Home Tutorial Hunwick?Profix
Tulis Dari Hati, Baru Dapat Menyentuh Hati

Kawan?

Bila malam idea itu banyak yang selalu muncul. Banyak sangat.
Pengalaman hidup atau pengalaman orang. Pelbagai ragam.

Jujurnya aku jenis yang belajar daripada pengalaman.
Dan tentunya aku suka mendengar cerita dari pelbagai orang.

Sebab cerita itu ada pelbagai gaya.

Aku bersyukur sebab aku kenal ramai orang.
Setidaknya aku tahu cerita mereka dan membantu aku jika menghadapi masalah yang lebih kurang sama.
Pandai-pandai nak sesuaikan dengan keadaanlah.

Siapa sangka, cuma aku sorang sahaja yang tercampak ke SASEM ini.
Rakan aku yang lain pergi ke sekolah bersama-sama.
Aku, terpinggir.

Tapi apa aku peduli. Redah ajalah.

Dan aku juga bersyukur. Sebab aku jumpa kawan baru.

Tipulah tak sedih berpisah dengan kawan lama.
Kawan dari kecik kot. Haha.

Tapi sampai bila nak harapkan kawan?

Kawan baru.
Perangai baru.
Pengalaman baru.

Ya, aku kumpul seberapa banyak pengalaman orang lain.





Tapi entry ini bukan pasal aku nak kongsi pengalaman aku.
Aku nak kongsi, pasal kawan-kawan aku yang banyak bantu aku timba pengalaman.




...



..




.




Teman Baik. Teman Sekelas. Bujang Lapok.

Haha nama ni Cikgu Aqilah yang bagi sebab dia asyik nampak aku bertiga je dengan Habib dan Faiz.
Balik prep sama-sama. Lepastu nyanyi lagu sama-sama.
Kumpulan pun sama-sama. Buat kerja bodoh pun sama-sama.
HAHAHAHAHA





Habib Danial
Habib Danial


Sebelah kiri tu Habib tau. Yang sado tu.
Hahaha dia nilah yang rapat dengan aku.
Tahu hampir semua pasal aku. Aku pun selalu cerita masalah aku dengan dia.
Suruh dia jadi spy aku, aku jadi spy dia. AHAHAHA
Habib ni power main futsal. Aku selalulah tengok.
Sebab dorm aku mengadap court futsal. Suara pun sedap.
Selalu kat kelas dengar suara dia nilah. Menyanyi je.
Kalau kenal bolehlah request lagu. Mana tahu dapat.
Habib ni pun suka main gym. Sebab tu badan sado. Haha


Faiz Hakimi

Baju hijau tu Faiz. Peminat tegar Twice ni.
Selalu nyanyi dan menari lagu Likey Hahahaha
Macam Habib, Faiz pun power futsal jugak.
Dua-dua dalam team bola sekolah.
Aku je pelik sikit main hoki. Haha.
Faiz ni peramah dan kuat berbual. Sembang pun kencang.
Kadang-kadang aku tumpang dia balik rumah, kadang dia tumpang aku.
Sebab rumah tak jauh pun masing-masing.
Dia ni pun suka bergurau, bagi pickupline and lawak hambar dia.
Hahaha tahanlah sikit annoying dia ni.



Bujang Lapok










 Pok pok pok. Bujang lapok.......




Haziq Zaini
Aku tatau bila kita start rapat?
Tapi kau pernah cakap pertemuan pertama kita kat tandas.
Mulut aku laser, haha aku tahu.
Apa kurangnya kau? HAHA aku tatau berapa banyak phone kau ada.
Even kena rampas pun still bawak phone lain.
Famous jugak dalam sekolah ni. Awek apa khabar?
Bro, semoga berjaya dalam hidup.
Takmau malas-malas dah lepas ni. Dah makin besar.
Kena tough, sebab hidup memang mencabar.



Ini dormmate aku. 
Semua ahli dalam dorm aku adalah MPP (Majlis Perwakilan Pelajar - Pengawas)
Nizam dan Afiq pulak kebetulan satu kelas jugak.
Kat dorm jumpa, kat kelas pun jumpa.
Muak? Tak. 

Hargai setiap benda kecil yang kau lalui.

Dorm yang meriah




Naszri (dorm mate)

Hitam manis orangnya. Aku duduk katil atas dia ni ha.
Nampak relaks je. Tapi otak bergeliga. Kira pandai lah.
Atlet lompat tinggi ni, kriket pun hebat jugak.



