Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Kelas Aku

Bila orang tanya aku

Apa perasaan kau bila ditakdirkan pergi sini? 
Kawan-kawan kau yang lain pergi sekolah sama. 
At least ada geng, kau seorang. 

Aku hanya mampu senyum. Aku tak tahu nak kata apa.
Walau jauh dalam sudut hati ada sekelumit rasa sedih yang dah lama aku buang
Aku bersyukur. Aku gembira. Aku sedih. Aku kecewa. Aku teruja.
Dah 3 tahun aku duduk sini..

Aku tak nafikan, banyak kenangan yang tercipta.
Tak kira kenangan manis ke kenangan pahit. 
Kira macam pencampuran perasaaan laa...

Kat sini la aku mula menempa nama sebagai pemain hoki.
Kat sini la aku mula jumpa pelbagai ragam manusia
Kat sini la aku tahu cara hidup berdikari
Kat sini la aku sambung karier sebagai pelari pecut (sekarang dah retire)
Kat sini la aku jadi lebih berat yakni gemuk
Kat sini la air mata aku tumpah
Kat sini la aku banyak putus asa
Kat sini juga aku banyak kali bangkit (",)


Entah kenapa aturan hidup ini sangat indah.
Cuma kita yang tak perasan.



Macam-macam perangai...
Macam-macam ragam..
Sebab kita manusia..

Ada yang annoying
Ada yang moody
Ada yang garang
Ada yang kelakar
Ada yang happy go lucky
Ada yang malas

Walau kadang-kadang menyampah, menyirap, tak suka
Tapi itulah yang menyatukan kami sekelas. Selain dinding penghalang kelas sebelah?

3IbnuKathir~ Tahun 2013-2015
Perangai yang pelbagai itulah yang menjadikan kami kawan (",)

Kelas yang banyak bagi aku kenangan manis.
Dan banyak juga buat aku sedih.
ok abaikan ahahaha

So, harini aku terbuka hati pula nak describe sorang-sorang.
Macam yang aku kata laa...
Yang send gambar kat aku je yang aku akan cerita.
Maaf kepada yang tak send gambar ya ahahaha....
Aku curi je gambar korang. Buruk tak buruk nasiblah. Siapa suruh tak bagi?


Irfan Hakim


(Irfan)
Haaa...dia ni boleh kira otai laa...
Dia ni banyak beri pendapat, dan selalunya pendapat dia diterima.
Irfan ni sukannya ragbi. Tengok badan rasanya dah boleh teka, kan?
Lagi satu, berkawan dengan dia ni best.
Suka tolong kawan. Selalu support.Belajar power dia ni...
Irfan pun jenis yang ceria, selalu ketawa ahahah


 
Ridzuan Hakim (Baju biru/putih)
(Wan)
+ridzuan hakim
Dia ni mamat poyo. ahaha
Suka nyanyi dlm kelas dan selalu salah lirik.
Aku kadang2 confuse tu suara katak ke emmm ahaha
Btw, dia ni power bab presentation.
Sejarah dia pun mantap. Dia ni pun suka tidur sambil jongket kerusi emmm aku selalu rasa nak tarik kerusi tu tapi tak sampai hati

 
Ridzuan Hakim dan Ahmad Azamuddin
 

(Azam)
Yang kanan tau yang kanan
Suka tidur tetapi berbadan sado.
Aku pun jealous ahaha
Azam ni pun main rugbi juga.. Cita-cita nak jadi askar..amiin
Kalau main bola dia ni bahagian attacker...
Selalu buat volley depan gol tapi terlebih lencong ahahaha


Hakimi dan Aidiel Hafizan

(Kimi)
Haaaa dia ni satu-satunya pengawas dalam kelas 3 Ibnu Kathir.
Even mulut cam laser dan suka cari pasal, sebenarnya hati dia baik.
Dia ni emmmm ramai peminat aihhhhh...pui pui
Kriket ni sukan dia. Power lah senang kata.
Pernah menang tempat ke-3/ke-4 kalau tak silap...



