan kau tu.
Kau kena kuat, kena lawan semua tu.
Dan berhati-hatilah lepas ni.
Jangan sampai terluka lagi.

Aku tahu.
Nak sembuh dari lukanya hati ni bukan benda mudah.
Memang akan amik masa.

Yelah, Macam kau tanam pokok.
Bila pokok tu dah hidup lama, mesti susah nak cabut kan?
Sebab akar dia dah sebati dengan tanah.

Macam tu juga hati kita ni.
Bila dah sayang orang, mesti susah nak lepaskan.
Bila dah selalu duduk dalam kegelapan, mseti susah nak jumpa cahaya.

Tapi percayalah.
Kau bukan tak boleh ubat hati kau tu.
Kau boleh. Sebab manusia memang doktor kepada hati dia sendiri.

Allah cakap dlm al-Quran yang dia takkan ubah nasib sesuatu kaum melainkan dia yang ubah sendiri.

Jadi boleh faham lah yang kita tentukan jalan cerita kita sendiri.
Kalau dah luka, berdarah. Takkan nak biar je?
Sapu ubat lah kan?

Kalau dah sedih, takkan nak terus jatuh? (Baca : Down)
Bangkitlah! Cari benda yang boleh cheers up kau balik.


**********************


Eves : Najmi, you know how to reduce your posibility to make sin?
Me : Tak. Apa dia?
Eves : Always remember death.
Me : *nangis


************************

Hidup ni cuma sementara.
Dunia ni cuma tempat persinggahan.
Allah dah bg hint dah pun melalui manusia tu sendiri.
Tak percaya?

Dalam hidup ni kita akan jumpa ramai orang.
Kita jumpa sorang, kita akan tinggalkan sorang.
Seorang datang pada kita, seorang tinggalkan kita.

Belajar sesuatu tak dari kehidupan sendiri?


*********************

Aku harap semua yang membaca coretan kali ini mendoakan kesihatan aku.
Sumpah aku cakap, penyakit ni buat aku menderita.
Tapi aku kira kalian tak perlu tahu apa penyakit aku.
Cukuplah kalian tahu yang ianya sudah beransur pulih.
Alhamdulillah.

Aku bersyukur sebab sakit aku selalu ingatkan aku pasal mati.
Sekurangnya, aku tak banyak buat dosa yang terang-terangan.
Harapnya lah.

Kecederaan hamstring aku datang kembali.
Buat aku tak boleh berlari deras seperti dahulu lagi.
Semoga cepat sembuh.
Nak main hoki ni, hehehe

Okaylah. Gerak dulu.

No comments:

Post a Comment

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)