Ummar Iqhwan (dorm mate)

HAHAHAHAHAHA
Masa pertama kali kenal aku pelik kenapa dia ni gedik dan manja.
Rupanya jenis lembut-lembut je orangnya.
Selalu ketawa dan cari pasal dengan Nizam dalam dorm.
Aku pun suka juga menyakat dia ni. Hehe bukan buli eh.
Aku rasa ramai je kenal dia ni. Kira hot stufflah kat sekolah.
Kira sebut je nama orang kenal. Haha.
Nak kenal dia? Borak jelah.
Takpe dia friendly tapi telinga tahan sikitlah dia pun jenis cakap lepas.



Nazreen Aimie (dorm mate)


Aimie, mula-mula masa jumpa dia ni aku teringat arwah Ikmal.
Muka lebih kurang sama, kecil molek dah suka senyum.
Aku sama-sama satu kelas dengan dia dari F1-F3.
Masak dah perangai dia ni. Last year, dapat satu dorm pulak.
Dia ni walaupun kecik, tapi lagi power lompat jauh dari aku haha.
Suka amik gambar guna DSLR dia.
Boleh tahan lah lawa gambar-gambar yang dia amik.
Sapa nak tempah wedding photograper mungkin boleh cuba dia.




Haikel Hakim (dorm mate)
Haaa, ni ketua dorm aku. Dorm L17.
Sejarah dorm ni panjang. Mungkin boleh interview Haikel ni.
Bermula dari DL12 lepastu DL24 lepastu DL17.
Boleh je tanya dia.
Aku selalu pinjam pisau dia nak potong buah, sebab aku suka buah.
Dia ni pun bagus juga jadi ketua. Selalu jaga dorm.
Bila dah light off dia yang bising suruh tutup lampu, selain aku.
Sebab dorm kan tempat berehat. Nak study pi lah bilik study, ye dok?



Lester Ho (dorm mate)

Haaa, ni Lester. Ketua Biro Sukan & Siaraya.
Aku dulunya cuma setiausaha dia. Bila organisasi berubah, aku pulak atas dia.
Bro, roda tu bulat kan? Hahahahahaha....
Budak pandai ni. Banyak cakap jugak, ada je benda nak dicakapnya.
Nasiblah peramah. Atlet bola keranjang ni.
Basikal pun ye, selalu update gambar tgh naik basikal.
Baguslah, sihat sentiasa.




Nizamuddin (dorm mate)
Hai abang sado. Abang ni hots kat sekolah eh.
Ramai minat dia. Hensem, sado, baik. Haha
Banyak pengaruh dia ni. Pengetua pun kenal dia.
Aku? Aku pun pengetua panggil aku Afiq.
Nizam ni player rugbi. Tak heran lah dia sado en?
Dia ni selalu buli Ummar. Kihkih.


Afiq Irfan (dorm mate)
Budak pandai ni. Rajin gila belajar.
Cuma kelakar lah dia ni bila jumpa something new.
Orang dah tido, dia masih lagi belajar.
Sampailah buku tu tutup kepala dia dan dia tido.
Maybe ayat dalam buku tu meresap dalam otak masa dia tido kot.
Sebab dia ni jugalah aku bazirkan RM10 beli eyes shaded.
Sebab aku nak tido. Bila dia study dia bukak lampu, and aku takleh tido.
Hahahah



Arief Syahmi
Perghhhh hensem kan gambar tu? Tak tak, emoji tu. Hikhikss
Hai Ariepppppp. Sorrylah sebab selalu buli kau.
Marah-marah ke hehe. Well aku suka kacau dia ni.
Tapi tak selalu lah kacau bila ada mood je aku kacau.
Kuat belajar dia ni. No wonderlah pandai.
Tolong share otak boleh tak? Nak pandai macam kau jugak.
Aku nak kau tahu satu benda. Gelak kau kelakar. HAHA
Tolonglah stop mengunyah je dalam kelas. Aku lapar, tapi takde duit.
Terima kasih jugak sebab sudi kongsi makanan :)