(Aidiel)
Ermmmmm....hipstur..
Berkaca mata...dia ni kaya wooooo.....
Baju semua branded hahaha...
Minat photography..hebat bab-bab amik gambar.
Pakar lompat tinggi ni maklumlah orangnya tinggi huhuhu




Naim Haziq
 

(Naim)
Abam sadduuuuuuu wuuuuuuu T,T
Hahaha dia ni pernah join hoki juga dulu. As a goalkeeper
Tapi dah berhenti dah....
Dia ni kelakar, gila-gila and bijak dalam mathematics...
Rajin je buat otot kat dorm ahahaha
Untunglah sadoooo





Farah Nabilah

(Farah)
+Farah Nabilah bt Ali
Belon....belon...belon...
Kayh tu nickname dia..Hampa nak panggil dia belon amatlah dipersilakan, hehe
Belon ni budak debate, so dia agak petahlah mematahkan hujah korang.
Cepat kahwin tau Belon...and jangan bagitahu husband yang awak tu debaters..emmmm
Dia ni juga tergolong dalam golongan pelajar pintar sekolah...Top 5 wuuuu ahaha

 

Aimie
+Nazreen Aimie
Bila nak tinggi? haha
Kecik je budaknya. Comel. Kesukaan **** ni ehhemmmm
Untunglah ada baju Feed huhuhu untunglah huhuhu
Tahun ni dorm dia sebelah dorm aku, tapi lepas form five pindah dorm sebab senang untuk study SPM...
Aimie pindah dorm aku ahahaha
Dia ni reti main lompat jauh.. Aku tak reti huhuhu sedih ahh...
Aimie, nanti ajar aku ea?



(Afiq Irfan)
Budak pandai....Kuat makan....Suka tido? tak...orang pi riadah dia pi study
Tu pasal dia pun bijak...emmmm...
Dia ni pun pemain hoki sekolah gak emmmm..
Tapi malas datang training emmm *sorry Afiq jujur kahkah
Dia ni top 5 dalam kelas, suka ketawa and selalu juga kena kacau dengan Naim aumm aummmm




(Farahana)
Moooooo...mooooooo
Dulu ada orang panggil dia lembu tapi aku tatau kenapa tapi aku suka ikut emmm
Dia ni sangat suka dengan blur...tak blur bukan nickname orang.
Dia blur dengan apa orang cakap. Lagilah aku sebab aku kan suka cakap belit-belit ahahaha sorry
Dia ni kekadang tolong aku selesaikan kira-kira (baca : Mathematics) kernaku malas nak mengira sebenarnya en


 

Haiqal Haqim
Dia ni power main bola. Banyak skill
Doodle pun terror juga. Belajar pun mantap.. Mathematics dia power huhuhu
Rambut dia smart kot. Sebab dia ni kelakar, selalu kena kacau dengan gurlzzz
Malu-malu kucing jadinya Haiqal ni hohoho




(Farahin)
+Nur Farahin
Haaa dia ni selalu tolong orang.
Contohnya kalau ada hiasan ke apa ke dia laaa yang suka. Lagi-lagi bab memotong, tampal, gam
Kekadang en aku buli potong something then aku tampal kat diari aku ahaha
Aku tak panggil dia Farahin tapi aku panggil dia Faain ehehehe tataulah kenapa...
Btw, emmm jaga relay dengan abam badar ehh ahahaha



(Izzatul Fitri)
Nak duduk dengan dia kau kena jaga-jaga, siap segala anggota badan.
Maklumlah dia ni ganas sikit en emmmmmm ahaha
Taekwondo dia ni expert...Netball pun power gak...Olahraga pun power gak emmm...
Senang pasal sukan dia dia power lahh...
Ni ni ceria je selalu dan faham perasaan orang lain.
Senang berkawan dengan dia.. Lagi-lagi bab menolong orang kan emmmm dia jadi posto aku, aku jadi posto dia...




Fakhruddin Naqib
+Fakhruddin Naqib
Naqibudin...hoohohoho tu nickname Naqib yang hanya aku je boleh pakai. copyright najmihunwick
Naqib bila kita nak jumpa eh aku rindu kau lah emmmm ahaha
Aku jealous dengan Naqibudin ni sebab rambut dia ni panjang sangat sampai lantai hidung emmm tapi tak pernah kantoi
Dia ni yang tolong aku masa jari aku terpotong kena kipas kat surau huhuhu




 


Eiza Farzana
+nana farzana
Emmmm bila kau nak tinggi Eiza? hehehehe
Dia ni kalau bab membentang boleh kira no 2 laaaa belakang Wan ahaha
Kau tengok jelah time dia berlatih before presentation. Kuaddd mak aihhh
So aku tak dengar pun masa dia present, sebab dah dengar dulu masa training..
Maaf dik ahahaha


 


Nurul Nadhirah
Emmm budak ni power main chess.
Pendiam baik je orangnya. Tapi macam biasa jugalh.
Study hebat...Dia pun ahli SPBT juga....
Susah nak dengar suara dia ni sebenarnya ahaha mahal kot hohoho
Dia ni pun gelak kelakar haha