Fakhruddin Naqib

error 404 not found//no.pic//andante *




Raja Damia
Haaaa, tahu apa yang special dengan dia ni?
Ye, nama dia ada Raja. Aku save nama dia pun Yang Mulia Raja Damia dalam phone.
Dia ni satu kumpulan dengan aku dalam kelas.
Aku suka kacau dia sebab dia ni lambat tangkap sikit lawak-lawak.
So bila tengok dia blur tu sumpah kelakar.
Kadang-kadang dia tido kat meja. Dia jugaklah yang selalu kacau aku nak tido.
Dia tido boleh pulak, kih kih kih.
Lagi satu, dia ni kuat ketawa. Bukanlah banyak ketawa.
Dia kalau gelak macam bunyi lori kuatnya HAHAHA
Kecik je orangnya. Kalau nak buli dia ni letak barang dia kat tempat tinggi.
P/s : Aku bagi tips ni wakakakaka


error 404 not found//no.pic//andante *






Rahmah Nur Sarah
Budak banyak cakap ni. Gelak di ya rabbi.
Aku kalau dah bosan belajar atau dah tepu, aku duduk dekat-dekat dia.
Kau bagilah topik nanti panjanglah dia membebel.






Ee Jie
Haiiii Ee Jie. Dia ni chinese paling hotss kat sasem.
Maybe sebab rambut dia kot. Aset paling berharga dia.
Dia ni kuat makan, kuat tido. Satu pakej lah en?
Kenapa kau pandai. Even kau tido je.
Dan kenapa kau banyak tanya, kau pandai.
Kadang-kadang cikgu terang dah jelas dah.
Tapi kenapa masih boleh wujud persoalan?
Boleh bagi aku jawapan tak?
Aku nak jugak jadi macam kau.
Penuh soalan. Takdelah cikgu ingat aku pendiam.
Aku cuma tatau nak cakap apa.








Nureen Maisarah

Hahahaha Mai tonjang. Dia ni tinggi gila.
Dalam kelas macam zirafah hahaha.
Peminat tegar Shawn Mendes ni. Ceritalah pasal dia. Mesti excited.
Tak percaya cuba pasang apa-apa lagu Shawn Mendes. Mesti dia senyum.
Crush tengah nyanyi tu hahahah



Nurhazirah

hai Hazirah. Ni pun classmate aku juga. Kecik molek je orangnya.
Tapi suara dialah yang orang gerun kat asrama.
Lagi-lagi bila dia buat countdown
Hazirah ni pun jenis banyak cakap (kot)
Peminat tegar blog aku. Selalu je tanya ada entry baru tak.
Haha terima kasih atas sokongan.
Dan aku masih tatau kenapa orang panggil kau nenek?
Kat kelas pun bila buat presentation, fuhh macam orang debat.
Lancar je cakap. Betul ke tak belakang kira.
Tapi ada je kau nak cakap en?
Macam mana idea tu datang dengan pantas?







Fatina Izzatun Najwa


Haaa jumpa pendiam sorang ni. Tinggi ke? Entah hahaha
Dia ni ada banyak personaliti.
Pakai spek lain, pakai lens lain, tak pakai pape pun lain hehe.
How much face do you have?
To be honest, aku jarang borak dengan dia ni.
Selalu bagi sticky note je. Kesian sapa yang jadi posmen.
Tak percaya tanyalah classmate aku, tanya jangan tuduh semacam je.
Aku susah sikitlah nak dengar suara dia ni maybe ada emas dalam mulut.
Kalau cakap pun bahasa alien dia. Tak pun slow gila suara.
Dengan aku lah, dengan member dia macam apa mengilai ha ha ha

"Aaaaaaaaa.... eeeeeiiiiiiii..... hurrmmmmm..."

Najwa tolong translate.







Pada yang ada nama tapi tak ada gambar, tak ada describe.
Aku dah pesan suruh hantar gambar, tapi tak semua yang bagi.
So taknak macam entry kelas yang lepas, aku cari.
Haha, nak ada dalam blog ni, hantar gambar.


.........


....



..


.


Aku tak sangka kita akan rapat seperti ini.
Membina tali ukhuwah yang indah kerana illahi.

Kita mulai kenal apabila berkongsi rasa.
Kau dan aku punya kisah yang sama tapi hakikat yang berbeza.

Moga kita terus berkongsi tangis dan tawa bersama.
Dan semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal buat selamanya.


Fii Hifzillah.


Selamat malam, budak nakal.


; )


1 comment:

  1. 😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete

Labels

Perasaanku (19) Sayang (13) Ujian (12) Semangat (6) Ukhuwah (5) Cerpen (1) Suka (1) Yasmin J Hunwick (1)