Eiza dan Atiqah
 


Atiqah Amir
Emmmm dulu aku dengan Azam suka dijeling dengan dia ni kuikui ahahaha
Takdelah. Masa form one dia asyik menjeling orang je. Nak pandang tak toleh kepala
Jeling jeling kau menjeling~ opps maaf ter-nyanyi
Azam kata dia ni suka buat jelingan maut ahahaha
Tak kisahlah. Dia ni dulu lebih tinggi dari aku tapi sekarang aku pulak lagi tinggi walaupun lebih sikit je *kesatairmata
Dia ni pun macam Jiha, Garang emmmmm
Awak jangan garang-garang sangat kekekekeke


 

Amanina
+nur amanina
Comel kan? kan? kan?
Ermmmmm dia ni kadang-kadang kena sakat dengan aku ahaha
Maklumlah dia ni istimewa dalam kelas 3 kathir ehemmm taknak mention laaa
Aku suka dengar dia gelak sebab emmm macam kelakar lah dia gelak.
Kadang lawak dia tu hambar tapi aku tolong ketawakan sebab tak tahan dengar dia gelak ahahaha
Maaf maaf
Selalu support aku dalam aviation tapi kesian aku tak selalu tunjuk aku support dia.
Ehemmm Amanina, saya support awak dalam doa...Jangan sedih XP



Adli Ariff
+Adli Ariff 
Dia ni atlet memanah, sunah nabi tu.
Dia pernah ajar aku main sukan memanah ni, tiga shot je aku buat.
Lenguh tangan huhuhuh tapi dia dah biasa so tak rasa apa dah.
Dia ni pun macam Aidiel juga, suka photography..
Terpilih #tonechaser kau ahahaah tahniah..


Atiqah dan Amira
 


Amira Syahira
Gelak dia ni kadang melebih kadang kelakar.
Kalau bercerita tak pernah tak beria. Mesti punya beria.
Lepas tu gelak ahahahaha... Tapi cerita dia aku selalu juga lah hambarkan hahaha
Tapi bila dia cerita pasal aviation or mato memang aku amik serious lah ahahaha
Dia ni suka selfie. Aku pernah dengar 8GB tak cukup untuk dia selfie.
Sampai rosak phone dia ahahahaaha padan muka lain kali selfie dengan aku baru tak rosak phone.
Retak je ahaha.
Kalau nak dengar cerita dengan intonasi yang memberangsangkan kau cari je dia.
Confirm dia cerita dengan penuh kekhusyukkan....


Amni Amirah
Suka kucing ahaha
Selalu bersin acah comel dan aku selalu tertanya-tanya
Dia ni bersin tapi suka kucing, tak alah ke?
Emmmm kat kelas dia ni pendiam tapi cuba kalau kau chat dengan dia.
Emmmm lain sangat. Lagilah aku pernah terserempak dia melompat keluar dari bilik ERT sambil pegang sudip dan lengkap pakai apron ahahaha
Emmmm dia ni ganas masa tak ada lelaki ahaha


Nazrul Aiman
Budak bola.... Selalunya annoying dan suka buat lawak bodoh
Tapi lawak bodoh tu juga yang buat kitaorang ketawa ahaaha
Dia ni suka juga buat cerita tapi kebanyakkannya tergantung.
Emmmm tahun depan dah tak jumpa dah dia ni.
Dah pindah sekolah.
Emmm so take care huh...
Jangan nakal-nakal kat sekolah baru. Maybe kat sini kitaorang selalu kutuk kau.
Tapi bila kau tak ada confirm ada yang rindu....

 

Elyana
Budak kecik tapi bijak hohoho
Selalu kena buli dengan Wan suatu ketika dulu.
Dia ni nampak je kecik tapi atlet long distance tahu tak....
Tenaga banyak kot nak berlari... Aku pun tak larat emmmm
Suara dia pun kecik je ahaha....Rumah pun dekat nii...
Pernah nampak kat pekan tapi tak tahulah dia perasan ke tak hoho




Nabila Irany
Pendiam, tapi bijak...
Sejarah lah paling menyerlah bagi aku.
Dia ni pun macam Amni juga hahaha...
Masa ada ramai orang dalam kelas punyalah pendiam.
Tapi bila takde lelaki atau kurang orang, riuh ahahaha
Dengar cerita minat k-Pop emmmmm tak tahu laaa betul ke tidak...



  


Nazarul Fahmi
Oyeahhhhhh Fahmi....
Dia ni striker kelas ni.. Kelakar, comel....
Orang selalu kacau dia punya tahi lalat sampailah dia rimas.
At end, dia pergi buang aset dia huhuhuhu
Aku rindu ahhh ahahaha... Btw, belajar rajin-rajin tau Fahmi

 

Farisha
+far farisha
Suka gelak, suka menangis, suka tidur, suka makan
ahahahahahahahaha takdelah
Ramai-ramai budak perempuan kathir dia ni lah yang selalu jadi bahan.
Tu kira famous ke tak eh emmmmmm
Tapi aku pun tak tahu lah. Bila cerita pasal dia je ramai yang "Eiii,,,uiiii...wekkk"
Bro, u jgn suka-suki hina orang lain tau...Balik nanti u rujuk balik hadis nabi riwayat ahmad / riwayat al-Bukhari dan muslim
Tapi aku tak nampak pun apa yang "eiii uiii wekk" ahaha k hambar
p/s farisha aku back-up kau ni janganlah sedih je ahahaha


 

Allif Akmal
Orang panggil dia JOMA...*kalau tak silap Joma ni nama jenama kasut?
Biasalah orang duduk asrama. Kena something weird je kau terus dapat gelaran.
Contoh suka makan maggi, orang gelar kau maggi ahahaha
Dia ni sebenarnya muda setahun dari kiteorang. Tapi terpaksa naik setahun
Nasib hampalaaa ahahaa
Tengok badan je dah gini, sukan dia rugbi lah ahahaha...
Dia ni duduk sebelah aku. Dia ni juga selalu kena buli, kenapa?
Maybe sebab dia muda, atau sebab dia ni sangat awkward ahaha


 

Isma
+Isma Zulaika
Sis, lawa kening... hohoho
kayh suara dia ni besar. Tambah lagi dia ni nampak je pendiam tapi suka membebel.
Kecoh lahh kalau dipendekkan cerita koff koff...
Maaf Isma aku block kau sebab kau suka bagi broadcast message yang tak berfaedah wakakaka


Amiratun Najihah

Najihah
+nur amirah
Dia ni penolong ketua kelas. Banyak juga tolong aku.
Satu pasal dia ni tulisan dia ni macam komputer.
Kau bawak printer ke dalam kelas?
Dia ni garang tau emmmmm aku dulu pernah kena ugut dengan gunting emmm
Sampai sekarang tak boleh lupa emmmm aku pun sakat dia dengan gunting emmm...
Sejak dah join SPBT dengan aku ni emmm habislah kau nanti aku buli lap buku ahaha







*******************

Hahahahaha
Dengan banglanya aku tipu korang kehkehkeh
K tak jadi
-_-



**********************************************************

Buat semua yang mengenali aku dan bersama-sama sebagai classmate.
Aku minta maaf atas segala kekhilafan.
Tersalah nama ke?
terkutuk ke?
Amik barang tanpa izin ke?
Tersalah descibe ke? eh

Mungkin ada masa aku marah kau.
Mungkin ada masa aku dingin dengan kau.
Mungkin aku kurang ambil berat pasal kau.
Mungkin aku tak jalankan amanah aku sebaiknya

Tapi percayalah.
Aku marah sebab sayang.
Aku buat perangai pun bersebab.
Kalau ada perkara yang aku tak jalankan, ketahuilah.
Aku dah cuba sebaik mungkin. Dan aku tetap manusia biasa.



*******************************************************
*****************************
************
****


Kembara Mahkota Johor
  
Afiq, Azam, Najmi
 



Outing bersama



Official LAZZARRO
Cari kami di Instagram dengan #igers_lazzarro
@LazzarroClothing
Follow IG ( Instagram ) @SEMALAYSIA2000 


p/s lazzarro | keletis : Kalau ada yang tak puas hati, nak tukar gambar atau nak tambah, qoute ke apa-apa lah, boleh email kat aku.
EMAIL.... JANGAN WHATSAPP / WECHAT / TEKS AKU....

EMAIL TO : najmiamir807@gmail.com

Terima Kasih

3 comments:

  1. najmi!!!!huhuhuhu...sedihnyee...meleleh air mata aq baca...rindu kat semua org..aq pon nak mintak maaf kat kau klau slama ni aq x jalankan tugas sbagai penolong kau..tq sbb bgi aq kau dah ckup brtanggungjawab untk jdi seorng ketua kat klas...maaf klau slama ni aq ade marah kau...gurau kasar ngan kau (hulur gunting)hahaha...tq sbb mnjadi yg terbaik kat klas walaupun kdng2 trasa annoying..hihihi...aq pon jahat gak kat klas...slalu marah korng..maaf sngt2...anyway...jumpa beberapa hari yg akan dtng... :)

    ReplyDelete

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)